Family Trip - Jakarta, Indonesia (Part 1)
*tendang pintu seperti gangster kampung*
Haiii semua!kali ini saya kembali dengan
travelog ke Kota Jakarta dan Bandung. Trip kali ini takdelah backpacking sangat sebab pergi dengan family, so faham-faham aje lah kan. Iyaa..saya tahu cerita ini sudah hampir basi memandangkan peristiwa ini berlaku pada tahun lepas. Ehh tapi aku pedulik apa!suka hati aku lah nak update bila..*tetiba emo*
Sudah2, mari kita teruskan kan dengan tajuk asal entry sebelum saya melalut lebih jauh sehingga akhirnya membuatkan saya lupa tujuan asal entry ini.
Sebelum meneruskan pembacaan, harap maklum ini adalah entry throwback 3 bulan lepas..;P
Pagi sebelum fly, aku sempat lagi pergi buat
field work trip kat Perodua untuk assignment..haa, nampak tak betapa komited
nya aku dengan study work sebelum pergi berlibur??!!hihihi..dekat 2 jam
jugaklah dekat Perodua sebelum kelam kabut pergi Melaka Sentral untuk naik bas ke KL..
Fuhh!nasib baik ade tiket pukul
12.30..sempatlah beli Mekdi (baca: Mc Donald's) as a lunch. Nak dijadikan cerita bas KKKL tu
tersangatlah slow!bongok ahh..gua dah lah tengah rushing!*emo lagi* Lebih kurang pukul 2.30 baru sampai
TBS pastu terus berlari ke ERL, train pukul 3.15ptg dan ETA adalah pada pukul 3.45ptg! Fuhhh...first time beb gua naik ERL! Maklumlah sebelum ni pergi KLIA/LCCT ada orang hantar sampai depan pintu airport. Harga untuk one way ticket ERL dari TBS ke KLIA kalau tak silap aku RM24 (dah tak ingat, cuba korang google sendiri ok).
Nasib baik dah buat web check-in, so tak payah lagi nak que panjang2
untuk check in. Ohh untuk trip ke Jakarta ni kami naik KLM - Royal Dutch Airlines sebab tiket flightnya agak murah kalau nak compare dengan other airlines. Berapa murah tiketnya? Return ticket around RM350 including food and 25kg luggage. Kalau pergi dengan family, luggage itu adalah sangat penting sebab misinya akan menjadi misi bershopping! So, tentang web check-in korang boleh buat sendiri 48 jam sebelum fly kat website KLM.
Ok, berbalik semula kepada cerita aku yang kelam-kabut nak sampai ke KLIA! Family aku yang lain semua dah sampai awal dan dah settle sesi check-in luggage, maka aku dengan pantas
menuju ke kaunter check-in luggage(padahal bagpack aku tak sampai 5kg
pun!pftttt..) untuk dapatkan boarding pass. Dah namanya pun amazing race, tak sempat nak
duduk terus gerak pergi boarding counter dan macam biasa process segala scan
kat immigration counter sebelum sampai boarding area.
inilah flight kami..weeeee!!
second honeymoon diorang lah kiranya
gambar wajib bila naik flight kannnn...
Dalam flight aku terpisah dengan family
members yang lain sebab aku lambat beli ticket (lagi seminggu nak fly baru beli ticket) sebab aku kan busy dengan segala assignment dan test masa tu, so duduk lah aku sendorang
kat seating area paling depan iaitu 'Economy Comfort'. DisebaBkan flight petang so takdelah dapat nasi, just dapat Chicken Currypuff yang besar.
KL ke Jakarta cuma 2 jam je tapi disebabkan Indonesia (GMT+7) lambat sejam dari Malaysia, so bila landed kau rasa macam sejam je naik flight.
Abang ipar aku dah tunggu dekat Soekarno Hatta Airport untuk ambil kitorang memandangkan family dia dah sampai Jakarta sehari lebih awal. Maklumlah, kakak aku yang first tu kan excited nak shopping! Itu yang dia fly dulu..
Settle kat imigration and collect luggage, kitorang terus balik ke Malaysian Embassy. Ohh kat Jakarta ni kitorang stay kat embassy memandangkan adik kepada abang ipar aku kerja kat sini. So, save budget untuk accomodation! Duit tu boleh buat shopping!!hehehe...
Aku dah lapar, so aku sambung kat entry lain je lah ye..
Kbai
Comments
Post a Comment