Backpacking to Vientiane, Laos

Hi guysss...amacam raya korang yang dah sebulan lebih berlalu? Berapa kilo dah naik balik selepas kemain eksyen kurus di bulan puasa, alih-alih baru seminggu raya baju dah ketat..kain kena bukak cangkuk dah. Hahahaha! Chill lahhh..tetiap tahun pun memang camtu kan? ;P

Entry kali ini kembali dengan edisi travel 2018! Wowww..padahal trip 2017 aku tak siap update pun lagi. Kehkehkeh! Ini bukannya apa, sebab trip yang ni macam tak ada apa sangat. Trip rebel namanya! Kenapa aku namakan camtu? Ini adalah bebenang...hahhaha feeling macam dekat twitter pulak! 
Ok serius, sebabnya trip ni memang last minit plan dan kerana trip ke Acheh sebelum itu aku terpaksa cancel sebab boss tak approve cuti. Jadi sebagai staff yang rebel, aku apply cuti during Chinese New Year week tu dan beli tiket ke Vientiane on the spot once boss aku cakap "Yes, you can take leave during the CNY." Weehuuu!! Kebetulan pulak AA buat promo apa ntah dan harga tiket aku dapat murah. Tapi ada sedikit penyesalan lah, sebab aku aim nak pergi Luang Prabang sebenarnya tapi masa tu tak check pun dan lepas beli tiket Vientiane baru perasan yang LP pun murah jugak! Cehhh...takpe lah kita redah je dengan berbekalkan bajet sendu yang aku ada iaitu USD150


Day 1 - 13/02/2018 (Tuesday)

Malam tadi gerak ke KLIA2 dari TBS naik bas pukul 11 malam dan sampai pukul 12, seperti biasanya mencari port tidur yang ada plug untuk charge phone aku yang sedihhh dan uzur keadaannya...kejap-kejap off sendiri! Tapi hampeh plug kat KLIA2 ni semua dah tak boleh pakai ke hahhh? Dasarrrr betul! Tapi sebagai seorang traveler yang bijak, sel-sel otak cepat je berhubung untuk mencari lokasi yang ada plug kosong dan berfungsi...ting! Canai Cafe menjadi sasaran dan ternyata aku boleh jadikkan port melepak sementara tunggu nak boarding. Aku sekadar menumpang charge je nasib baik tak kena halau sebab tak order apa-apa, lagipun pepagi buta siapa je lah yang nak makan kan. Anney yang kerja kat situ pun buat tak kisah dengan aku. 

Pukul 3.30 pagi aku dah masuk departure hall dan punya lah ramai manusia pagi tu. Mungkin masing-masing pun nak balik kampung/holiday sempena CNY. Gate L8 aku tengok masih lengang maklumlah awal lagi, jadi ke surau lah aku. Surau pun kosong, so sempat ni tidur kejap sementara tunggu nak Subuh. Ya Allah...sejuk gilosss surau ni! Pukul 6.10 dah dengar azan Subuh maka aku pun cepat-cepatlah solat sebab flight dah boarding sebenarnya! Nasib baik queue pagi tu agak panjang so aku settle solat pun gate tak tutup lagi. Tepat 6.40 pagi A320-200 Neo meninggalkan Malaysia. Yesss aircraft baru! Boleh bau dia punya baru tu...hahahaha!

I'm leaving nowwwww

Aku suka naik flight pagi sebab boleh tengok sunrise tapi lepas tu.....💤 💤 💤

Flight attendant akan bagi form ni untuk kau isi, kalau takde form ni menjawablah dekat immigration 

Selamat mendarat 

Sabaidi Laos!

Lebih kurang pukul 9.00 pagi aku telah berada di Wattay International Airport. Waktu si Laos lambat sejam, immigration & customs process semua settle dengan agak laju, maklumlah satu flight je yg touch dowm time tu. Aku bersantai jalan keluar airport sebab tak ada plan kan, hostel je dah book. Kiranya ada jugaklah tempat nak dituju bila sampai walaupun tak boleh check-in pepagi camni. Perkara pertama yang kena buat bila sampai di Laos ialah ke money changer sebab kat Malaysia TAKDE duit Laos (Laotian Kip) ye! Money changer terletak di sebelah pintu nak keluar dari airport.

TIPS : Tukar duit ringgit ke USD, than baru tukar ke Laotian Kip. 

Lepas settle tukar duit, aku pergi beli sim card tapi lama betul tunggu budak ni setup kat phone. Cisss tau lah phone aku sejenis zaman purba punya! Sementara menunggu tu sempat borak-borak dengan sorang mamat Siam dari Perlis, dia lah yang tolong jadik translator dalam urusan jual beli simcard tu. Hahahaha! Mamat siam ni dari KL datang sini sebab nak dating okay! Kelassss kau..

Sim card done! Sekarang macam mana nak pergi ke hostel/city? Aku melilau sekejap tengok apa option yang aku ada sebab masa aku google, ada yang cakap boleh naik tuktuk kat luar airport tapi macam takde je. Lepas tuuuuu...*mata bersinar* ada airport shuttle wehh! Airport shuttle ni betul-betul kat depan pintu airport dan memang menuju ke city dengan harga yang cukup berbaloi iaitu 15000kip je! Aku tunjuk nama & address hostel yang aku dah book, terus staff yang memang tunggu dekat situ bagitau aku kena turun dekat pit stop keberapa dalam route bus tu. Bagus betul!

Dalam setengah jam jugak dari airport nak ke city dan aku turun kat pit stop no 4, tak jauh dari situ je hostel aku. Yeayy senang hidup aku untuk hari pertama ni!
Travel adapter aku entah mana aku campak dan dengan confident konon nak beli dekat klia2 tapi takde pulak. Sudahnya gamble je lah nak cari kat Laos tapi apa yang aku dapat kepala plug (2 pin) je, hmmm boleh lah daripada takde. Itu pun nasib baik kat sebelah hostel ada kedai yang jual. Kalau tak sia-sia beli sim card bagai pastu phone mati.

kedai cuci gambar kat sebelah tu lah yg aku beli plug..hahaha!

Terus aku masuk ke Hive Hostel dengan harapan kot lah boleh early check-in tapi sebab memang awal sangat, so tak boleh. Aku lepak sekejap kat depan counter, ambil maps dan tilik ke mana yang aku boleh berjalan sementara tu.

Kecik je tapi cozy sangat!

Ayuh merayap dan mencari cafe untuk menyejukkan tekak. Ahaaa..ada Joma Bakery Cafe yang memang aku look forward nak try coffee diorang apalagi memang terus masuk dan order lah iced mocha secawan!

Memang berderet cafe sepanjang jalan tu...aaaa rindu!

sejuk tekak iolssss

aku jumpa masjid dengan harapan kot lah ada kedai makan Halal tapi hampaaaa

Lama jugaklah aku melepak kat Joma ni, nasib baik tak ramai orang dan cafe dia best! Lepas tu aku plan nak cari HALAL food tapi entah ke mana aku sesat dah lah time tu dah start panas, jalan nak balik hostel pun aku tak jumpa! Huwaaa cemana ni...siapakah yang bakal menyelamatkan aku?? Tak payah nak drama sangat! Pandai-pandai lah ikut instinct dan redah je lah cari main road. Ada polis kat area situ pun tak membantu, cisss baik jadik tukang sapu je! Dasarrr..
Nasib baik instinct aku masih berfungsi dengan baik, maka aku jumpa lah jalan nak balik ke hostel. Maklumlah baru sampai berapa jam masih tak familiar dengan kawasan tu. Sampai hostel nasib baik dah boleh check-in, berlengas dah ni hoiii..campak backpack terus pegi mandi & solat pastuuuu terus membuta sampai pukul 5! Hahahaha hampeh betul.

Bangun tidur haruslah lapar dan kali ni aku akan pastikan aku dapat nasi! Yeahhh itu semangat yang kita mahukan! Dorm aku sunyi entah kemana semua orang, ok lantak situ. Sekarang jom kita melangkah dengan penuh yakin menuju ke Mekong River sebab aku google tadi terdapat satu resto HALAL berhampiran. Memang betul! Aku jumpa Nazim Restaurant yang menyediakan Indian Halal food, ahhh kira ok lah tu. Takkan kau nak mintak patin masak tempoyak pulak kan? Aku order nasi goreng ayam, besar portion dan macam biasa aku tapau separuh sebab aku yakin malam mesti aku lapar. Lepas dah kenyang baru boleh jalan-jalan cuci mata sementara tunggu sunset kat Mekong River. Dan dekat area situ ada night market, boleh usha souvenir sekali dah alang-alang kan.

Senja di Vientiane

Menunggu sunset di Mekong River


Ada jugak street food tapi aku tak yakin tu HALAL, jadik lebih baik jangan cuba

Ayuh kita kembali ke hostel dan bergolek-golek atas katil dengan perut kenyang lepas tu terus membuta. Elok punya perangai! Sebelum tu aku mintak tolong receptionist untuk book kan tiket bus ke Udon Thani yang tiba-tiba je aku rasa nak pergi. 2 malam pulak tu...kita tunggu je lah apa yang jadik.

Good night!


Expenses:
Jetbus - RM11
Airport shuttle - 15000kip
Sim card - 40000kip
travel adapter - 40000kip
Iced Cocoa @ Joma - 23000kip
Minute Maid - 4000kip
Nasi Goreng @ Nazim Rest - 25000kip
Fridge Magnet - 50000kip
Milk tea - 10000kip


Day 2 - 14/02/2018 (Wednesday)

Good morning Vientiane!
Aku bangun awal dan terus siap-siap sebab pukul 11 nak check out. Let's get some coffee to brighten up my day. Gittewww! Kali ni aku pergi beli kopi dekat True Coffee, depan hostel je. Coffee scene kat Vientiane memang hype and yang penting sedappp!

Iced Caramel Macchiato for lyfeeee

Dah dapat kopi jom lah kita jalan menuju ke Patuxay Monument. Tak jauh sangat pun dari hostel aku, sesambil jalan tu mata melilau lah tengok preparation untuk Valentine Day yang diorang buat. 

kemainnnn

Sebelum sampai ke Patuxay Monument, nanti akan jumpa Presidential Palace yang betul-betul terletak dekat T junction.

The Presidential Palace is the official residence of the President of Laos, who, informally, also holds the position of General Secretary of the Lao People's Revolutionary Party. It is located on the banks of the Mekong River in the capital city, Vientiane. Located near Sisaket Temple in the junction of Lane Xang Avenue and Settathirath Road, the building was first started in 1973 by the then Royal Lao Government on the grounds that used to house the royal residence.

It is a well-known landmark for its imposing yet elegant Beaux-Arts architecture complete with tall colonnades and shaded balconies. The building is surrounded by well-manicured lawns and gardens and fenced off by tall walls and a wrought iron gate.


Presidential Palace of Laos

Ok mari kita teruskan langkah dan kita sudah tiba di Patuxay Monument.

Patuxai is a war monument in the centre of Vientiane, Laos, built between 1957 and 1968. The Patuxai was dedicated to those who fought in the struggle for independence from France.It is also called Patuxai Arch or the Arc de Triomphe of Vientiane as it resembles the Arc de Triomphe in Paris.

The monument has five towers that represent the five principles of coexistence among nations of the world. They are also representative of the five Buddhist principles of “thoughtful amiability, flexibility, honesty, honor and prosperity”.
The monument, as built, has gateways on four sides oriented towards the four cardinal directions. The East-West gateways open to the Long Xang Avenue, which is used during ceremonial national parades. In front of each gate, there is a pond. The four ponds represent the open section of a lotus flower


Patuxay Monument

Aku saja lepak jap kat taman belakang monument tu sambil habiskan kopi dan berangan. Hahahaha! Ambil few shoots and let's go balik hostel. Masa dok jalan nak balik tu nampak pulak Miniso, sempat menyinggah untuk cari sunglasses sebab aku tak bawak. Nasib baik murah je, cool!
Sampai hostel terus charge phone bagai dan sambung golek-golek sementara tunggu nak check out. Pukul 11 pick up untuk ke Udon Thani sampai dan dia bawak aku terus ke bus station. Dia suruh aku tunggu kat situ sampai bus datang. 

Keadaan depan bus station

Tunggu dekat sini ye sampai bus datang

destination ke mana pun tak tulis

Around pukul 12 bas sampai dan tak tunggu lama terus bas gerak meninggalkan Vientiane menuju ke Udon Thani melalui Friendship Bridge.

The First Thai–Lao Friendship Bridge is a bridge over the Mekong, connecting Nong Khai Province and the city of Nong Khai in Thailand with Vientiane Prefecture in Laos; the city of Vientiane is approximately 20 km from the bridge.
Traffic on the bridge drives on the left, as in Thailand, while traffic in Laos drives on the right. The changeover at the Lao end, just before the border post, is controlled by traffic lights.

Crossing the Mekong River

Baru naik bus dalam setengah jam gitu dah sampai dekat border Laos & Thailand. Semua perlu turun dari bus menuju ke immigration counter dan untuk foreigner kena bagi departure form yang dapat masa mula-mula sampai Vientiane tu, lepastu dia akan cop passport then baru boleh cross border. Sekejap je process ni cuma kalau que panjang tu yang lama nak tunggu. Lepas tu naik bus semula dan driver akan buat headcount to make sure no one left out.

Lebih kurang 15 minit kemudian, kita sudah tiba di sempadan Thailand dan prosedur masih sama. Turun, beratur dekat immigration counter dan khap khun khap Thailand!

Nongkhai border

UDON THANI


Sampai bus station macam biasalah kena serbu dengan driver tuktuk, aku buat rilek angkat beg dan menjauh sikit lepas tu baru tanya kat pakcik tuktuk macam mana nak pergi hostel aku. Aku tunjuk print out booking aku yang ada siap address hostel UdonBackpackers , dalam kepala memang nak bargain kaw-kaw tambang tuktuk alih-alih rupanya dekat je hostel aku tu. Pakcik tu tunjuk direction je, jalan kaki dalam 5 minit je uollsss! Check in sambil tanya-tanya pasal trip ke Pink Lotus Lake, cisss jauh rupanya! Lepastu mahal jugakkkk...terus aku decide taknak pergi sebab melebihi budget aku. Aaaa pastu aku nak buat apa ni kat Udon Thani 2 malam??? Takpe kita masuk bilik dulu, memandangkan kat luar panas kemain dan aku malas nak jalan sekarang ni. Hahahaha!

my crib for 2 nights


Lebih kurang pukul 4, time dah agak redup sikit maka aku pun keluar nak mencari makanan dengan harapan adalah makcik-makcik Muslim tepi jalan jual makanan tapi hampa! Ok, kita menuju ke Central Plaza (shopping complex) yang memang dekat je dengan hostel. Hmmm..takde jugak makanan yang meyakinkan untuk aku makan. Apa nak makan ni?

ini je yang aku jumpaaa..

Malam aku keluar kejap je sebab nampak macam ada night market, sekali lagi penuh harapan kot adalah makanan yang aku boleh beli tapi hampa! Beli buah je lahhh.. Lepastu terus balik hostel walaupun agak meriah di Udon Thani malam tu maklumlahhh Valentine's Day! Aku je lah yang sendu tengok kedai-kedai jual fresh roses bouquet..sedeyhhh!
Sampai bilik macam biasalah golek-golek sambil belek IG segala bagai, dorm mate aku tak nampak bayang langsung tapi aku tau lah dia wujud sebab nampak katil sebelah bersepah.

Dah, tidur lagi baik!


Expenses :
True Coffee - 24000kip
Bus ticket to Udon - 55000kip
Hostel @ Udon - 590THB
Ramen - 40THB
Watermelon - 30THB
Mineral water - 14THB



Day 3 - 15/02/2018 (Thursday)

Morning...aku telah bertekad yang harini aku perlu mencari nasi! Gittewww..
Ok nasib baik free breakfast dekat hostel ni, so aku bantai lah roti bakar 3 keping. Cukuplah untuk alas perut sementara aku mencari dimana letaknya kedai muslim yang menjual makanan. Sebelum tu aku pegi tukar USD sikit sebab aku punya duit bhat dah yillek, yelah tak expect hostel ni mintak deposit 200THB pulak. 
Jauh jugak aku morning walk dipagi yang hening itu..masih ada lagi kedai yang tak habis jual roses nampaknya.

konon nak pergi naik train tapi kat kaunter takde orang terus aku malas nak tunggu

Dan aku mulalah berjalan tanpa arah tuju pagi tu sampai aku rasa baik aku dok bergolek kat katil je! hahahha nampak kan takde motif aku ke Udon Thani ni.
Lepas Zohor tu mula aku nekad nak mencari nasi, puas aku google mana masjid dan kali ni aku konfiden mesti ada orang jual makanan halal ni. Terus capai tudung dan keluar ke bus station sebab nak naik tuktuk. Aku terus bagitau driver tuktuk yang aku nak ke masjid, nasib baik dia tau. Ternyata telahan aku betul, ada kedai muslim. Terus aku tapau 2 bungkus Khao Mok Gai aka Nasi Khomok aka Nasi Beriani Thai untuk dinner sekali! Yeayyyy bahagianyaaa aku hari niiii!!

Sampai hostel terus aku bedal satu bungkus tanpa meninggalkan sedikit pun sisa! Punya lah kebulur..hahhaha lepas dah kenyang, aku lepak-lepak kat common area hostel pastu receptionist bagitau malam ni ada Chinese New Year celebration, dia suruh pergi and join the crowd. Aku macam, haa yelah kalau rajin.

Lepas Maghrib aku macam takkan nak duduk dalam bilik je, ayuh lah kita tengok kemeriahan CNY kat Udon Thani ni. Aku pergi masuk kat one of the temple yang nampak macam meriah, adalah fire crackers diorang bakar langsung takde pun firework besar. Agaknya memang style diorang gitu kot. Aku kejap je kat situ sebab tak tahan bau colok, diorang ada yang tengah buat prayers.

ini nama 2 in 1 celebration, Valentine's + CNY

korang tahun apa?

Terus aku balik hostel, mandi dulu sebab bau asap bagai...then terus membuta.


Expenses :
Nasi Khomok (2 packs) = 80THB
Tuktuk - 160THB



Day 4 - 16/02/2018 (Friday)

Yeayyy hari ni balik semula ke Vientiane! Hahaha...aku macam menyesal teruk pergi Udon Thani ni, sungguh takde motif. Aku terus mandi siap-siap dan turun untuk breakfast, lepas tu pergi station bus untuk tanya tiket yang ada harini sebab semalam aku pergi diorang tak jual tiket in advance. Jadi pagi ni aku nak tengok boleh beli tiket dulu ke tak.
Sampai bus station aku nak beli tiket pukul 9, tapi dah habis lepas tu nak beli yang the next bus which is pukul 11 tapi pakcik kat kaunter tu cakap tak boleh sebab diorang belum open lagi. Apoooo?? Pastu pukul berapa aku boleh beli tiket ni? Sudahnya aku balik semula ke hostel dan lepak-lepak kat common area. Lepas tu rasa macam lapar pulak, nasi semalam ada lagi sebungkus aku letak dalam peti ais. Jadiii marilah kita reheat dan melantak nasi pulak! Hahahaha..

Lebih kurang pukul 10 aku check out dan receptionist pulangkan balik deposit 200THB lepas tu kembali ke bus station dengan harapan dah boleh beli tiket bus. Tapi nampaknya kena tunggu lagi! Pukul 10.40 baru dia open untuk beli tiket pukul 11, terus aku menjadi orang pertama yang beli dan tentulah dapat seat depan sekali. Ahhh lantak situ janji dapat balik ke Vientiane!

kaunter tiket ni dekat belah dalam

Pukul 11 lebih bus pun gerak dan macam biasa prosedur nak cross border sama macam nak masuk haritu, cuma leceh sebab dekat situ jugaklah nak kena isi arrival form Laos. Driver bus takde bagi siap-siap, makanya lambat sikit lah time tu nak menulis time tu jugak nak beratur kat immigration.

Helloooo Vientiane, I'm back! Hahaha..sampai station bus kat Vientiane aku jalan kaki je menuju ke hostel sebab tengok dalam maps tak jauh mana pun. Tapi jalan kaki tengah-tengah hari buta dengan backpack bukan pilihan yang terbaik ye anak-anak! 
Nasib baik sampai Hive hostel ngam-ngam time untuk check in, aku dah berlengas time tu! Receptionist dah senyum je tengok aku, settle kan check in cepat-cepat lepas tu terus bawak aku ke dorm dan tunjuk katil aku. Dorm macam fully occupied kali ni tapi nasib baik aku dapat katil bawah jugak walaupun dihujung. Aku letak backpack lepas tu terus mandi & solat seterusnya membuta! Hahaha trip kali ni memang banyak betul aku tidur.😆

Macam biasa bila bangun tidur haruslah kebulur kan, lepas Asar aku terus keluar mencari makanan. Kemana lagi tempat tujuan aku kalau bukan ke Nazim Reastaurant walaupun ada yang kata mahal, tapi untuk aku kalau boleh buat 2 kali makan kira ok lah. Aku order Chicken Briyani Rice dan seperti dijangka, memang tak habis maka aku tapau chicken tu dan take away plain pratha sekali. Dah kenyang baru lah boleh jalan dengan penuh ceria, sempat singgah temple apa ntah ni dekat depan Mekong River.




heyyy encik gajah yang kena sumpah jadik batu!

Balik hostel terus aku mintak tolong receptionist untuk book kan tuktuk ke airport subuh esok memandangkan bus untuk ke airport yang aku naik tu start beroperasi pukul 8, memang tak sempatlah sebab flight aku pukul 8.45 pagi. Aku book tuktuk sebab sorang je lepastu harga lagi murah daripada naik teksi.

Bila aku makan pratha? Haaa..kan aku dah jangka perut aku bakal lapar malam ni. Pukul 10 mintak makan lagi...😅 Tapi sebelum tu aku turun pergi convenient store depan hostel beli air mineral dan ada pulak pakcik muslim jual banana pancake tepi  jalan, kalau ikutkan nak beli tapi aku ada makanan kot. Insoff lah Mada oii...ok terus berlari naik ke dorm dan makan dengan bahagia! hahahhaha

Ok dah jom tidur, esok nak balik dah!


Expenses : 
Bus ticket - 80THB
Hive hostel - 3000THB
Chicken Briyani - 65000kip
Pratha - 6000kip
Mineral water - 5000kip
Tuktuk to airport - 60000kip



Day 4 - 16/02/2018 (Friday)

Good morning! Mandi, solat lepastu terus siap-siap nak check out tapi boleh pulak budak receptionist ni masih tidur. Nasib baik dia tidur kat sofa depan kaunter je, aku pun kejut lah bagitau nak check out then tanya tuktuk aku dah sampai ke belum. Aku nak pergi airport awal sebab tak boleh nak buat web check in, so mestilah nak kena que dekat kaunter yang confirm sesak. 
Dalam mamai-mamai tu aku hulur je kunci bilik dekat receptionist lepas tu rupanya driver teksi yang nak hantar aku kat airport dah ada depan hostel. Teksi? Iyeee..aku dapat teksi pagi tu instead  of tuktuk, rezeki! 

Setengah jam macam tu dah sampai airport tapi kaunter pun tak bukak lagi maka menunggu je lah dan sampai masa nak beratur untuk check in, rakyat dari China mula lah buat perangai dia potong que! Ramai-ramai pulak tu dan dengan luggage berlambak. Hoiii ni yang nak mengamuk pepagi ni..lepastu agaknya staff airport tu macam perasan aku bengang terus dia datang kat aku
"Are you checking in?"
"Yes."
"Please wait a moment, do you have luggage to drop at the counter?"
"No, I just need the boarding pass."
"Ok, you can come first."
Settle! Terus aku blah dari situ, sakit hati aku dengan perangai PRC ni yang buat semua tempat ikut suka diorang je.

Bye!

Aku masih ada balance Laotian Kip ni, kena jugak habiskan sebab money changer kat Msia tak layan duit kip ni. Sambar lah 2 keping fridge magnet comel, boleh bagi mak aku. Masa dekat boarding gate tu ada sorang lelaki dari India tanya dekat aku pasal KL sebab dia boleh agak lah kot aku orang Malaysia dalam ramai-ramai kat boarding area tu memandangkan aku sorang je pakai tudung dan destinasi aku KL. Dia transit KL for the first time so dia mintak suggestion aku mana dia patut pergi within 9 hours gitu sebab next flight dia ke New Delhi tak silap aku malam. Aku pun bagilah dia few suggestions (Batu Caves, KLCC, KL Tower) dan public transport yang dia boleh naik. Mamat ni dah 4 tahun kerja kat Laos jadik waiter kat hotel restaurant, nak tau kelulusan dia apa? Master in Engineering ok! Kalau nak kata dia tipu pun, English dia bagus dan nampaklah educated tu. 

Sampai klia2 macam biasa lah aku call mak aku nak bagitau dah sampai, lepas tu terus dia tanya
"Balik kampung tak?"
Kalau dah kena tanya macam tu, memang kena balik lah memandangkan Sabtu & Ahad masih cuti kot. Terus lah aku beli tiket bus klia2 - Muar, nasib baik ada bus pukul 2.30 petang. Fuhhh jauh journey aku kali ni! Aku sampai kampung dekat Maghrib dah masa tu, maka berakhirlah trip aku untuk kali ini.
Sekian.

Byeeee!!


Expenses :
Fridge magnet - 50000kip





Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China