Backpacking to Iran (YAZD - Part 2)

Salam...

Aku kembali lagi dengan entry Iran yang sudah semakin hampir berada di pertengahan pengembaraan. Cewahhh! Nahhh untuk entry Part 1 di Yazd yang tak berapa menarik. Takpe sama-sama kita tunggu adakah entry Part 2 lebih menarik atau masih hambar. Hahahaha sedihhh betul!


Day 7 - Sunday (20/11/2016)

Good morning Yazd! Sejuk yang amat pagi ni, aku just gosok gigi and cuci muka je lepas tu terus naik ke rooftop untuk breakfast. During winter takde siapa kisah kalau tak mandi pun, sebab tak berpeluh maka tiadalah bau-bauan yang aneh. Settle breakfast aku masuk dorm balik dan golek-golek atas katil kejap sebelum pergi mandi. Yazd masih sunyi pagi-pagi, lebih kurang pukul 10 baru lah kedai bukak dan locals mula keluar. Kebetulan hari ini ialah hari Ahad, diorang ada sambutan apa ntah aku tak ingat dekat Jameh Mosque maka memang sesak lah kawasan depan hostel aku tu. 

locals menuju ke Jameh Mosque dan aku melawan arus sebab tak gigih pulak nak join the crowd


Aku just jalan dekat-dekat je tengok apa yang menarik dekat Yazd ni pada waktu siang, yelah semalam sampai dah malam banyak kedai dah tutup. Hari ini pun rupanya banyak kedai tutup sebab Ahad kan, maka sedikit krik-krik lah. Tapiiii..ada bakery yang bukak! Yeayy boleh beli cream puff sebagai kudap-kudapan. Hahaha dasarrr..

berjalan tanpa arah tuju dikala kesejukan melanda hingga ke tulang hitam...tetiba!!


banyak kedai tutup

Selepas berjalan tanpa arah tujuan, maka eloklah kiranya aku mencari makanan untuk ditapau so tak payah aku nak lunch kat luar nanti. Boleh lepak-lepak kat common area sambil bersosial. Masa berjalan nak balik tu ada nampak kedai kebab bukak, jadik marilah kita membeli falafel(vege) since kebab = daging which is aku tak makan daging. Falafel ni nampak macam bland gitu tapi bila letak spicy sos dia boleh tahan sedap jugaklah.

Falafel for lyfeee! Murah, sihat & mengenyangkan!

Memang membawa sampai ke petang aku lepak kat common hall tu sambil dok google untuk next stop aku. Lepas tu ada mat saleh ni bagitau yang semua company bus tengah mogok kat border, sempena perayaan apa ntah! Ahhh sudahhh..macam mana plan aku esok nak ke next city? Aku tanya couple mat saleh yang ada kat situ jugak, sebab aku dengar diorang pun nak pergi Shiraz. Rupanya diorang cycling pusing Iran! Pastuuuuu cemana plan aku ni? Tak apa kita bertenang dulu dengan panjat naik ke rooftop dengan terketar-ketar sebab sejuk giloss.


Gigih demi shots ini yang lepastu ada IG curik gambar tanpa kredit kat aku..cisss!

Angin dekat atas rooftop tu boleh tahan kuat dan sejuk! Brrrrr..kejap je aku kat atas tu sebelum berlari turun ke bawah dan masuk ke dorm untuk mandi & solat Maghrib. Lepas tu perut macam lapar lah pulak, tapi nak makan kat mana? Capai winter coat lilit shawl ala kadar, jom kita menapak mencari apa yang menarik untuk dimakan. Kedai banyak yang tutup sempena sambutan siang tadi tu, so aku masuk lah kat celah-celah kedai dekat dengan Jame' Mosque tu dan jumpa satu cafe ni. Boleh lah lepak kejap sambil melayan perasaan.  Gittewww!


Hot chocolate yang pekat & likat

Aku order hot chocolate je tapi owner cafe tu bagi kek siap, katanya complimentary. Rezeki jangan ditolak! Tiba-tiba ada sorang mamat Persian tanya boleh tak duduk sekali, aku pun ok je lah. Boleh cakap english so syok jugak lah nak borak, dia tour guide kat Yazd ni. Macam biasa kalau jumpa local, mesti dia tanya 
"Do you like Iran?" 
"How Iranian treats you?"
"Why do you want to come to Iran at the first place?"

Setengah jam lepas tu aku pun mintak diri nak balik ke hostel sebab rasa macam dah lewat malam pulak. Sampai hostel aku terus bergolek-golek dan berlayar ke alam mimpi.

By the way, aku ada hadiah......













Nahhh! Hahahahha!!
Mamat Persian di tepi jalan




Expenses:
Cream puff - 1000
Mineral water - 500
Falafel - 2000
Hot chocolate - 10000


Comments

  1. Betfred Casino and Hotel - Mapyro
    Search for betfred casino and 오산 출장마사지 hotel in Marrakech. View detailed reviews, photos, directions, opening hours 경상남도 출장마사지 and 사천 출장마사지 a map of 군포 출장샵 Betfred Casino 화성 출장안마 and Hotel

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China