cinta pantai pearl 3

“Let’s go!” ajakan Zafril membuatkan Alia terpinga-pinga.
“Hah?”
“Jom lah,” ulang Zafril.
“Pergi mana? Saya nak balik hospital ni,” sambut Alia.
“Yelah, jom lah saya hantar. Dekat sini susah dapat teksi,” ujar Zafril.
“Takpe lah. Hah, tu dah sampai pun teksi,” balas Alia ingin segera berlalu apabila ternampak sebuah teksi menuju ke arah mereka.
Belum sempat Alia menahan teksi tersebut, Zafril terlebih dahulu menahan kemudian dia berkata sesuatu kepada pemandu teksi itu menyebabkan pemandu teksi it uterus berlalu begitu sahaja.
“Apa yang awak cakap dengan dia? Saya nak cepat lah ni!” ujar Alia geram.
“Jom lah, saya boleh drive lagi cepat dari driver teksi tu,” balas Zafril selamba.
“Tak payah lah. Saya nak naik teksi aje,” sesekali Alia menoleh ke arah jalan, berharap agar ada teksi yang melalui jalan tersebut.
“Dah takde, cepat lah,” ujar Zafril seraya menarik tangan Alia menuju ke keretanya.
“Apa ni..,” Alia cuba untuk melepaskan pergelangan tangannya yang di pegang erat oleh Zafril.
Setibanya di pintu keretanya, Zafril terus melepaskan tangan Alia.
“Masuklah cepat Dr Alia oii… Takkan saya nak angkat awak pula,” sindir Zafril.
“Err… Saya…”
“Dah tak payah saya saya. Masuk cepat,” potong Zafril.
Mahu tak mahu terpaksa juga Alia masuk ke dalam kereta Zafril. Sepanjang perjalanan, tiada perbualan pun diantara mereka. Zafril sengaja memasang radio dengan kuat untuk menyakitkan hati Alia yang mungkin inginkan ketenangan ketika itu. Tetapi Alia langsung tidak memberikan apa-apa reaksi.
‘Dia ni takde perasaan langsung ke? Dari tadi tak bersuara sepatah pun,’ detik Zafril.
Ketika itu Alia sedang memikirkan mengenai wajah Zafril. Dia terbayang-bayang wajah Zafril apabila memakai sunglasses mirip seperti lelaki yang menghalang keretanya pagi tadi. Tetapi dia hanya pendamkan sahaja kerana takut tersilap orang.
‘Muka dia ni macam mamat setan yang block kereta aku pagi tadi. Eh, tapi takkan lah pulak.. Tapi kereta dia ni pun macam sama dengan kereta mamat tu. Ish…tak mungkin lah. Nak tanya ke tak, nak tanya ke tak??’ Alia bermonolong sendirian.
Zafril yang leka memerhatikan Alia berasa pelik kerana sesekali kening Alia berkerut-kerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Alia..Alia,” panggil Zafril tapi langsung tidak dijawab.
“Dr Alia oii…,” tekan Zafril agak kuat, radio kereta juga telah diperlahankan.
“Err..ya, saya,” jawab Alia tersentak.
“Apa yang awak fikir sampai berkerut-kerut muka tu saya tengok,” tutur Zafril.
“Err..takde apa-apa,” balas Alia.
‘Aiseh, dia perasan ke muka aku berkerut-kerut?!!’ desis Alia dan dengan pantas, Alia memalingkan mukanya ke arah cermin. Konon-konon seperti sedang melihat pemandangan di luar.
‘Hah, nk cover bengang la tu! Tengok tu, muka dah merah… tapi cute,’ detik Zafril nakal sambil tersenyum-senyum ke arah Alia.
“Encik, berhentikan saya dekat luar aje lah,” ujar Alia sebaik sahaja sampai di pintu pagar Hospital Pantai. Dia hanya memanggil Zafril ‘Encik’ sahaja kerana dia sendiri kurang pasti siapakah nama pemuda tersebut. Tuan Din pula, hanya memanggilnya ‘abang’.
‘Takkan aku nak panggil dia ‘abang’ jugak! Nak mampus ke apa?!!’ Alia bermonolog lagi.
“Dr Alia, nama saya Syed Zafril Hamzi atau yang ringkasnya, Zafril,” sinis bicara yang keluar dari mulut Zafril.
“Kenapa pula nak berhenti dekat luar aje?” sambung Zafril lagi.
“Saya tak nak menyusahkan encik…,” Alia terlupa lagi nama pemuda tersebut kerana semasa pemuda tersebut menyebut nama penuhnya, dia masih sedang asyik berkhayal.
“Zafril! Z.A.F.R.I.L,” balas Zafril satu persatu.
‘Aii, dia ni pekak ke ape? Baru aje aku bagitau nama aku tadi tapi dia panggil jugak aku ‘encik’. Macam mana lah boleh jadi doktor dia ni,’ omel Zafril di dalam hati.
‘Dia ingat aku ni bengap sangat ke sampai dia nak eja nama dia satu-satu macam mengajar budak tadika?! Aku Cuma tak berapa jelas je dengan nama dia. Yang aku dengar, ‘April’. Karang aku panggil macam tu, dia marah! Mangkok betul la mamat ni,’ desis Alia geram.
“Hah, En Zafril..,” sahut Alia.
“Doktor takut boyfriend doktor Nampak ke kalau saya hantar sampai dalam?” giat Zafril lagi.
“Nonsense… suka hati encik lah. Nak hantar saya sampai dekat depan pintu bilik dalam wad tu pun boleh,” balas Alia selamba. Malas dia melayan Zafril yang banyak bertanya itu.
“Chup,chup… boleh tak tolong jangan panggil saya encik lagi! Panggil Zafril je dah lah, tak pun kalau nak lagi mesra panggil lah,abang. Haha!!” tutur Zafril sambil ketawa.
‘Yuckss!! Tak ingin aku nak panggil dia ‘abang’!! Geli geleman aku dengar!’ omel Alia sendirian.
Selepas Zafril memasuki perkarangan hospital dan berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk, tanpa berlengah Alia terus keluar. Kemudian dia sempat menyelitkan sekeping not RM10 di wiper kereta Zafril.
“Terima kasih,” ucap Alia sebelum berlalu pergi meninggalkan Zafril yang masih terpinga-pinga melihat tindakan Alia.Ketika sedang menunggu lif, Alia terasa seperti ada orang yang sedang memerhatikannya. Tapi dia tidak segera berpaling kerana menganggap itu hanya perasaannya sahaja. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dia segera masuk ke dalam lif dan ketika dia mahu menekan butang untuk menutup pintu lif, tiba-tiba seseorang menerpa masuk sehingga membuatkan jantung Alia berhenti sekejap kerana terlalu terkejut. Ketika itu di fikirannya sudah terbayang segala macam perkara buruk yang akan berlaku kepadanya.

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China