Backpacking to SIEM REAP - PHNOM PENH - HO CHI MINH (Part 1)
DAY 1 - Monday (06/10/14)
Bismillah...
This is it! Hari yang dinantikan telah tiba...My grand solo backpacking trip!! Boleh tahan nervous jugaklah sebab trip kali ni aku pergi agak lama. Aku bangun kemain awal, konon-konon semangat lah sebab ingatkan nak kena naik bus/ERL pergi klia2..tup-tup abang ipar aku hantar sebab dia pun memang ade assignment kat klia2. Yeayyyy!jimat duit..hihihihi
Hmmm..agak kebulur jugak, makanya bedal KFC dulu sebelum pergi boarding gate. Aku awal-awal dah web check-in sebab malas nak beratur. Lagipun aku takde luggage nak kena check in.
Masuk-masuk flight nampaknya takde gadis perempuan sebaya yang boleh diajak geng. Makanya gua dengan cool cari seat, tapi dah ade orang duduk pulak. Takpe gua chill je, sebab tadi sebelum naik flight tengok tak ramai dan gua yakin banyak seat kosong. Dan pap! Satu row ni gua duduk sorang. Jangan kata berlunjur, gua siap baring dengan senang hati. Yihaaaaa!
*jap gua pergi toilet*
Ok, dah agak-agak nak sampai aku pun kembali duduk dengan bersopan santun sambil memakai seat belt lepas captain announce yang dah nak landing.
Yeahhh here I am! Siem Reap International Airport yang sangat simple dan sempoi, sebab sebelah tu sawah padi kot. Rilek jeee... Immigration pun tak banyak cerita, hulur arrival card terus dia cop passport. Tapi ada sorang uncle ni kena paw, aku taktau lah kenapa. Nasib baik aku selamat!phewww...
Sebelum keluar dari airport, pergi beli simcard dulu untuk kemudahan di masa hadapan dan juga untuk mengkhabarkan kepada orang kampung bahawa aku selamat sampai. Traveler simcard ni biasanya valid untuk seminggu with credit (5usd) and data plan(1.5 GB). Laju betei internet kat Siem Reap nihhh!!
Ok, sekarang kena cari tuktuk sebab hostel aku tak reply pasal airport transfer. Takpe akak chill je. Keluar je dari airport, ada sorang driver tuktuk datang approach. Nego dengan driver ni, mula-mula dia letak 6usd. Disebabkan akak kan dah buat research sebelum datang sini, maka akak pun letak price 5usd. Deal!
Dannnn..masa atas tuktuk ni lah akak baru perasan yang duit 50usd akak dalam poket takde!!haihhhh tercicir gamaknya...sebab aku dok main selit dalam kocek seluar je. Nak menangis meraung pun bukannya boleh datang balik kan duit tu, so akak terpaksa redhoooo.
Lebih kurang 15 minit atas tuktuk, maka sampai lah kat The Explorers House yang aku dah book awal-awal thru Agoda. Aku book dorm sebab nak jimat kan tapi untuk first night dapat upgrade ke private room without extra charge sebab dorm penuh!weehuuuu...aku lagi seronok kot dapat private room.;P
*mandi jap memandangkan badan dah melekit dengan cuaca panas Siem Reap*
Ok dah settle solat dan freshen up, kekonon nak g tengok sunset kat Angkor Wat tapi hujan pulak! Haihhhh..kecewa jugak.
*makan nasi goreng lah dulu sebab aku dah kebulur tahap infinity*
aku tak tau kenapa kurus sangat ayam kat Cambodia ni..
Lepastu makcik receptionist dekat hostel ni tolong book kan tiket bus untuk ke Phnom Penh. Aku naik bas yang berjenama Giant Ibis since I've read some reviews saying that it is the best bus to travel with. Lagipun night journey, perlulah naik bus yang selesa oiii. Ohh lupa nak bagitau yang makcik receptionist dekat hostel aku ni Indonesian, makanya aku cakap Melayu je dengan dia. Kemain baik makcik ni!
Lepas settle makan, aku dah tak tau nak buat apa. Hmmmm...tak kan nak naik bilik kot. Ok, jom redah hujan renyai2 ni dengan penuh yakin.
*sarung poncho yang aku memang bawak dari rumah*
Niatnya nak pegi night market tapi aku nampak The Blue Pumpkin cafe which is one of the place yang aku dah list down untuk lepak-lepak minum kopi. Nak tau kenapa? Cafe ni cool gila okayyyy..korang minum kopi sambil baring2!!
Lama jugak aku lepak kat sini sebab kononnya nak tunggu hujan reda tapi tak reda jugak. Pastu waiter kat sini pun peramah, bagitau mana port best nak tengok sunset and sunrise. Dia ala-ala kagum lah tengok aku travel sensorang, maybe sebab aku pakai tudung. Ehhh takde kena mengena kot. Hahaha!
Kopi pun dah habis minum, jom lah balik hostel.
*meredah hujan*
Expenses:
Flight (KL to Siem Reap) - RM113.20
Simcard - 5USD
Tuktuk - 5USD
Hostel - RM44.46
Bus ticket to Phnom Penh - 15USD
Minum kopi - 2.25USD
P/S: Flight ticket dengan hostel tu aku dah bayar awal-awal...makanya takde lah terasa banyak duit yang mengalir keluar.;P
P/S/S: Nasi Goreng tu aku tak bayar lagi, makcik receptionist tu kata bayar masa nak check out je nanti. Haa, kan aku dah cakap makcik ni baik!
P/S: Flight ticket dengan hostel tu aku dah bayar awal-awal...makanya takde lah terasa banyak duit yang mengalir keluar.;P
P/S/S: Nasi Goreng tu aku tak bayar lagi, makcik receptionist tu kata bayar masa nak check out je nanti. Haa, kan aku dah cakap makcik ni baik!
Murah je best jugak! Interesting pulak backpacking trip ni.
ReplyDeleteI ni cheapskate traveler, itu yang cari murah2 je..hihihi.
ReplyDelete