Backpacking to Bangkok, Thailand (Part 3)

Backpacking to Thailand (Part 2)

Haiii...aku kembali lagi untuk entry kedua hari ini. Nampaknya tengah throwback teruk ni, mungkin gian nak travel lagi.hewhewhew!!

Disebabkan aku ni pelupa, maka entry ni mosly aku refer daripada gambar2 kat folder Bangkok..fuhhh nasib baik bila tengok gambar aku boleh lah recall sikit-sikit ceritanya. Entry ini adalah sambungan daripada entry yang diakhiri dengan gambar Maggi cup tomyam.

Yeahhhh!!It's time to explore the old Bangkok!!

Sebelum keluar berjalan, gua sempatlah bertanya kepada pakcik Smith ini tempat-tempat menarik disekitar old Bangkok. Tapi pakcik ni kerek, dia buat endah tak endah je dengan gua. Ehhh kamon lah pakcik, gua boleh survive sendiri lah!huhhh...

fine ahh pakcik Smith!

Walaupun pakcik Smith itu langsung tidak membantu, aku dan kakak aku teruskan jugak sesi exploring nearby area.
Ohhh..kat sini lah the famous Chao Phraya river yang orang selalu sibuk naik cruise untuk tengok sunset tu! tapi kitorang takde lah sampai nak naik cruise..kitorang cuma naik ala-ala feri untuk ke opposite side of the river. Tambang feri ni cuma 2.5 baht iaitu 25 sen je!!

inilah feri untuk ke seberang sungai Chao Phraya


Ada apa kat seberang sungai? takde apa sangat pun, night market je yang ada. Biasalah jual baju, kasut and also street food.






kitorang just cuci mata je sebab takde apa yang menarik pun dekat situ..nak beli makanan pun macam tak berapa nak yakin je tahap kehalalan nya.
Balik semula ke riverbank naik feri lagi..time ni tengah sunset



Then, kitorang pun balik lah ke hotel memandangkan hari pun dah makin gelap dan kat area tu dah start busy sebab ramai yang nak naik cruise for their dinner.






Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China