jika..
Begitulah juga ...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... (harapan palsu je sebenarnya..)
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya... (buat2 jaga hati dia sebab nanti boleh dapat kasut Nike.hehe!!)
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... (paw habis2 baru tinggalkan..haha!!)
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu... (mungkin dia akan santau kamu..bahaya2!!)
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... (kalau tadah dalam baldi buatlah cara dalam baldi, jangan buat macam tempayan pulak)
cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak... (cakap je lah pecah)
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... (tampal guna handsplast memanglah..)
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi... (buat tempat tanam pokok bunga je lagi bagus.hehe..)
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya... (cukup baik ada orang nak)
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA... (jangan anggap dia kanak2 istimewa pulak!!)
Anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... (waktu yang sesuai untuk mintak hadiah mahal2..haha!!)
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya (konon2 membawa diri..)
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya... (boleh dapat kasut Nike lagi 1 yg di idam2kan)
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... (gunalah beras Faiza herbaponi Taj Mahal..)
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan,Berkhasiat.. (juga boleh menggemukkan)
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. (ayam jugak yang untung sebab dapat makan nasi tu..)
Kamu akan MENYESAL. (nasi sudah menjadi bubur sebab terlebih air..)
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. (membawa kepentingan $$$ yang utama..hehe!!)
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. (seperti buat perbandingan harga dekat Giant, Tesco dan Carefour)
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. (sebab nak berlagak..)
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. (bila member kamceng rembat dia..)
Kamu juga yang akan MENYESAL... (sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi--->pesanan penaja)
jangan ikut ayat didalam ( ) pulak..itu sekadar suka2 je.
mu ni...
ReplyDeletepesanan dah sgat bagus, tapi pesanan penaja tu spoil dramatic mood turn too humor mood..weh muner..sem depan sukan jom..
hahaha!!cehh..dh last sem bru sbuk nk sukan..nk main sukan ape?aku kalau netball n futsal ok r..yg lain2 cm out je.xpn sukan joging je??huhu...
ReplyDeleteala..jogging suda...got to reduce my weg la..
ReplyDeletewokeh..xde hal..every nite 8pm g jogging around the kolej,then weekend jogging kt pantai..hehe!!i'll be ur instructor..
ReplyDelete