cinta pantai pearl 4
“Hello! Are you okay?” tanya seseorang.
“Err..ok,” tersentak Alia tatkala di sapa oleh satu suara.
“Hei, apasal pucat semacam je ni? Ni saya lah,” ujar Zafril.
“Ya Allah.. En Zafril rupanya,” balas Alia perlahan.
“Kenapa? Awak ingat saya perogol bersiri ke?” tutur Zafril selamba. Dia memang seorang yang suka cakap lepas sahaja.
“Buat apa dekat sini? Kenapa tak balik lagi?” tanya Alia sekadar berbasi-basi sekadar untuk mengawal rasa terkejutnya sebentar radi.
“Suka hati saya lah nak blik ke tak,” balas Zafril.
“Hmm…,” malas Alia melayan Zafril.
Suasana hening seketika…
‘Bila nak sampai tingkat lima ni,’ desis Alia.
“Sebenarnya saya tak balik lagi sebab nak temankan awak. Tadi kan awak jugak yang suruh saya hantar awak sampai depan pintu bilik awak,” ujar Zafril. Idea jahatnya mula datang untuk mengenakan doktor itu lagi.
“Jangan nak mengada-ngada En Zafril. Saya tak perlukan orang untuk teman saya,” balas Alia.
‘Biar betul mangkok ni! Gila apa nak teman sampai depan bilik aku! Naya kang kalau semua nurse tau,’ detik Alia.
“Tapi saya nak jugak teman doktor. Takkan saya nak biarkan doktor yang cantik ni jalan sorang-sorang. Bahaya,” sahut Zafril sambil tersenyum nakal.
Beberapa ketika kemudian, pintu lif terbuka. Alia melangkah keluar, begitu juga dengan Zafril.
‘Tak boleh jadik ni. Mamat ni betul-betul nak ikut aku ke? Matilah macam ni,’ Alia semakin cuak.
“Ok, En Zafril nak apa sebenarnya ni?” tanya Alia sambil memandang tepat ke arah Zafril.
“Saya nak hantar awak sampai depan pintu bilik awak lah. Tadi awak jugak yang kata boleh,” balas Zafril.
“I’m just joking ok!” Alia sudah mula geram dengan Zafril.
“But, I take it serious,” selamba sahaja Zafril menjawab.
“Please En Zafril, this is a hospital not a hotel,” tutur Alia perlahan.
“So?”
“Hish, susah lah cakap dengan En Zafril ni!” balas Alia sebal. Dia terus berjalan dengan agak laju supaya Zafril tak dapat mengikutnya.
“Hai, laju je jalan Dr Alia,” tegur Zafril yang sudah berjalan bergandingan dengan Alia.
Alia hanya diam sahaja kerana ketika itu mereka telah sampai ke dalam wad. Beberapa orang nurse yang berselisih dengan mereka melemparkan senyuman dan ada beberapa orang yang berbisik-bisik sebaik sahaja Alia dan Zafril melintasi mereka.
“Mak aii, siapa yang dengan Dr Alia tu? Handsome giler.. Tinggi, putih lepas tu dengan rambut spike nya lagi! Macam model pula mamat tu,” ujar seorang nurse yang agak kepoh.
“Ha’ah lah! Tak sangka aku, Dr Alia punya pakwe handsome macam tu. Sekali tengok macam Andy, drummer kumpulan Estranged pulak. Patut lah sebelum ni dia tak nak tunjuk dekat kita,” sampuk nurse yang ke-2.
“Pulak tu, siap hantar Dr Alia sampai dekat depan pintu bilik lagi! Romantik gitu. Jealous pulak aku tengok,” tambah nurse ke-2 itu lagi.
‘Apasal semua tengok aku semacam je ni? Tudung aku senget ke? Baju aku terbalik ke?’ gumam Alia. Dia merasakan dirinya serba tak kena. Sesekali dia membetulkan tudung yang dipakainya.
‘Hah, gelabah lah tu bila semua orang pandang-pandang. Tu lah tadi siapa suruh ringan sangat mulut suruh aku hantar. Padan muka awak Dr Alia…,’ Zafril bercakap dalam hati.
‘Apasal jauh sangat bilik aku ni? Selalunya kejap je dah sampai..Ish!’ detik Alia.
‘Laju betul dia ni jalan.. Tak padan dengan kecik,’ omelan Zafril ditujukan kepada Alia.
“Awak ni nak ke mana cepat-cepat Alia?” sengaja Zafril bertanya begitu.
Namun Alia langsung tidak membalas. Dia hanya ingin masuk ke dalam biliknya sahaja sekarang ini. Sebaik sahaja tiba di hadapan biliknya, dia terus memusing tombol dan masuk ke dalam. Ketika mahu menutup pintu, Zafril berkata sesuatu kepada Alia.
“Dr Alia, sebenarnya saya bukan nak temankan awak. Tapi saya nak melawat mak saya ni,” ujar Zafril sambil menunjuk ke arah seorang pesakit yang betul-betul berhadapan dengan bilik Alia. Tanpa menjawab, Alia terus menutup pintu biliknya.
‘Setan!! Dia sengaja nak kenakan aku! Tak guna punya orang!’ jerit Alia di salam hati.
‘Haha!! Padan muka awak Dr Alia.. Kan dah terkena dengan Syed Zafril Hamzi ni. Wakenabeb!’ detik Zafril gembira.
Comments
Post a Comment