Backpacking to Krabi (Part 2)

Haiii...

Kita break sekejap dari entry Perth, aku nak sambung entry Krabi tahun lepas. Sebabnya adalah kerana ramai yang request pasal Krabi nihhhh.. Mungkin aku bakal di cerca kerana Krabi sentiasa jadik topik berulang dekat twitter @twt_backpacker yang mana mesti ada yang tanya pasal Krabi. Aku harap dengan adanya entry ni, aku mampu bantu korang sedikit sebanyak! Korang tu pun rajin2 lah google, Krabi is just like a nut ok! Kau type je 'KRABI' dekat google search..beratus entry yang kau boleh refer!

Mungkin ada few details yang aku terlupa/terlepas pandang, tapi korang tanya je lah dekat komen bawah ni. Nanti aku jawab kalau aku tau, ok? Expenses pun aku dah lupa sebab travel note book aku hilang!! So, korang pepandai lah budget sendiri tau.

Andai kata korang macam blur-blur dengan entry ni since 1st entry adalah tahun lepas. Sila buat revision di sini:


KHAMIS (20/2/2014)

Dari Krabi ke Hatyai naik van dalam 4 jam, tapi jangan risau sebab van tu selesa je. Aku pun membuta je sepanjang perjalanan. Van akan berhenti dekat satu tempat yang ala2 macam R&R lebih kurang 30 minit. Korang boleh lah nak buang air ke, ada makcik jual nugget halal! boleh lah korang alas perut sementara nak sampai Krabi.


Van akan berhenti dekat satu information center bila dah sampai Krabi Town, tujuannya adalah nak suruh korang beli tour dekat sini. tapi AWAS!! jangan tertipu sebab tour yang dijual adalah MAHAL.
Bagi yang nak stay dekat town korang boleh lah turun dekat sini especially if korang jenis pakai redah dan tak book hostel lagi, macam aku! Hahaha..

Dengan backpack 7kg, aku pun buat-buat konfiden merayau sekitar town untuk cari hostel dan mostly fully booked! Biasalah bijak sangat pergi during peak season dan gamble tak book awal2. Hah padan muka!

Akhirnyaaa...jumpa jugak bilik kosong walaupun agak mahal dari budget aku. Hmmm ok lah tu daripada tido tepi jalan. 




aku ambil bilik yang 300 baht/night. Bedal je lah share bathroom pun! 

Bilik adalah sangat basic tapi aku ok je since nak buat tido je kot! Janji bersih..;)

Bawak-bawak lah mandi oiii dari semalam tak mandi! Alaaa..normal lah tu, siapa je yang kisah kan? Hahaha!

Aku lepak2 jap tunggu Maghrib lepas tu terus keluar cari makan! Mana nak cari makanan halal?
Bagi yang stay dekat town, korang pergi kat area tepi sungai, kat situ banyak gerai2 makan yang ala2 macam dekat Uptown Danau Kota tu. Korang cari yang ada tanda halal okay! Dan biasanya kalau kau nampak makcik2 yang pakai tudung tu, yakinlah bahawa gerai tu halal ok. 

Banana chocolate pancake! Ini kira signature dish lah kalau pergi Krabi/Phuket. Hahaha!!
Ini appetizer je, lepas tu aku bedal nasi putih dgn cashew nut chicken! Kebulur teruk oiii..

Dah kenyang, jalan2 lah kejap dekat town. Takde apa yang menarik sangat pun. 

singgah beli poskad jap, kekonon feeling2 lah pos untuk yang tersayang..alih2 dah balik Malaysia 2,3 hari lepas tu baru poskad sampai. Hampeh!

Ok, dah jom balik tido! Esok plan nya nak pergi island hopping..package pun dah beli dari guest house.




JUMAAT (21/02/2014)

Bangun oiiii..semayang Subuh! Kang bot kau terbalik masa island hopping padan muka!
Guest house tak provide breakfast dan aku pun takde lah beriye sangat nak makan pepagi, so pergi 7E beli orange juice. Settle!

Sami2 dia akan datang kat setiap kedai pastu macam doakan something then tuan kedai akan bagi diorang makanan. 


Lebih kurang pukul 8, ada pick up yang datang ambil untuk bawak kau untuk ke Ao Nang. Service ni dah termasuk sekali dengan package yang dibeli, so kau cuma perlu pose2 cun depan hostel tunggu orang datang jemput ok! Hahaha!

Aku beli 4 islands package je...itu pun dah penat gila! Sunburn jangan cakap lahhhh...Bot akan berhenti kat 2 tempat untuk korang snorkeling tapi jangan haraplah boleh nampak dengan jelas ikan/coral sebab Krabi ni tang snorkeling memang mengecewakan! Setakat korang nak berenang-renang pakai life jacket kat tengah laut tu boleh lah. kehkehkeh!!

 Tengah-tengah tu ada pasir yang korang boleh jalan time air surut untuk ke pulau yang sebelah sana.




hanya mampu pakai timer selain daripada selfie penuh muka satu skrin! Hahaha..

Bot akan berhenti kat pulau ni time lunch, dan lunch pun dah siap termasuk dalam package..yang penting HALAL!

 Railey Beach ni pada aku adalah yang sangat 'bahaya'!! Gila kau selamba je minah saleh ni topless bagaikan dia sorang je yang ada dekat pantai ni.-_-"

bagi can akak bermeditasi dan menginsafi diri lepas tengok minah saleh tadi. Kahkahkah!

Lebih kurang pukul 4 petang, bot akan membawa korang kembali ke pangkal jalan. Ehhh maksud aku ke Ao Nang!

Hoyeahhh ada makcik jual aiskrim kelapa!! Sedap nyewwww

Ok dah jom balik hostel! Pick up akan berderet menunggu base on company yang korang beli package nya. Aku suggest Barracuda sebab service bagus dan makan tengah hari yang sedap! Hahaha..

Night market is a must okay kalau pergi Krabi!! Memandangkan aku stay dekat town, nak pergi night market ni jalan kaki je sudah.

Pad thai for dinner!! Sedap+pedasss

Sambil2 tu boleh lah kalau nak beli souvenir untuk orang kampung sebab dekat sini harga agak reasonable dan banyak choice jugaklah.


Dah jom balik tido! Packing bag sekali sebab esok nak balik dahhhh..=(





Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China