Baby Shower Story

Assalamualaikummmm..

Kali ini kita bersiaran lagi tapi bukan kisah travel okay. Kamonnnn..aku pun ada kisah hidup lain yang menarik jugak selain daripada travel je! Hahaha...

Baca tajuk mesti macam, wehhhh bila pulak si Mada ni kahwin siap ber'baby shower' bagai?? Chaittt..bukan aku lah! Takpe kita cerita slow-slow, benda boleh bincang.

Plan awalnya cuma nak melepak makan-makan sebelum perut Fatin meletup, tapi lepas tu macam..ehhh takkan nak makan lepas tu balik je? Sempat ke nak bergosip nanti? *padahal hari-hari ada je yang digosipkan dalam Whatsapp group ;P

Ok, kita book 1 room lah dekat hotel mana-mana just for 1 night. Kekonon girls party in the room lahh! Lepas tu macam, ehhh suami Syira dengan Fatin nak campak mana?

Hmmm..book suite lah! So, the guys will be on the living hall while the girls will enjoying our king size bed in the room! Weeehuuuu...Dan macam biasa, sesi book accommodation ni memang tugas aku. 

Lokasi percutian singkat berjemaah kali ini hanyalah ke Melaka. Last time holiday dengan diorang ni masa honeymoon Fatin&Syapik kat Krabi awal tahun haritu, tapi Syira takde.

Nak book accommodation bukan senang ya, since nak sumbat 7 orang sekaligus..maklumlah senang nanti nak bergosip!*masing2 cheapskate..hahaha* Few suggestions of hotel; Hatten/The Pines/Swiss Garden/The Straits Hotel/Hotel Sentral/Ramada Plaza Melaka

Drama? Mestilah ada! Kejap yang ni tak confirm, kejap yang ni kena masuk hutan, kejap yang ni laki taknak ikut, kejap yang ni laki nak book bilik lain sebab segan, kejap yang ni nak bawak kawan, kejap toilet hotel ni fully glass, kejap yang ni kena jadik pengapit. Ehhh!

Selepas settle 'bercakaran' dalam group, maka sebulat suara telah bersetuju untuk stay kat Ramada Plaza Melaka harga pun masih boleh dibawak berbincang. Aku book Junior Suite since ada separate hall and bedroom.

Next nak cari tempat makan yang boleh buat decorations, yelah kan acara utama untuk percutian singkat ini ialah untuk makan dan meraikan mak buyung Fatin yang due awal 2016! Maka, kitorang telah memilih restoran Le QUE  yang terletak di area Jonker Walk sebab restoran ni boleh provide deco sekali. Request je lah kau nak tema apa, insyaAllah boleh dapat! 


*masing-masing menjalani kehidupan dengan tenang sehinggalah tibanya 12/12/15 (Sabtu)*

Pagi Sabtu masing-masing berada dilokasi & acara yang berbeza.
Aku : Jadik pengapit member sekolah kahwin
Ada : Lokasi dalam hutan yang tak dapat dipastikan
Fatin : Kat Pontian sebab laki kerja
Sue : Berkejaran ke wedding di serata Muar
Syira : Melawat kawan yang baru lepas bersalin dekat Pagoh

Selamat Pengantin Baru Aza!!


Jemaah ahli percutian kali ini adalah seramai 7 orang iaitu Aku, Sue, Fatin&Syapik, Syira&Hakim, Haziq kawan Syapik. Kapten Ada tak ikut sebab kena bertugas! Huwaaaaa..tak cukup korum, takde orang yang kitorang nak gelakkan, takde orang yang nak ajar swimming. =(

Lepas Asar baru bertolak ke Melaka dengan 3 kereta, hujan bukan main lebat lagi. Masuk je bandar Melaka jammed macam haremmm! Restoran Sup Lembu Tangkak tapi ada tanda HALAL yang besar pun boleh jadik topik kitorang borak masa jem tu! Hahaha ntah pape je...


Sampai Ramada Plaza dekat pukul 6, terus pergi check in. Plan asal nak swimming tapi sebab hujan lebat maka memang cancel lah, lagipun coach swimming yang garang kitorang tak ikut. Kemain ayu masing-masing berbaju kurung masuk hotel tapi tak lama mana pun ayu nya bertahan sebab lepas tu start buat perangai! 

Masuk suite je.."Wehhh apahal takde pintu antara bedroom dengan hall? Macam mana nak tidur ni??" Masing-masing tak puas hati sebab masa call haritu, receptionist kata bedroom dengan hall memang separate. 
Syapik terus call receptionist, dia kata dia upgrade dari Juniour Suite ke Club Suite! Fuyyoooo..patutlah masa check in receptionist bagitau boleh pergi makan dekat Club Lounge yang betul-betul sebelah bilik kitorang. Rezeki!! 

Bahagia the boys bergumpal kat hall yang luas nihhhh!

4 orang yang selim-melim haruslah muat tido atas katil nihhh..Goshhh! Last time sleepover beramai-ramai rasanya masa Form 5 dulu kot!

Masing-masing terus feeling-feeling jadik orang kaya! Tapi masalah takde pintu bilik masih tak settle..Hmmm almari TV yang besar gedabak ni macam sesuai je untuk dijadikan separator, langsir jugak tak dilupakan! Hahaha..dah gaya rumah setinggan jadiknya. Ahhh pedulik lah..okay para lelaki settle kan lah sesi buat penghadang, aku dengan Sue nak pergi lounge carik makanan. Well, Sue memang partner seludup makanan aku kot! Hahaha..teringat masa kitorang pergi Genting Highlands, aku dengan Sue jugak yang gigih bangun pepagi pergi breakfast sambil seludup roti/muffin dalam beg. *Elehhh..jangan cakap korang tak pernah buat kalau tido hotel mahal sekali sekala! Croissant hotel sedap kottt! 

Kali ni seludup makanan secara terang-terangan, mana taknya pinggan dekat lounge pun selamba je hangkut bawak masuk bilik! Hahaha..#villagepeople betul! Yelah bilik kitorang memang betul-betul sebelah lounge wehhh..yang jaga dekat lounge tu pun gaya tak kisah je. 

Tea time partayyyy!! Hahaha..
*cuba perhatikan belakang kerusi, ada macam langsir2 kan? Hahaha..gigih okay cabut langsir*

Mula-mula aku dengan Sue je bertanggungjawab dalam sesi seludup since dia bagitau untuk 2 orang je. Alih-alih lelaki bertiga tu entah macam mana dengan selamba boleh melepak kat lounge, siap makan2 dan tapau masuk bilik jugak! Kahkahkah..masing2 perangai kan!

Lepas Maghrib, terus siap-siap untuk baby shower dinner! Tema putih kononnya...

Kena paksa tanggal wedges since tak nak nampak aku tinggi sangat..sadis!

Ahli jemaah yang berperangai tidak semenggah! Hahaha...
From left: Hakim, Syira, Sue, Aku, Fatin
Bottom left: Haziq, Syapik

Nak ke restoren Le Que ni kemain jammed! Maklumlah area Jonker Street..nasib baik dapat parking betul-betul depan kedai.

 pic credit : FB LeQUE

 pic credit : FB LeQUE

Ommaiiiii..cantiknya decorations yang diorang buat! Sweet sangat tauuuu..rasa nak lepak lama-lama. Hahaha! Food pun sedap with affordable price.





Mummy and daddy to be!!




Tak cukup korum!! Sedihnya Kapten Ada kena bertugas di hutan belantara..=(

Sempat lah jugak facetime masa tengah makan..
*aku syak masa tu Kapten Ada tengah nangis sorang-sorang dalam khemah..;P

Dah habis makan, sambung gosip sambil discuss konsep hantaran. Ehemmm..siapa yang nak kahwin tu?? Ready for Bachelorette Party!!
Lepas tu kekonon nak pergi karaoke, sekali tempat karaoke full..Maklumlah malam minggu, maka ayuhlah balik ke hotel. Apa guna dah bayar hotel memahal tapi tak lepak hotel, ye dakkk?

Sampai hotel memasing malas nak mandi, mari kita terus kan dengan sesi mekap bersama Syira the uprising make-up artist! Gittewww... yang menjadi mangsa ialah Sue, kekonon mekap nak kahwin lah. Hahaha! Siap photoshoot dalam toilet lagi, mentang-mentanglah toilet cantik. Lepas tu bersambung ke sesi henna pulak, tukang lukisnya mestilah Syira jugak. 


Dekat pukul 3 baru tidur..koyak! Siap kena sound dengan lelaki2 yang dah balik tengok bola.."Weii korang tak tidur lagi?? Buat apa je lahhh dari tadi!" 
Ohhh..lelaki2 tidur dekat hall beralaskan toto Narita. Ini pun cerita lawak..Haziq selamba je bawak Narita berlegar-legar dekat lobi lepas balik dari dinner. Wehhh..duduk club suite tapi hangkut toto! Kahkahkah!

 *lights off*

Pukul 6 pagi mula lah bermacam-macam bunyi alarm kedengaran dari 7 handphone! Tapi semua dok main snooze je...Bangun Subuh woiii!

Pukul 7 aku dengan Fatin dah bersiap sedia nak usha-usha breakfast dekat Club Lounge. Pergi awal line clear sikit kalau nak seludup makanan. Hahaha!
Memang kitorang yang paling awal, sampai chef dia yang greet "Good Morning..nak saya buatkan omelette?"

Kejap lagi selamba je Syapik dengan Haziq masuk lounge, breakfast jugak. Yang tukang jaga kat situ pun buat tak kisah je.. Pehhh seronok!! Tapi sambil2 tu sempat jugak seludup makanan masuk ke bilik, yelah kan ada lagi 3 orang masih lena beradu.
Kitorang ber4 dah kenyang makan, nak masuk bilik semula lah sebab nak salin baju nak pergi swimming. Lepas tu Hakim dengan selambanya bawak masuk espresso dari lounge, muka tak bersalah langsung! Bukan secawan tapi 3 cawan okayyy..hahahha! Dah gaya macam dekat rumah, keluar bilik pergi brekafast kat dapur! Serius yang ini memang pecah perut kitorang gelak!!

Dah kenyang makan, apalagi..pergi terjun pool lah! Sakan para lelaki menunjukkan skill berenang masing-masing, lepastu makan yogurt yang diseludup dari lounge! Feeling-feeling orang kaya sangat hokkayyyy.
Dalam pukul 11 semua dah siap-siap kemas nak check out..perabot dikembalikan ke tempat asal, pasang langsir semula, pulang balik pinggan dekat lounge(siap cuci ok!).


You guys are totally awesomeeee!
Get ready for next trip guysss! 

Ehhh..takkan nak habiskan percutian singkat macam ni aje?? Ayuh pergi karaoke!! Kang mak buyung kempunan pulak. Kemain masing-masing menunjukkan kehebatan vokal. *siap ada Pasha Ungu pulak tu.. Ehhh!Kbai


Maka dengan itu berakhirlah sudah percutian singkat yang dirancang secara tiba-tiba! Walaupun cuma dekat Melaka tapi kalau dapat berkumpul macam ni, memang meriah dengan perangai masing-masing yang bakal diceritakan ke anak cucu!



May our craziness stay and never apart!


XOXO!






#langsirhotelSyapik
#totonaritaHaziq
#espressoHakim

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China