Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 2)
Part 1
DAY 2 - Tuesday (07/10/14)
DAY 2 - Tuesday (07/10/14)
The highlight of my trip, ANGKOR WAT! It is not complete if you travel to Siem Reap but left out the Angkor Wat. Its like, helloooo better you stay at home watching television! Gittewwww...
Kemain gigih aku bangun pepagi buta padahal kemain mengantuk lagi sebab malam semalam kan minum kopi, pastu tak boleh tidur. Tapi nak tak nak kena bangun jugak! Sebab dah bertekad nak jugak tengok sunrise dekat Angkor Wat walau apa pun rintangan yang datang menghalang!
*mandi sekejap*
Siapkan daypack (campak biskut dengan air mineral yang penting) dan berpakaian yang bersesuaian untuk aktiviti harini yang bakal menyebabkan ketiak berlecak, ayuh!;P
Masa aku turun dekat lobi, nampak makcik receptionist tengah bukak pintu sebab aku dah bagitau nak keluar awal harini. Nasib baik makcik ni ingat!
Ok jom mula mengayuh basikal! Dengan berpandukan waze dan bertemankan lampu suluh yang tak berapa nak menyala serta tayar basikal yang tak cukup angin, kita redah je!
Gelap nak mampos jalannya! time ni aku mampu tawakal je lah kalau jadik apa-apa. Tapi alhamdulillah..Allah sayang aku, lepas dekat sejam mengayuh aku nampak signboard 'Ticket Counter' Yeehaaaa!!
Belum ramai orang lagi, aku pun dengan pantas dan penuh bergaya terus beratur untuk beli pass masuk ke Angkor Wat. Harga untuk pass satu hari masuk Angkor Wat ialah 20USD. Dekat day pass tu ade gambar! Power bak hang!
By the way, ada jugak pass untuk 3 hari dengan harga 40USD. Maka nya terpulang lah dekat korang nak pilih yang mana, kalau rasa gigih sangat nak mengkaji Angkor Wat tu sila lah beli untuk 3 hari. Puas hati!
Peringatan! Jangan hilangkan pass ni sebab nanti dalam Angkor Wat ni ada pengawal yang akan check bila-bila masa yang diorang suka.
kemain excited muka aku pepagi ayam!
Ok dah settle beli pass, sambung mengayuh lagi untuk ke main entrance Angkor Wat. Syahdu gak lah aku rasa sebab aku je yang naik basikal subuh tu. Backpacker miskin kannnn...*menitik air mata*
Peringatan! Sila kunci basikal ye, kang kalau hilang engko nak jalan kaki ke balik hostel?? Biasanya masa sewa basikal, memang diorang akan provide sekali dengan kunci ni. So, engkorang tak payah lah gigih sangat nak bawak kunci sendiri dari Malaysia.
Sebelum masuk ke Angkor Wat, guard dah buat sekatan nak tengok pass yang dah beli tadi. Jadi, tunjukkan je lah.
Yeahhh! Mari kita cari port baik untuk tengok sunrise. Port yang memang menjadi tumpuan ialah di tepi tasik memandangkan kat situ cantik untuk dapatkan reflection Angkor Wat. Aku pun menyelitlah to join the crowd yang masing-masing dah ready dengan kamera.
Dannnnn..waktu yang dinantikan. Subhanallah!! Cantik sangat wehhhh...
*tengok gambar pastu pandai-pandai lah kau mengucapkan kata-kata syukur*
Dekat sejam jugaklah tengok sunrise sampai bila dah start silau dan panas barulah reti nak cari tempat berteduh.
Aku sempat beli poskad 1 pack (10 keping) sebab ada budak ni dok mengekor je. Takpelah bagi rezeki dekat dia.
Haaa..time nak bergerak masuk menjelajah Angkor tiba-tiba ada yang tegur.*drum roll*
"Are you Malaysian?"
"Yes. How about you?" Aku tanya balik.
"I'm from Indonesia."
Tadaaa..jumpa kawan baru sebab time tu kitorang berdua je yang pakai tudung. *mesti mula-mula engkorang syak aku dah bertemu dengan si mata biru kannnnn!!*
Our conversation mostly in English because she is not that good in Malay/Indo.
Kemain panjang borak, only then..
"Hey, what is your name?" I asked her.
"Ohhh..Riska. What about you?"
"Hamadah, but you can call me Mada."
Lepas tu terus masing-masing bertukar cerita pasal travel trip ni. Dia pun memang jenis yang travel sorang, ok geng!
Ok dah puas pusing Angkor Temple, ayuh kita bergerak ke temple yang lain. Ingat! Kompleks Angkor ni sangat besar okay!
Oh by the way, Riska invited me to ride tuktuk with her since she already hired a driver for the whole day. I refused at first because I thought she wanna share the payment for tuktuk, since i'm on a tight budget (read:cheapskate). But then she said, "it will be on me."
Whoaaa..dia sangat baik okay! Maka tanpa berlengah aku terus je setuju. Ishhh..rezeki jangan di tolak! Basikal aku pun sekadar berehat je lah nampak nya dan hakak pun takde lah lenguh kaki nak mengayuh. Hihihi!!
Seterusnya kitorang menuju ke Bayon Temple yang berada di dalam kawasan Angkor Thom but still dalam kompleks Angkor tau! Haa Bayon Temple ni interesting sebab temple nya berwajah manusia.
Ok, ok kalau engkorang masih tak clear lagi, ni akak cedok ayat dari wikipedia:
Seterusnya kitorang menuju ke Bayon Temple yang berada di dalam kawasan Angkor Thom but still dalam kompleks Angkor tau! Haa Bayon Temple ni interesting sebab temple nya berwajah manusia.
Ok, ok kalau engkorang masih tak clear lagi, ni akak cedok ayat dari wikipedia:
Angkor Thom was built as a square, the sides of which run exactly north to south and east to west. Standing in the exact center of the walled city, Bayon Temple represents the intersection of heaven and earth.
Bayon is known for its huge stone faces of the bodhisattva Avalokiteshvara, with one facing outward and keeping watch at each compass point. The curious smiling image, thought by many to be a portrait of Jayavarman himself, has been dubbed by some the "Mona Lisa of Southeast Asia." There are 51 smaller towers surrounding Bayon, each with four faces of its own.
Bayon Temple is surrounded by two long walls bearing an extraordinary collection of bas-relief scenes of legendary and historical events. In all, there are are total of more than 11,000 carved figures over 1.2km of wall. They were probably originally painted and gilded, but this has long since faded.
Dah paham? Nak tengok gambar? yelah, aku bagi gambar supaya lebih jelas.
gambar ni ekslusif sebab boleh dapat reflection camni during rainy season je tapi itu pun ikut nasib, kalau a day before hujan lebat baru boleh dapat macam ni. memang rezeki aku nampaknya, sebab semalam kan hujan dan tadaaaa!!
ini lah pose yang orang ramai selalu buat bila kat Bayon Temple, tapi ini pun aku buat curi-curi sebab sebenarnya tak dibenarkan untuk ambil gambar dekat camni. Nasib baik aku sempat buat pose ni sebab lepas tu ada pengawal datang ala-ala nak marah.
amboi...sinis nya senyuman engko tu kakak batu!
Aku rasa entry ni dah panjang gila (padahal sebab banyak gambar je), so aku stop dekat sini dulu lah...jangan risau, cerita aku tak habis lagi untuk hari kedua dekat Siem Reap ni.=)
Comments
Post a Comment