RESEPI : Victoria Sandwich Cake

Haiiii...harini saya kembali dengan entry baru! Selain daripada pandai backpacking, saya juga pandai baking! Haaa nampak tak rhyme di situ...hihihi
Kemahiran baking membaking ni dipelajari daripada pakcik Google, memandangkan tahap gigih nak masuk kelas tu takde langsung! Maklumlah iollsss ni busy sangat...*busy dekat website airasia*

Makanya saya nak berkongsi resepi Victoria Sandwich Cake seperti yang tertera pada tajuk entry. Kemain gah nama engko kan dak kek! Padahal vanilla cake je base nya. Nak buat pun memang chap chuss senang mudah petik jari kateko!
Lepas tengok bahan-bahan nya nanti mesti engkorang akan mengeji hakak sebab konon-konon bajet terer baking. 😂

Bahan-bahan:
200g mentega (butter pun boleh)
200g tepung naik sendiri (tepung ni tak magic pun)
200g gula castor (mesin gula biasa tu pun ok je)
4 biji telur (telur ayam tau bukan telur....)
1 sudu teh esen vanila
Jem strawberry/raspberry (bukan penyakit beri-beri mahupun cerry berry)
Whipping cream (aku suka benda ni!!)

Cara-cara:
1. Sediakan acuan kek (loyang) ikut suka lah bentuk apa pun. Nak guna 2 loyang pun okay, so tak payah nak bahagi 2 kek tu. Leserkan sedikit mentega ke dasar dan dinding loyang supaya kek senang nak dikeluarkan bila dah masak.
2. Putar butter dan gula castor sampai kembang dan gebu. Haa tang gebu ni pandai-pandai lah kau agak sendiri sebab aku tak reti nk explain.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Iye, jangan gelojoh nak masukkan sekali harung! Buat kek ni kena rilek je...
4. Dah settle masukkan telur, masukkan pulak tepung. Sila kurangkan kelajuan mixer!! Karang tepung kau bertebaran satu dapur.
5. Kalau guna 2 loyang, bahagikan lah adunan tadi tu. Tapi kalau guna 1 loyang, kau humban je semua sekali dalam loyang tu. Settle!
6. Apa lagi, masukkan lah dalam oven! Sebelum tu tolong panaskan oven lebih kurang 10 minit!! Suhu 190°C bakar selama 45 minit atau agak-agak dah masak tu kau keluarkan lah dari oven. Kalau rentung, gua tak bertanggungjawab!
7. Haaa dah masak dah tu bila bau kek menyelubungi dapur sehingga ke rumah jiran tetangga!
8. Sejukkan dulu kek tu, sambil-sambil tu putarkan whipping cream sampai dia kental. Kalau nak guna yang ready made boleh je tapi tak feel sangat.
9. Untuk yang guna 1 loyang tu, tips akak untuk bahagi kek secara mudah ialah dengan menggunakan BENANG! Yes, you heard me. Senang gilossss..kek pun akan menjadi dua keping dengan elok je. *sila google untuk lebih jelas*
10. Jom sapu jem atas sekeping kek, lepastu lambak kan whipping cream. Letak yang lagi sekeping atas tu. *macam buat sandwich*
Balance whipping cream tu letak atas kek then hias dengan strawberry/blueberry ikut suka hati. Janji cantik dan sedap!

Haaa dengan 10 step mudah, korang dah boleh makan kek yang sedang hebat diperkatakan sekarang ni!!

Selamat mencuba! *campak apron*

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne