hye u'ollss...rindu i tak?rindu tak?ape??tak rindu!!i punya lah gigih balik kelas terus buat entry tapi u'olls tak rindu kat i?huh...sampai hati.baik kau rindu sekarang jugak kalau tak i merajuk tak nak taip entry lepas ni!*gaya macam ada je orang yang nak sangat baca entry kau!perasan...

ahhh..tak kisah lah korang rindu ke tak, saya tetap akan setia bersama anda COOL BLOG..ehh, cik blog la.tersalah pulak..sebab dalam kepala dah terbayang tengah minum Cool Blog Vanila Oreo sambil mengunyah pearl..epp,epp..kesat air liur yang meleleh tu sekarang!

sebenarnya takde motif sangat pun buat entry ni cuma sebab dah lama tak menaip, maka jari2 pun menggatallah nak merepek apa-apa yang tak patut.

nak mula dengan apa ya dulu?life saya?macam biasalah, student life...pergi kelas, buat assignment, mengantok dalam kelas, berebut-rebut naik lif...hah, nak tau tak dekat UiTM KBM ni tiba2 aku macam jumpa banyak muka yang familiar, maknanya orang2 yang aku pernah kenal sebelum ni tapi aku tak tegur sebab aku tak ingat nama diorang.keh3!!aku perasan jugak macam ada yang tengok2, mungkin cam nak tegur tapi bila aku buat muka macam takde perasaan je, terus diorang tak jadi tegur.padahal diorang tak tau aku tengah memerah otak nak ingat nama, malu lah aku kalau tiba2 dia tanya 'eh, mada kan? kenal tak aku siapa?' pastu aku jawab 'err..tak ingat nama lah, tapi muka cam familiar.' tak ke macam hampeh kalau itu jawapan aku?so, lebih baiklah aku tak tegur sebab aku bengang jugak kalau aku yang kena camtu..hahaha!!

lagi kan, lagi...aku punya wishlist last year nak jadik wedding photographer cam dah ala2 bakal termakbul lah, tapi bukan dalam masa terdekat ni. sebab kau ingat senang ke nak ambik gambar kahwin orang ni?banyak risikonya...sebab gambar kahwin kan sekali seumur hidup, makanya aku kenalah bersedia secukupnya supaya nanti kalau dapat job ambik gambar kahwin, takdelah aku mengecewakan mereka...*cehh, angan2 tinggi betul!
ehh, tapi memang betul lah..hari tu bila aku ikut mereka2 yang dah expert pun diorang masih cakap tengah belajar sebab gambar kahwin ni kena banyak idea. takpe lah, aku kena lah belajar slow2, takkan terus nak pandai kan?seronok dapat +ve komen bila diorang tengok gambar2 kahwin yang aku amek, even time tu aku memang zero ok. setakat main klik2 je..

ohh...roomate2 saya sedang berbahagia dengan boyfriend masing2.memanjang tersengih2 je..hahaha!!saya?saya tumpang gembira je...belum masanya untuk saya.:)

sekarang saya dah jarang online sebab dah terminate broadband sebab nak cepat kaya, maka duit untuk bayar broadband boleh di simpan sebab terasa nak invest duit bil broadband ke tempat yang lebih sepatutnya sebab sekarang hutang dengan PTPTN bertambah sebab untuk degree pun pinjam lagi sebab tak nak nanti dah tua masih menanggung hutang maka harus simpan duit dengan bayak untuk langsaikan hutang sebab nanti bila dah kerja mesti nak buat loan lagi kalau nak beli rumah.itulah sebab2 nya ya kawan2..dan takde pun terasa tak boleh hidup kalau tak online macam sesetangah orang tu.sekarang cuma bersandarkan kepada wifi uitm yang kadang2 sengal+lembap giloss dan kalau macam dah rasa tak tahan sangat nak tengok berapa ribu notification yang dapat kt FB, barulah pergi ke CC.

ok lah, dah Maghrib pun...bye2 semua

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China