Backpacking to Iran (YAZD - Part 1)

Memang berkurun sungguhh lah nak habiskan cerita trip Iran aku ni..hahahaha! Tapi tetap jugak nak membebel dekat sini demi masa depan. Gittewww!

Sebelum itu ni kisah di Isfahan yang agak krik-krik..😅


Day 6 - Saturday (19/11/2016)

Good morning!
Pagi ini aku masih lagi di Isfahan tapi bakal menuju ke destinasi seterusnya. Backpack pun semalam dah siap kemas, so pagi ni aku terus bersiap je lah dan breakfast sikit untuk alas perut. Keluar dari hostel pukul 8 terus ke Kave Bus Terminal, aku mintak tolong receptionist hostel call kan driver teksi. Kali ni takde beli ticket in advance, pakai redah je lah bus pukul berapa pun. Nampak tak sejenis confident terokkk selepas hampir seminggu di Iran. Hahaha! 

Sampai bus terminal terus menuju ke kaunter tiket dan macam biasa mestilah ada sesi ayam itik, tapi settle je bila aku cakap destination aku ialah Yazd. Maka, dapatlah tiket pukul 9.30 pagi dan sememangnya harga lagi murah compared beli kat website! Kat website $13 tp kat kauter lebih kurang RM16 je. Jauh gila beza! Aku pun budget memang dah burst ni gara-gara tambang teksi mahal gila pergi city center yg langsung tak berbaloi itu! Cisss..dok mengenang pun bukannya dapat apa.

baca lah kalau terer..hahaha! Lama aku tak nampak nama aku dieja dalam tulisan jawi

Boleh tahan lama jugak aku mereput tunggu bus dekat terminal tu, entah berapa kali aku dok tanya staff dekat kaunter to make sure bus aku memang masih belum sampai. Rasa rugi masa naik bus siang, patutnya naik bus malam boleh jimat accommodation. Hadoii lah aku pun taktau aku pikir apa. Bus delay sejam lebih jugak dan akhirnya bus yang dinantikan pun muncul! Bus gerak pukul 11 pagi and smooth journey je.
Makcik seat sebelah ni macam nak ajak borak dan dia tanya aku macam2, masalahnya paham pulak aku bahasa Farsi. Terpaksa lah aku buat-buat tidur je. Route dari Isfahan ke Yazd boleh di kira elok sebab lalu macam highway, boleh nampaklah view padang pasir gitu.

Lebih kurang pukul 4 petang sampai Yazd dan terus naik teksi ke Orient Hotel. I really love my hostel!! Location sangat strategik which is dekat dengan main attraction dan yang pasti klasik gila!


Tapi dorm dia tak best sangat sebab ala-ala kat bawah tanah so macam agak kepam gitu tapi penuh jugak dorm tu. Ahhh janji ade tempat tido ok lah! Yazd nampaknya lebih sejuk dan aku pun freshen up ala kadar je then terus solat jamak. Perut pun dah ala-ala buat konsert so aku decide untuk dinner dekat hostel je sebab malas pulak nak jalan keluar plus tak tau kat mana nak cari food. Dinner dekat rooftop okay! Feeling sangattt.. Settle dinner baru lah pergi jalan-jalan kejap, cuci mata dan usha kawasan sebab time tu dah nak gelap.


Antara attraction yang paling dekat dengan hostel aku ialah Jameh Mosque.

The Jāmeh Mosque of Yazd is the grand, congregational mosque of Yazd city, within the Yazd Province of Iran. The mosque is depicted on the obverse of the Iranian 200 rials banknote. The 12th-century mosque is still in use today. It was first built under Ala'oddoleh Garshasb of the Al-e Bouyeh dynasty. The mosque was largely rebuilt between 1324 and 1365, and is one of the outstanding 14th century buildings of Iran. The mosque is a fine specimen of the Azari style of Persian architecture. The mosque is crowned by a pair of minarets, the highest in Iran, and the portal's facade is decorated from top to bottom in dazzling tile work, predominantly blue in colour.

Jameh Mosque, Yazd

Memandangkan sejuk gilosss, aku pun cepat-cepat berlari balik hotel dan melepak sambil bersosial dengan traveler lain kat common area sebab dekat sini ada heater! Hahaha.. Apa lagi nak buat selain melayan soc media yang ada then inform family current location aku.

I started to fall in love with Yazd!
Good night.



Expenses : 
Taxi to Kave bus terminal - 10000
Bus ticket to Yazd - 15500
Taxi to Orient Hostel - 13000
Topup - 20000
Dinner - 17000
Jajan - 4000



Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China