Backpacking to Bangkok, Thailand (Part 2)
haii haii haii...okay mari kita sambung journal perjalanan ke Bangkok, memandangkan saya rajin untuk menaip hari ini..;P
Latkrabang to Bangkok
Ok, dah selesai berpeluh-peluh balik lah hotel semula..sambung tidur!kehkehkeh..
mari teruskan perjalanan ke Bangkok yang aku rasa paling sadis lagi memenatkan, sebab kitorang fully relying on map!
Untuk ke Bangkok kalau dari airport, the easiest way is by train..nanti korang akan nampak Airport Rail Link. First station memang dari Suvarnabhumi Airport, dan Latkrabang ialah second station nya.
memandangkan kitorang punya hotel dekat Bangkok bukan dekat tengah bandar which is Sukhumvit area, maka kitorang perlu lah menukar train lain untuk ke Bangrak.
Latkrabang to Bangkok
It is Saturday in Thailand!ok, gaya macam orang jakun..padahal turun dari Flight memang dah masuk hari Sabtu pun..dangg!
Mungkin sebab excited ataupun jet lag(kejadahnya kau nak jet lag?! sejam je kot beza waktu M'sia dgn Thai), pagi-pagi dah terjaga..selak langsir, tadaaa!!ade laluan keretapi and skytrain..malam tadi tak perasan sebab sampai dah lewat, mana ada train beroperasi lagi.
inilah laluan sky train dari airport..yang laluan train biasa tak nampak, tapi dekat bawah tu je pun
Memandangkan stay dekat hotel murah, mana nak dapat package breakfast woii! tapi jangan risau, kitorang memang dah prepare bawa stok roti dari KL..hehehe!ok, settle breakfast ala kadar...jom round area Latkrabang! Dengan belum mandi nya, kitorang pun memulakan morning walk! Area ni macam kampung2 je..tapi ade temple besar!so, mari kita tengok sikit rupa temple tu..dan aku syak temple ni memang dari emas betul sebab dia letak dawai elektrik.
tak mandi lagi, tapi muka jangan lah obvious sgt ye dakk
Ok, dah selesai berpeluh-peluh balik lah hotel semula..sambung tidur!kehkehkeh..
Dalam pukul 10 lebih, siap-siap mandi dengan kemas beg. Pukul 11 check out sebab 11.30 dah book teksi untuk pergi ke nearest sky train station..dari sini korang memang kena naik teksi sebab agak jauh jugak lah dan tak familiar dengan kawasan ni. so, langkah selamat ialah dengan naik teksi!tambang teksi untuk 2 orang ialah 150bhat.
simple deco depan hotel ni..tapi comel kot!
mari teruskan perjalanan ke Bangkok yang aku rasa paling sadis lagi memenatkan, sebab kitorang fully relying on map!
Untuk ke Bangkok kalau dari airport, the easiest way is by train..nanti korang akan nampak Airport Rail Link. First station memang dari Suvarnabhumi Airport, dan Latkrabang ialah second station nya.
haa..inilah train nya. Lebih kurang macam ERL lah kalau dekat M'sia.
muka kepenatan mengangkut beg!hahaha
Dari Latkrabang tadi, stesen terakhir nya ialah Phaya Thai dimana anda perlu menukar train lain iaitu BTS Skytrain yang seakan-akan LRT untuk ke destinasi seterusnya. Jangan risau, kat sini masih lagi guna tiket yang kad tu. tapi..tapi kau orang kena beli sendiri tiket tu dekat mesin, dekat kaunter cuma untuk untuk tukar duit syiling!so, memang kena betul-betul confirm mana destinasi yang nak dituju. alaa..macam naik LRT jugak kan?so, jangan risau sangat! yang best nya, train dekat sini sangat lah efficient dan menepati waktu. takde nya nak kena tunggu lama-lama
Dari stesen Phaya Thai ni kitorang menuju ke stesen Siam untuk tukar lagi satu train iaitu BTS Skytrain Silom Line..sebab train yang dari Phaya Thai ni ialah BTS Skytrain Sukhumvit Line.alaa..sebenarnya macam korang main tukar-tukar LRT dekat Chan Sow Lin tu, kalau nak ke Ampang.so, tak ada apa masalah sangat lah kan?;P
nahh..aku bagi korang peta untuk memudahkan pemahaman
Dari stesen Siam kitorang menuju ke stesen Saphan Thaksin..time ni dah rasa macam masuk Amazing Race dengan backpack masing-masing 10kg!
Memandangkan sampai Saphan Thaksin tu dah penat macam apa, kitorang naiklah teksi untuk ke hotel. time ni lah kena ketuk kaw-kaw dengan driver teksi tu!demmm..nak ke hotel tu dekat je tapi dia charge 200bhat!tapi rasanya normal lah kan, first timer mesti kena tipu..sobsobsob!
Hotel bajet (PR Residence) yang kitorang stay ni dekat-dekat dengan Royal Orchid Sheraton, kira itulah landmark kalau nak bagitau driver teksi. Dah nama pun hotel bajet kan, so bilik dia biasa-biasa je lah.
Dah settle check in, terus naik ke bilik untuk mandi pastu terus terbongkang atas katil!ehhh..tapi sebelum tu solat dulu wehh!masa kitorang sampai tu dah masuk Asar pun, so jamak terus lah. Travel tu travel jugak, tapi jangan lupa solat!
Pilihan makan yang paling tepat pada ketika ini ialah...Maggi!!kau ingat senang nak cari nasi dekat sini??dah lah baru sampai, memang tak lah kan kau nak explore tempat ni cari nasi dengan badan yang penat. boleh buat gadoh!
Agak-agak energy dah recharge, jom kita explore sikit area old Bangkok ni!
**sambung next post lahh..aku rasa macam dah panjang gila entry ni
Comments
Post a Comment