Summer in Guangzhou, China
Selepas beberapa purnama....
Ni hao ma?
Ni hao ma?
Untuk trip ke Guangzhou ni aku tak pasti nak letak dibawah kategori backpacking atau pun tidak, sebabnya purpose utama ke Guangzhou ni untuk shopping kain tapi bukan aku yang shopping tapi travel partner aku untuk trip kali ini, iaitu Syiqa!*banyaknya tapi*
This was last year trip, so maybe ada certain info yang dah tak valid. Contohnya, harga visa China yang berbeza (baca:mahal)
Untuk trip ni banyak jugak drama, antaranya masa nak apply visa...embassy mintak all previous passport (yang dah expired) sebab diorang nak traced back berapa kali dah masuk China, masa tu agak last minute jugak. Dah lah office aku jauh nak ke embassy tu, so the solution was kirim passports & application form dekat Syiqa masa dia nak collect visa dia. Alhamdulillahhhh..siap jugak visa aku few days later, aku suruh budak despatch office yang pergi collect. Hahaha!
Ni kira sudden trip jugak sebab masa tu AirAsia baru bukak route JHB-CAN, maka kitorang pun tanpa berlengah terus grab promo tiket tu. Lepas tu baru berfikir, nak kena pergi JB pulak satu hal! Mula-mula konon nak drive, pastu tukar nak naik bus..pastu macam rasa tak convenient pulak! MAS amat memahami apabila ada promo JHB-KUL yang agak murah, yelah ini penting sebab banyak kot barang yang kitorang bawak balik KL, so untuk luggage dah jimat kat situ.
Trip kali ni 4 hari 3 malam je, aku memang tak study mana pun untuk trip ni. Serahkan dekat orang yang nak shopping itu! hahahhaa..cuma ade certain place je lah aku masuk kan dalam itinerary.
Day 1 - Tuesday (30/08/2016)
Flight dari KL ke JHB depart pada pukul 5.45 petang dan sampai Senai Airport around pukul 7 lebih, landed je terus pegi surau..Maghrib dulu ye anak-anak! Seterusnya flight ke Guangzhou pukul 10 malam, fly malam Merdeka dengan harapan dapat tengok fireworks daripada atas. Tapi nan hadooo..masuk flight je masing2 membuta walaupun flight bising gila dengan nyonya2 yang borak macam jauh sebatu nak kena menjerit.-_-
always request for extra! #dasarmelayu
JHB - CAN
Day 2 - Wednesday (31/08/2016)
We are safely landed at Canton International Airport around 2.00 am local time, immigration process semua smooth dan sekarang kita perlu cari tempat nak merempat untuk tidur! Hahaha..biasalah tu kan tidur kat airport, sementara nak tunggu metro start operation. Pusing-pusing area airport dan kitorang jumpa satu resto ni, tengok macam ade orang tido jugak..ayuhlahh join sekaki! hahahaha..walaupun sekadar tidur kat kerusi, boleh tahan lena jugaklah. Kitorang bangun lebih kurang pukul 6, freshen up dan ayuh kita bergerak menuju ke city.
TIPS : Sila beli 3 days metro tourist pass, sebab sangat jimat! Tak kisah lah berap puluh kali pun turun naik train, metro pass tu boleh je guna selagi dalam tempoh.
Ini konsep redah sebab nak tanya local pun diorang macam kurang paham English..so penuh confident kitorang naik metro menuju ke hotel, dah lah metro dia banyak line. Memang confuse lah tapi nasib baik metro line tu senang jugak untuk difahami.
Nampaknya tak salah kitorang meilih untuk stay kat Fortune Hotel ni, sebab betul-betul dekat dengan metro station iaitu Gangding station! Tak payah nak menapak jauh kalau dah penat shopping nanti. Hahaha..bijak bukan?
Walaupun kitorang sampai agak awal, tapi sebab bilik kosong so receptionist bagi je kitorang early check in. Yeayyy! Masuk bilik, golek-golek kejap sebelum mandi..yelah daripada semalam kot tak mandi, tapi takpe lah sama je bau dengan orang sini. Hahahha!
Jadi kemana kita nak pergi? Syiqa dengan pantas keluar itinerary dia, list tempat-tempat shopping kain. Aku ikut je makcik sorang ni, sebab turn ke tempat pilihan aku esok. Nanti aku list down dekat bawah nama-nama tempat untuk shopping yang kitorang sempat pergi.
Zhong Da Fabric Market
Untuk ke sini boleh naik metro, turun dekat station Sun Yat Sen. Kedai dekat tepi-tepi tu banyak je untuk shopping kain, since kitorang tak berapa suka masuk yang macam dekat mall. Sebab dalam mall tu setiap level lain-lain material kainnya. So kalau nak cari lace level lain, cari kain cotton level lain. Penat hoiii dah lah besar lagipun bukannya nak borong sakan sangat!
Nampaknya tak salah kitorang meilih untuk stay kat Fortune Hotel ni, sebab betul-betul dekat dengan metro station iaitu Gangding station! Tak payah nak menapak jauh kalau dah penat shopping nanti. Hahaha..bijak bukan?
harap je ada KFC kat bawah hotel, tapi....tak halal! haihhhh
Walaupun kitorang sampai agak awal, tapi sebab bilik kosong so receptionist bagi je kitorang early check in. Yeayyy! Masuk bilik, golek-golek kejap sebelum mandi..yelah daripada semalam kot tak mandi, tapi takpe lah sama je bau dengan orang sini. Hahahha!
Jadi kemana kita nak pergi? Syiqa dengan pantas keluar itinerary dia, list tempat-tempat shopping kain. Aku ikut je makcik sorang ni, sebab turn ke tempat pilihan aku esok. Nanti aku list down dekat bawah nama-nama tempat untuk shopping yang kitorang sempat pergi.
Zhong Da Fabric Market
Untuk ke sini boleh naik metro, turun dekat station Sun Yat Sen. Kedai dekat tepi-tepi tu banyak je untuk shopping kain, since kitorang tak berapa suka masuk yang macam dekat mall. Sebab dalam mall tu setiap level lain-lain material kainnya. So kalau nak cari lace level lain, cari kain cotton level lain. Penat hoiii dah lah besar lagipun bukannya nak borong sakan sangat!
Aku tak shopping pun, memang purposely temankan Syiqa. Harga memang murahlah kalau nak compare dengan dekat Jakel, lace pun banyak design baru. First day ni aku tengok Syiqa shopping sikit je, survey dulu konsepnya tapi penuh jugak luggage besar!
Day 3 - Thursday (01/09/2016)
Good morning Guangzhou! Kitorang breakfast Brahim's je rasanya sebab pagi tu nak keluar awal. Harini hari untuk jadik tourist, no shopping! Yeayyy! Hahahah..
Ke mana kita pada hari yang cerah ini?
Shamian Island
Shamian (also romanised as Shameen or Shamin, both from its Cantonese pronunciation) is a sandbank island in the Liwan District of Guangzhou, Guangdong province, China. The island's name literally means "sandy surface" in Chinese.
The territory was divided into two concessions given to France and the United Kingdom by the Qing government in the 19th century. The island is a gazetted historical area that serves as a tranquil reminder of the colonial European period, with quiet pedestrian avenues flanked by trees and lined by historical buildings in various states of upkeep. The island is the location of several hotels, a youth hostel, restaurants and tourist shops selling curios and souvenirs.
Ke mana kita pada hari yang cerah ini?
Shamian Island
Shamian (also romanised as Shameen or Shamin, both from its Cantonese pronunciation) is a sandbank island in the Liwan District of Guangzhou, Guangdong province, China. The island's name literally means "sandy surface" in Chinese.
The territory was divided into two concessions given to France and the United Kingdom by the Qing government in the 19th century. The island is a gazetted historical area that serves as a tranquil reminder of the colonial European period, with quiet pedestrian avenues flanked by trees and lined by historical buildings in various states of upkeep. The island is the location of several hotels, a youth hostel, restaurants and tourist shops selling curios and souvenirs.
besar wehh tempat ni, tapi redup sebab banyak pokok
Nak ke Shamian Island ni pun kitorang naik metro je tapi tak ingat turun station apa sebab jauh jugak nak kena jalan from the station, kitorang hampir sesat jugak masa tu dah lah nak tanya locals diorang tak faham. Tapi...nasib kitorang baik! Orang kedua yang kitorang tanya tu rupanya chinese from Malaysia. So, lengchai tu memang membantu lah dan dia pun dari area Shamian tu. Kiranya betul lah arah yang kitorang tuju tu cuma ikut jalan jauh.
Dekat sini boleh dikira shopping heaven jugaklah, ada beberapa branded outlet macam Nike, Adidas, G2000, Uniqlo etc.
Dah kenyang melantak tak ingat dunia, kita kembali ke misi asal untuk shopping kain!
Dah penat shopping souvenir yang boleh tahan murah, walaupun mula-mula tokey kedai tu nak tipu harga! Cisss..nasib baik Mandarin aku yang suam-suam kuku masih boleh paham harga yang ada sorang customer Cina ni nego. Terus aku pandang tokey kedai tu dan letak harga yang sama macam dia bagi mamat Cina tu. Padan muka kau! Nak menipu je kerja nyaaaa!
posing ala Cheta sikitttt
Dekat Shamian Island ni banyak port cantik untuk ambik gambar, kalau ootd korang letupss lagi cun lah! Ramai jugak couple yang ambik gambar pre-wedding kat sini.
Coffee session sambil review balik tempat2 shopping kain
acah-acah sangat kauuuu
Dah selesai di Shamian Island, kita menuju ke Beijing Lu pulak. The most crowded square in Guangzhou!
Menurut web ini :
Beijing Lu Pedestrian Street, This is the main shopping thoroughfare, a pedestrian street where most stores are open from 9AM-10PM. It has absolutely everything; cheap clothes, good food and even a little history. There is a display of the original road from the song dynasty (960 – 1279 A.D).
Mana nak cari makanan HALAL?
Jangan risau...dekat area Beijing Lu ni ada kedai HALAL tapi agak pricey sikit.
Sebenarnya kitorang jumpa kedai yang atas ni lepas kitorang dah kenyang makan kat kedai lain, which is yang agak jauh sikit dari Beijing Lu. Tapi still keluar metro station Gong Yuan Qian yang sama untuk ke Beijing Lu.
Direction : Exit C station Gong Yuan Qian, cross jalan sebelah kiri dan jalan terus lebih kurang 500m sampai jumpa first junction yang ada traffic light. Belok kanan dan jalan dalam 50m then sampai!
sedap!
Lepas dah makan dan shopping sikit, kitorang terus menuju ke Canton Tower!
The Canton Tower or Guangzhou Tower, formally Guangzhou TV Astronomical and Sightseeing Tower, is a 604 metres tall multi-purpose observation tower in the Haizhu District of the city of Guangzhou, in Guangdong, China.
Lampu dia bertukar-tukar warna, macam KL Tower jugak.
Dah penat seharian berjalan, bau pun dah lebih kurang macam rakyat tempatan je! Jom lah kita balik, mandi dan tidur! Zzzzzz...
Day 4 - Friday (02/09/2016)
Another day in Guangzhou! Harini Syiqa nak menyambung sesi shopping kain, maka sebelum gigih mengangkut luggage yang berat tu eloklah kiranya kita pergi mencari makanan dulu. Kitorang keluar lebih kurang pukul 10 pagi dan terus menuju ke metro station.
Direction : Untuk ke sini naik lah metro dari mana-mana station pun, yang penting turun kat station Yuexiu Part (exit B2). Jalan dalam 5 minit macam tu, masjid di sebelah kiri.
The Huaisheng Mosque, also known as the Lighthouse Mosque and the Great Mosque of Canton is the main mosque of Guangzhou. Rebuilt many times over its history, it is traditionally thought to have been originally built over 1,300 years ago,which would make it one of the oldest mosques in the world. Old Chinese Muslim manuscripts state that the mosque was built in ad 627 by Sa`d ibn Abi Waqqas who supposedly came on his first Muslim mission to China in the 620s.
Motif utama kitorang ke sini adalah untuk makan! Pehhh terliur wehhh..banyak betul makanan tapi mata dok tengok kat sate kambing je padahal aku bukannya pemakan red meat yang tegar. Kebetulan kitorang pegi hari Jumaat, itu yang ada banyak jualan makanan kat luar masjid ni. Rezeki!
sedap hoiiiiii..boleh tahan murah!
*lap air liur*
Dah kenyang melantak tak ingat dunia, kita kembali ke misi asal untuk shopping kain!
dekat sini tak pelik ya kalau kau tarik luggage ke mana-mana...
sebab memang semua orang macam ni
Balik hotel terus terbongkak tak sedar diri sebab penat gila!
Day 5 - Saturday (03/09/2016)
Last day in Guangzhou! Balance roti yang kitorang tapau semalam ada lagi, boleh lah buat breakfast. Hari ni kitorang memang leisure je sebab kira dah settle semua cuma nak cari souvenir dekat One Link plaza dan merayau mencari makanan dekat kedai lain.
OneLink Plaza
OneLink Plaza position in largest city of Guangzhou in southern China, is a professional wholesale toys, gifts, beauty tools for large commercial space capabilities, there are thousands of shops and at least ten billion in trade every year. At first glance, looks like a regular mall, but is actually a wholesale market. Each store usually sold only one product type, but the choice and variety of products is huge, you can find variations of products, you can not find elsewhere.
-pic credit Google-
Direction: Take metro to Haizhu Square station (exit B1), cross the road and walk straight for about 500m.
merah mak ngah seluar tu! btw, tu bukan duta kedai makan..hahhaha!
ini lah lagi satu kedai makan HALAL yang kitorang berjaya discover
Direction : Take metro to Guangzhou East Train station (exit F). Walk straight for about 500m until you see IKEA Guangzhou on your left. Turn left on the first junction after IKEA, walk straight for about 300m.
hmmm..meatball tak halal
Lepas tu kitorang terus ke One Link then balik hotel untuk packing lugagge. Timbang betul2 sebab nak make sure tak melebihi luggage yg di beli.
time to go home...
Sampai Senai International Airport pepagi buta, maka kitorang melepak kat Secret Recipe dulu siap mandi & solat Subuh semua okay. Masa dekat kastam beg aku kena bukak sebab bila scan glitters kat kain tu meragukan, maka terpaksa lah aku propa beli kain tu untuk wedding. Hahaha! Lepas tu kawan aku, Reen datang ambil bawak merayap kat JB sementara nak tunggu flight balik KL pukul 7 petang.
Hello Kuala Lumpur
Lebih kurang pukul 8 lebih selamat touchdown KLIA dengan membawa kain berbondong-bondong. Pada aku ni trip paling penat walaupun kejap je..huh! Nampak sangat aku bukan kaki shopping..😒
p/s: Aku lupa the whole budget tapi takde lah mahal sangat kalau korang tak shopping, since food & accom pun still affordable.
p/s: Aku lupa the whole budget tapi takde lah mahal sangat kalau korang tak shopping, since food & accom pun still affordable.
Comments
Post a Comment