Backpacking to Perth, Australia (Part 1)
Helloooo...
Memandangkan laptop aku masih mogok taknak hidup dan aku pulak belum ada kekuatan nak pergi hantar repair, makanya aku pun menggunakan PC dekat office untuk update entry! Kahkahkah nasib baik harini bos seharian meeting, kalau tak sia-sia je kantoi!
Haaa korang dah ready belum nak baca kisah travel aku yang tak seberapa nih? Tapi tetap adventure oii, maklumlah semua plan sendiri. Kitorang discuss trip ni thru whatsapp je memandangkan masing-masing kerja jauh dan takde masa lah weh nak jumpa semata-mata nak discuss pasal travel. Gittewww! Discuss kat whatsapp pun boleh bawak bergaduh okay! Siap ada yang leave group..*jeling2 handphone Reen yang restart tanpa sebab*
Trip aku sentiasa ada drama, tak terkecuali untuk trip ini dimana drama dimulakan dengan flight reschedule! Supposed to be kitorang fly 28/04/2015 (0830) tapi since AirAsia X sekarang buat 1 penerbangan je ke Perth, makanya flight kitorang ditunda ke 29/04/2015 (0005). Yang kecoh mestilah si Reen since dia dah book flight dari JB-KL, takkan nak cancel yang tu pulak. Aku n Zana yang base dekat KL ni buat tak layan je dengan Reen yang tengah meroyan masa tu. Maklumlah masing2 tak apply cuti pun lagi. Kahkahkah! Itinerary aku yang buat itu pun dok bertangguh, lagi 3 hari nak fly barulah finalize semuanya. Budget pulak haruslah diuruskan oleh auditor berjaya iaitu Reen lepas aku settle dengan itinerary, Zana pulak ditugaskan untuk menjadi driver sepanjang trip ni memandangkan kitorang sewa kereta dekat Perth dan Zana merupakan pemandu berhemah.*ini memang yang paling drama antara semua drama yang terjadi sepanjang trip ni!*
Cukuplah dengan mukadimah, mari kita mulakan dengan hari pertamaaaa!!!
Day 1 - Friday (24/04/2015)
Dapat 2 seaters seat dan duduk tepi tingkap! Yeayyy.. tapi tengah malam, tak nampak hape pun. Flight full dan aku memang dah amek mood nak tido je memandangkan aku kerja kot siang tadi lepastu hadap jem lagi serta dah memang waktu tido aku. Hahaha! Baru nak lena, Reen hulur Nasi Lemak Pak Nasser pulak. Bedal separuh pastu suruh Zana habiskan since aku rasa tido lagi syok time tu.
Around 0600 pilot buat announcement yang flight dah nak mendarat, suhu time tu 11°C dan masing2 tak expect pun sejuk camtu since ikut weather forecast biasa2 je temperature kat Perth (baca:macam kat Malaysia je). Angin agak kuat sebab rasa flight bergoyang/tak stabil tapi pilot berjaya landing dgn smooth nya! Bravo!
Arrival card and declaration form semua dah isi, so ayuhlah kita ke immigration counter. Sila buat muka paling konfiden supaya officer tu tak syak yang bukan2 dekat kau. Alhamdulillah semua settle je, takde pulak kitorang kena tahan/bukak beg segala macam yang aku dok baca dekat blog orang lain yang siap ada anjing datang hidu segala. Hmmm mungkin pagi lagi dan 1 flight je yang landing time tu. Immigration officer pun okay je, takde lah rude macam dekat Thailand!
Haaa dah sampai pun waktu Subuh, jangan nak buat2 lupa sembahyang pulak ok! Keluar je dari arrival hall tu, belok kiri ke arah kaunter2 kereta sewa dan jalan depan sikit akan nampak 'Quiet Room' aka bilik solat. Tempat wudhuk disediakan kat dalam tu, tak payah risau ok. Ohhh jumpa 4 orang Malaysian yang boleh tahan peramah, sempat lah borak plan masing2 kat Perth nanti.
Sekarang macam mana kita nak pergi hostel yang kat tengah bandar Perth tu dengan kos yang paling murah? Hasil daripada kajian *matilah nakkk buat kajian* aku dan disokong oleh Reen, boleh ambil public bus (Transperth) dekat domestic terminal. Dari Perth International Airport (T1) nak ke Domestic Airport (T3) free shuttle di sediakan! Lebih kurang 15 minit, sampai lah ke T3. Nak ke city, ambil Transperth bus No.37(last station Kings Park) dengan tambang $4.40 tapi kitorang dapat FREE!! Sampai harini aku masih musykil kenapa kitorang tak payah bayar dan driver bus pun tak mintak. Dah naik bus tapi masing2 tak tau nak turun dekat mana sebab hostel kitorang dekat Brisbane St dan kena ambil bus lain untuk ke sana. Malu bertanya sesat jalan! Orang yang paling sesuai untuk ditanya semestinya driver bus! Yess sangat helpful kakak driver yang muka boleh tahan garang, dia turunkan kitorang dekat bus stop St George dan suruh kitorang naik bus No. 60 untuk ke Brisbane St. Dan bus betul2 berhenti depan hostel kitorang since bus stop memang dekat situ! Hmmm FREE jugak naik bus tadi padahal orang lain (baca:local people) bayar je.
Transperth bus
Few days before arrival, owner hostel ada email bagitau yang kitorang dapat free upgrade ke private room without extra charge! Yeahhhh!
Masa sampai tu owner baru nak bukak pintu since kitorang muncul pukul 8.30 pagi, tapi dia bagi je check-in since bilik tu memang kosong. Masing2 freshen up sekejap sambil betulkan pinggang yang sengal2.
Let's explore Perth!! Kau jangan nak buang masa okay bila travel, jangan nak mengada2 tido/berehat-rehat sampai ke tengah hari pastu baru nak berjalan. Kalau kau jenis yang macam tu, aku nasihatkan duduk rumah je lah lagi baik.*flip peta Perth yang dah lunyai*
Kitorang plan nak ke Fremantle naik train, so perlulah mencari the nearest Metro station. Hmmm ini tak tau lah siapa yang game siapa. Reen kata nak ke Metro station tu dekat je, kiranya jalan kaki dalam 10 minit je dah sampai. Since dia yang pergi tanya dekat Ariana (owner hostel), so kitorang pun percaya je lah. Sekali hamek kauuu..entah berapa kilometer kitorang berjalan! Dan yang paling sadis, boleh je naik bus nak ke Metro station tu!*cubit peha Reen*
Sempatlah menyinggah beli simcard untuk data plan since kitorang kan sewa kereta, so Waze amat diperlukan!
Telco provider yang macam haremmmm..aku beli pun sebab murah!
*tarik nafas hembus nafas*
*Wehhh panjang lagi okay perjalanan first day kitorang! Korang yang baca ni ok lagi ke tak? Kalau dah rasa bosan tu, pergilah tengok instagram/twitter/fesbuk nanti sambung baca balik tau! Hahaha
Tiket Transperth ni sangat best ok, korang boleh guna tiket yang sama dalam tempoh masa 2 jam! Means, kau turun naik 48x pun if dalam masa 2 jam boleh guna tiket yang sama! Tak payah beli tiket baru. Haaa best kan? Tapi dia ada zone tertentu, aku nak cerita kang panjang berjela pulak. Korang try google ok?
Fremantle is the last station for Zone 2. So tak payah risau kot korang terlepas station ke apa. Alaaa kiranya kalau LRT tu last station dia kan Ampang, haa camtu lah.
Perth CBD Metro Station
Tujuan utama pergi Fremantle ni adalah untuk makan Fish N Chips yang kemain femes diperkatakan oleh segenap pelusuk manusia yang datang Perth ni. Hmmm satu hal lagi nak cari restoran nya. Jalan kaki kemain jauh dah macam pusing 1 Fremantle, padahal ada CAT bus(free bus, yes yang ni memang diwartakan FREE okay!) Iyeee kitorang memang suka sangat jalan kaki! Pedometer aku pun menunjukkan pencapaian yang membanggakan sepanjang trip ni. Hahaha!
Yeahhhh CICERELLO'S didepan mata! Tanpa berlengah terus order dekat kaunter. Masing2 dah memang kebulur yang tak boleh ditolong lagi.
*aku baru perasan ada patung lucah kat depan tu*
"May I have have the most delicious powerful famous fish n chips in town? Make it fast okay!"
*ok itu aku propa je*
Sangat fresh rasa ikan nya dan big portion! Fries tu aku tak habis pun..
Mungkin sebab takde sos! Huhhhh mana sedap makan takde sos, tasteless tahu!
Masa ni Zana dah mula feeling2 berlakon drama Adam&Hawa sebab dekat sini lah Ain Hawani nangis2 lepas jumpa Adam Mukhriz dekat Kings Park. Lepastu si Johan ambil kesempatan suruh Ain benci dekat abam pilot kacak Aaron Aziz! *errr aku main belasah je scene ni, harap2 nya betul*
Mak Reen pulak masuk mode cerita Fahrin Ahmad dgn Sara Ali tu.*aku lupa tajuk drama nihhh* Alaa yang Sara Ali lari pergi Perth time pregnant stay dengan adik dia, pastu tetiba Zul Ariffin cameo datang lepak2 minum kopi.
Ok iklan dah habis! Meh sambung...
Dah kenyang, jom lah shopping! Matilahhh 1st day terus shopping...
Masuk je dekat E Shed Market yang dari luar korang nampak macam bangsal lama. Sila cari kedai yang bernama MEGABES ok!
Aku memang syorkan korang shopping dekat kedai uncle ni, since barangan dia good quality and murahhhhh!
Boleh tahan lama shopping dekat sini, siap tumpang solat lagi. Budak Melayu ni kerja dekat sini, dia lah yang offer if kitorang nak solat dulu sementara aku settle hal simcard LycaMobile yang menyusahkan hidup ni. Budak tu siap pinjamkan handphone dia lagi untuk aku call customer service, alahaiii baiknya awak! Semoga awak dapat grad dengan cemerlang!
Dah-dah lah tu shopping wehhh!
Nak balik dah ke?? Ehhh belum lagi! Jom naik CAT bus pusing2 Fremantle.
Bus ni free je, korang nak naik 243 kali pun takde sape nak marah.
Menyinggah ke Fremantle Market, saja usha2 souvenirs. Kat sini mahal! Harga 3x ganda daripada dekat E Shed tadi! Aku sangat tak suggest korang shopping dekat sini.
Lepak minum self made coffee kat 7 Eleven kejap sambil layan mat saleh busking.
Dah nak gelap padahal baru pukul 5 petang, ayuhlah kita beransur balik ke city. Kitorang kena beli tiket metro lagi since tiket kitorang dah tak valid. Kan tadi dah cakap, 2 jam je untuk guna tiket yang sama. Do you get me?
Nak balik hostel pun kitorang jalan kaki jugak, tapi kali ni rasa macam dekat pulak!
Mandi+solat Maghrib pastu jom keluar lagi! Hehh apa motif travel tapi kau nak berehat memanjang dalam bilik??
Walaupun Perth bukan lah ada night life sangat tapi setiap Jumaat malam ada night market dekat Murray Square!
Sebenarnya nak ke Murray Square tu FREE je if naik Transperth, you just tell the driver that you want to stop at the FREE ZONE. Tapi kitorang bagitau nak turun dekat Murray St which is another 1 stop after the FREE ZONE stop. Haihhh rugi2..
Hamboiii kemain sesak dekat sini! Maklumlah diorg esok cuti sempena ANZAC Day. Dekat sini jugaklah ada shopping complex yang famous iaitu MYERS. Bolehlah kot korang nak shopping branded items.
Nampak jugak ada gerai student Malaysia yang jual satay, secucuk $2 which is around RM6!!
*amek bau asap je lahhh*
Ok lah, ok lahhh..jom balik. Esok long journey ni dan perlukan rehat yang cukup. Malam pun makin sejuk, bergulung dalam comforter memang best!
Balik naik Transperth bus, FREE lagi. Nak kata kitorang tunjuk tiket yang beli masa pergi tadi, tak pulak. Hmmm maka aku buat kesimpulan, sebab kitorang naik dekat FREE ZONE maka tak payah bayar...kot! Malas pulak nak tanya2 dekat driver bus. Hahaha rezeki jangan ditolak.
Expenses:
Hostel - $30
Simcard - $12
Metro ticket (2 ways) - $8.80
Fish N Chips - $16.80
Souvenirs - $68.90
Coffee - $1
Bus ticket - $2
Baru baca post ni..hehe...kejap je harga tiket transperth dah naik kan
ReplyDeletehiiii..thanks singgah! a'ah kejap je dah naik. Lepas ni kalau pergi lagi, haruslah bawak duit seguni. >_<
Deleteasssalamualaikum tumpang tanya...kereta sewa tu pick up area mna..?
ReplyDeletewaalaikumsalam...sorry lah lambat reply! Kereta sewa tu saya pick up dekat Perth city, Murray St.
DeleteAssalamualaikum...Hai nak tanya perlukan visa ke jika nak g perth?
ReplyDeleteW'salam..yes, perlukan e-visa untuk ke Australia. Boleh apply sendiri dekat website https://www.eta.immi.gov.au atau boleh apply guna agent.
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteNak pasal tandas dekat Hostel The Shiralee..kat dalam bilik ada tandas ke..ke kat luar?
Kalau kat luar maksudnya mesti ada lelaki ngan perempuan kan? Ke xde..
w'salam...Tandas dekat luar, sharing basis. Yes, ada untuk lelaki dan perempuan. Tak campur pun.
DeleteHai sis, boleh share itenary perth through email?afifahrosman4s2@gmail.com
ReplyDeleteThanks in advance :)
Mohon email itenary ke email adyiza_mimi@yahoo.com.my. thanks=)
ReplyDeletesalam dik..nk minta izin boleh tak nak mintak emailkan itenary kat akak untuk rujukan..izlynn_mj@yahoo.com..
ReplyDeleteharap sgt dpt membantu...thanks ye
salam sewa kereta berapa ya sehari?
ReplyDelete