cinta pantai pearl 6

“Mama, cepatlah sedar… Abang rindu nak dengar suara mama membebel dekat abang. I really miss you…,” ujar Zafril sambil mengucup tangan mamanya.

“Abang janji lepas ni abang akan selalu teman mama dekat rumah,” tambah Zafril lagi.

Dia berharap apa yang dikatakannya itu dapat di dengari oleh emaknya. Sebelum ini memang dia jarang berada di rumah. Asyik keluar dengan teman-teman wanitanya sahaja. Kadang-kadang ke kelab-kelab eksklusif atau pun ke disko. Penat menari barulah dia pulang ke rumah, itu pun selepas jam menunjukkan ke angka 3 pagi. Tetapi walaupun sering ke disko, Zafril tidak pernah langsung menyentuh minuman keras. Baginya minum minuman keras hanya menyebabkan fungsi badan rosak sahaja, tetapi Zafril merupakan seorang perokok sedangkan merokok juga menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit. Pelik sungguh orang yang bernama Syed Zafril Hamzi ini…

Sementara itu di dalam bilik Dr Alia,

So, doktor bila isteri saya boleh buat operation untuk pemindahan buah pinggang tu?” tanya Syed Zainuddin.

“Mungkin dalam minggu depan. Lagipun pihak hospital telah berjaya mendapatkan penderma yang sesuai. Tuan jangan risau,” ujar Alia.

“Terima kasih banyak-banyak, Dr Alia,” ucap Syed Zainuddin bersungguh-sungguh.

“Sama-sama,” balas Alia sambil tersenyum manis.

Ketika jam menunjukkan ke angka 8.30 malam, telefon bimbit Zafril berbunyi.

“Sayang, you jadi tak nak ajak I dinner malam ni?” suara manja seorang perempuan kedengaran.

“Baby, mama I kan tengah sakit. So, I kena temankan dia dekat hospital. Sorry ya baby, tak dapat lah kita dinner sama-sama malam ni,” ujar Zafril.

“Sayang, you memang selalu macam ni!” balas gadis yang bernama Zana dengan geram.

“Janganlah marah. Nanti bila mama I dah keluar dari hospital, hari-hari kita jumpa ok?” pujuk Zafril.

“Hish, yelah…,” akhirnya Zana termakan dengan pujukan Zafril.

“Ok, bye baby… take care,” terus Zafril memutuskan talian.

Beberapa minit kemudian, N73 Zafril berbunyi lagi.

“Hai Ril…,” suara seorang perempuan halus kedengaran.

“Err, hai… Suzie!” ujar Zafril.

“Lama you tak contact I kan. Agaknya, kalau I tak contact you ni, mesti you langsung dah lupa dekat I kan?” Suzie berkata dalam nada merajuk.

“Actually, I busy sekarang ni. Itu yang I lama tak contact you, Suzie. Ok, I promise kalau I tak busy lagi nanti kita lunch sama-sama ok?” balas Zafril.

“You ni suka buat janji, tapi tak pernah pun nak tunaikan,” rengek Suzie.

“Kali ini betul Suzie. Takkan lah I nak tipu you pula,” bukan main bijak lagi Zafril bermain dengan kata-kata.

“Promise ya?” Suzie inginkan kepastian.

“Yes, promise.”

“Bla…bla…,” entah apa lagi yang dikatakan oleh Suzie kepada Zafril.

Beginilah kehidupan Syed Zafril Hamzi, yang penuh dengan perempuan. Hampir kesemua perempuan-perempuan itu dikenali ketika di disko. Zafril pula jenis yang pantang Nampak perempuan cantik, mulalah dia mengayat perempuan-perempuan tersebut. Maka tak hairanlah jika dia mendapat gelaran ‘Playboy KL’. Sebut sahaja Zafril, pasti semua akan mengenali anak kepada pemilik Hotel Pearl. Semua wanita yang berada di sampingnya boleh dikatakan bertuah kerana Zafril langsung tidak lokek untuk membelanjakan wangnya untuk mereka. Disebabkan itu jugalah ramai perempuan yang ingin berdampingan dengannya. Tetapi bagi Zafril, perempuan-perempuan yang sebegini hanya untuk berseronok sahaja dan tidak sesuai untuk dijadikan teman hidup.

“Hai abang, tak keluar ke malam ni?” tanya Syed Zainuddin yang memang sudah memahami rutin harian anak bujangnya itu. Langsung tidak boleh lekat dirumah.

“Takde mood lah ayah. Lagipun kejap lagi abang nak pergi hospital, teman mama,” jawab Zafril.

“Oh, abang nak pergi hospital. Erm, ok lah.”

“Ayah, esok abang masuk kerja lambat sikit boleh tak?”

“Boleh. Pukul 9.10 pagi abang mestu dah sampai tau,” jawab Syed Zainuddin selamba.

“Ala, macam tu baik tak payah! Setakat lambat 10minit je…,” rungut Zafril.

“Abis tu, tadi abang yang kata lambat sikit. So, sikit je lah,” Syed Zainuddin membalas.

“Ayah ni!”

“Ok, abang nak masuk pukul berapa?”

“Lepas lunch boleh?”

“Erm, yelah… Petang esok pun ayah nak uruskan hal operation mama. So, abang uruskan segala hal dekat hotel ok?”

“Yes, bos!” jawab Zafril gembira.

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China