cinta pantai pearl 5
Sewaktu Alia baru sahaja ingin berehat, tiba-tiba lampu emergency alarm di skrin komputernya menyala. Ini menandakan ada kecemasan di antara salah seorang pesakit. Setelah meneliti seketika emergency alarm tersebut datang dari katil nombor 10. Tanpa berlengah Alia terus keluar dari biliknya untuk menuju ke katil nombor 10 yang berada betul-betul di hadapan biliknya. Sebaik sahaja menolak pintu bilik yang menempatkan katil nombor 10, dia ternampak Zafril sedang tersengih ke arahnya sambil memegang alat kecemasan tersebut.
‘Shit! Dia sengaja kenakan aku lagi!!’ getus Alia geram. Dadanya sudah turun naik menahan geram.
‘Sabar Alia, sabar…,’ satu suara dari dalam dirinya berkata-kata.
Kemudian, datang pula dua orang nurse yang turut menyangka ada kecemasan.
“Tak apa, awak berdua boleh keluar dulu. Saya akan uruskan semuanya,” ujar Alia kepada kedua-dua nurse tersebut.
“Are you sure doc?”
“Yes,” balas Alia.
“Ada apa yang saya boleh tolong?” tanya Alia kepada Zafril sebaik sahaja nurse-nurse itu keluar. Dia cuba mengawal dirinya yang telah dikuasai kemarahan.
“Takde apa-apa. Saya cuma rasa benda ni menarik je, sebab tu saya tekan,” jawab Zafril sambil menunjukkan alat tersebut kepada Alia tanpa rasa bersalah.
‘Dia ni betul ke tak? Takkan benda macam ni pun dia nak buat main. Kalau budak-budak yelah jugak tapi ni dah tua, dah boleh jadi bapak budak pun!!’ Alia membebel di dalam hati.
“Kalau takde apa-apa, saya pergi dulu,” ujar Alia sambil berjalan keluar. Ketika itu dia di sapa oleh seseorang.
“Eh, Alia in-charge wad ini ke?” tanya lelaki yang dalam lingkungan akhir 50-an.
“A’ah… Tuan Din buat apa dekat sini?” tanya Alia separuh terkejut.
“Saya nak melawat orang rumah saya,” ujar Syed Zainuddin sambil menunjukkan ke arah Noraida.
“Ohh…,” balas Alia. Dia fikir Zafril sengaja menipunya. Kemudian baru dia teringat, Zafril adalah pemuda yang memarahinya pagi tadi.
‘Macam mana lah aku boleh tak perasan mangkok ni yang bukan main berlagak lagi pagi tadi,’ desis Alia. Ketika itu dia memandang ke arah Zafril yang sedang duduk di sisi emaknya, sesekali tangannya mengusap rambut emaknya.
‘Patutlah dia marah-marah aku bile mak dia tak sedarkan diri… Dia sayang sangat dekat emak dia.. Nampak aje macam tu, rupanya anak emak,’ detik Alia. Kadangkala dia cemburu melihat orang yang mempunyai emak sendiri. Sedangkan dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim yang hanya mempunyai seorang ‘mak’ dan terpaksa berkongsi kasih dengan hampir 100 orang anak-anak yatim yang lain.
Hampir menitis air matanya jika teringatkan segala kenangan sewaktu kecilnya. Sewaktu di sekolah rendah, hampir setiap hari dia akan di ejek dan dipulaukan oleh rakan-rakan sekelasnya kerana tidak mempunyai ibu bapa sehingga adakalanya dia tidak mahu ke sekolah lagi. Tapi selepas dipujuk oleh ‘mak’ iaitu Puan Fauziah, dia akan datang ke sekolah semula. Begitulah hari-hari… sehinggalah masuk ke sekolah menengah, baru dia dapat menerima kenyataan bahawa tak membawa kudis pun jika menjadi anak yatim. Sejak itu dia berazam untuk mencapai cita-citanya bergelar doktor agar tidak ada sesiapa lagi dapat mempertikaikan yang anak yatim tidak boleh berjaya. Kini terbukti, tidak kira siapa jika rajin berusaha pasti akan mencapai cita-cita mereka.
“Alia, are you okay?” tanya Syed Zainuddin kerana dia perasan akan riak wajah Alia yang agak mendung.
“I’m okay. Saya masuk bilik saya dulu,” tanpa menunggu jawapan daripada Syed Zainuddin, Alia terus berlalu.
“Abang, did you do something to Alia?” tanya Syed Zainuddin sebaik sahaja memasuki bilik rawatan isterinya.
“No,” balas Zafril pendek.
“Boleh percaya ke ni? Ayah bukan tak kenal abang… Suka sangat menyakat orang,” bicara ayahnya sinis.
‘Gulp! Ayah tau ke apa yang aku buat dekat Alia? Macam mana ayah boleh tau pulak? Takkan Alia pulak yang buka mulut. Ish, tak boleh jadik ni..,’ desis Zafril.
“Betul ayah, abang takde buat apa-apa pun dekat Alia,” tegas Zafril lagi.
“Ok lah. So,mama macam mana hari ni?” tanya Syed Zainuddin kepada anaknya.
“Entah lah ayah, dari padi lagi mama tak sedarkan diri. Tapi Dr Alia cakap, takde apa-apa yang serius pun. Dia kata cuma kesan daripada ubat,” jelas Zafril.
“Ohh, ok.. Abang, panggilkan Dr Alia sekejap boleh tak? Ayah nak tanya dia bila nak buat operation untuk mama. Tadi lupa pula ayah nak tanya,” pinta Syed Zainuddin. Tanpa membalas, Zafril terus menuju ke bilik Alia. Dia mengetuk pintu bilik Alia dengan agak kuat.
“Ya, apa yang saya boleh bantu?” tanya Alia sebaik membuka pintu.
‘Cis, mangkok ni lagi! Apa la yang dia nak dari aku agaknya,’ omel Alia sebaik terpandang muka Zafril.
“Dr Alia, tambang yang doktor bayar RM10 tu tak cukuplah… Kalau naik teksi memanglah RM10 tapi doktor naik Toyota Vios. Dah lah pemandunya handsome, mana dapat bayar RM10 je!” Zafril berkata dengan selamba dan menunjukkan muka tidak bersalah. Dia juga sudah menadah tangan untuk menerima duit daripada Alia.
‘Ceh, berlagak!! Setakat naik Vios pun kecoh… Lain lah kalau naik Brabus ke,’ detik Alia meluat.
‘Ekeleh, perasan nak mati... Macam lah handsome sangat! Tukang kebun dekat hospital ni lagi handsome tau tak!’ mahu sahaja Alia berkata demikian tapi kata-kata tersebut hanya lahir didalam hatinya sahaja.
“Oh, tak cukup ke? Sekejap ya,” balas Alia kemudian masuk kembali ke dalam biliknya.
“Nah!” Alia menyerahkan segenggam syiling 1sen kepada Zafril.
“Wei, Dr Alia ingat kocek seluar saya ni apa?” ujar Zafril geram.
“Peduli apa saya, tadi En Zafril yang kata nak duit tambang. Hah, saya bagi lah,” balas Alia sebelum ingin menutup pintu biliknya.
‘Ceh, dia sengaja nak kenakan aku balik!’ cebik Zafril geram.
“Eh, doktor nanti dulu. Ayah saya panggil doktor lah,” segera Zafril berkata.
‘Hmm, mesti nak kenakan aku lagi. Sorry lah, aku takkan terpedaya lagi!’ desis Alia.
“Doktor, betul lah… Saya tak tipu, ayah saya panggil doktor,” ujar Zafril lagi apabila dilihat Alia tidak mengendahkan kata-katanya sebentar tadi.
“Alia, sini sekejap. Saya nak tanya mengenai isteri saya,” tiba-tiba Syed Zainuddin muncul di belakang Zafril.
“Abang ni, panggil Dr Alia ke mengurat dia?” sambung Syed Zainuddin sambil menjeling Zafril.
“Mengurat dia ni? Not my taste lah,” jawab Zafril selamba.
‘Abis tu, kau ingat kau tu taste aku ke?” ujar Alia di dalam hati.
“Kita bincang dekat dalam bilik saya lah tuan,” Alia mengajak Syed Zainuddin masuk ke dalam biliknya. Sebaik sahaja Syed Zainuddin masuk, Alia terus menutup pintu membuatkan muka Zafril hampir mengenai pintu tersebut.
“Nasib baik tak kena hidung aku yang mancung ni!” ujar Zafril sendirian sambil mengurut-urut hidungnya. Kemudian dia kembali semula ke katil mamanya.

Comments
Post a Comment