Backpacking to Perth, Australia (Part 3)

Assalamualaikummmmmm...This week aku super busy! Tak sempat nak mengulor, promo AirAsia pun aku tak sempat nak menjenguk! Huwaaaa..=(

Ok, mari kita sambung perjalanan ke Western Australia! Bagi yang dah tertinggal episod lepas *gaya macam drama pukul 7 pulak*, sila click:

Part 2

Day 3 - Sunday (26/04/2015)

Good morning, Augusta!! Masing-masing bangun agak lambat sebab semalam semua tidur mati.  Dia punya angin tu kemain menderu-deru! Bilik takde aircond pun still kitorang bergumpal dalam comforter sebab sejuk yang amat since menghadap laut.

Zana dah siap-siap masak nasi semalam sebelum tidur, dia macam tau2 je yang harini semua bangun lambat! Hahaha..So, nasi tinggal panaskan je dalam microwave sekali dengan instatnt ayam masak merah Brahim's untuk breakfast. Kitchen dekat sini besar dan kemas, semua orang lepas guna barang-barang akan basuh dan siap keringkan.

ini lah hostel yang kitorang tidur dekat Augusta! Tenang je kan?
Aku suka environment dekat sini!! Dia macam dalam kawasan perumahan lah.

nampak tak belakang tu laut? Perghhh view dia memang terbaik lah!!
Gambar ni owner hostel yang tolong ambilkan, dia yang bersungguh suruh kitorang posing!

Dah kenyang breakfast, masa untuk check out dan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Cape Leeuwin Lighthouse!

On the way nak ke lighthouse tu, view memang superbbbb!! Rasa nak menangis tengok cantiknya langit biru terang macam tu. Masa ni rasa berbaloi gila drive jauh2, hilang terus rasa penat semalam.





And here we areeeeee!!





Korang akan dapat alat ni, yang mana boleh dengar full history pasal kawasan ni. Ada check point, tekan ikut nombor ok?
Alat ni ala2 yang macam kat Killing Field, Phnom Penh tu. Fungsi lebih kurang sama je.


Kalau angin dan ombak kuat usually during winter, boleh nampak Southern Ocean & Indiana Ocean bertemu! Tapi masa ni takde pun since laut sangat tenang.



Mengah jugaklah nak naik atas lighthouse tu! Guna tangga okayyy, tapi bukanlah tangga macam kat atas nih!

Dan rezeki aku dengan Reen, dapat tengok dolphin!! Tapi tak sempat ambil gambar sebab excited melampau. Hahaha!
Rasa macam nak stay lama-lama kat sini, tapi tak boleh sebab kitoarang nak bergerak ke tempat lain pulak.



Haaa..inilah masa yang ditunggu2 oleh mereka bertiga yang merupakan hantu coklat!! The Margaret River Chocolate Co. 

Sebelum beli coklat, sila pastikan ingredients nya terlebih dahulu okay! Make sure no alcohol/animal based tauuu!

Masing2 shopping coklat tak ingat dunia, aku langsung tak beli pape since aku tak minat sangat dengan coklat. Setakat nak rasa sikit-sikit tu boleh lah.


Haa ada free testing coklat!! Korang makan lah seberapa banyak yang korang nak, takde siapa nak marah!


Nampak tu, Zana dengan selambanya bawak balik segenggam!

Dah settle membeli-belah coklat, mari singgah ke Bussleton pulak!

The infamous Blue House aka Bussleton Jetty

Busselton Jetty is the longest wooden jetty in the southern hemisphere, stretching almost 2 km out to sea from the town of Busselton, Western Australia.

Tapi kitorang tak berapa nak gigih lah berjalan masuk ke jetty tu since masa sampai tu tengah hari buta dan sangat panas! Ramai orang memancing & berkelah dekat sini, terjumpa sepasang suami isteri Melayu yang dah lama duduk dekat Perth. Diorang datang Bussleton ni pun cuma nak berkelah camtu, kiranya Bussleton ni ala2 Port Dickson lah!

Aku sempat beli postcard dan post kepada diri sendiri. Tapi nampak gayanya macam masih tak sampai lagi je... Hampeh!

Kira ok lah dah jejak kaki kat Bussleton, ayuhlah kita bergerak menuju ke Lancelin. This is a super long journey! 7 jam wehhhh..mata aku dah mereput masa nih! Dah lah freeway dia gelap gelita..
Nampaklah banyak kangaroo mati kena langgar kat tepi2 jalan. Kesiannyaaa...

Kitorang sampai dekat Cervantes Lodge & Pinnacles Desert Backpackers pukul 8 lebih, owner hostel kemain marah lagi sebab tak inform earlier yang kitorang sampai lambat. Ehhh helloooo, aku dah email kot. Pakcik tu gaknya yang tak baca email, pastu yang dia lagi bengang sebab tak boleh nak charge dekat kad debit aku! Hahaha padan muka! Kitorang bayar cash time tu jugak, dia terus bagi kunci bilik. Parking space dekat sini disediakan, so korang tak payah risau ok?

Aku memang dah flat habis, mandi terus tido! Dah lah badan aku gatal2 sebab aku ada eczema, pastu aku tak apply lotion. Memang keringlah kulit! =( Baru sejuk2 ayam dekat Perth dah tak tahan, ini kalau pergi Canada entah macam mana lah gaya nya. Huuuuu...




Expenses:
Entrance fee lighthouse - $20
Petrol - $25/4 = $6.25
Iced chocolate @ Margaret River - $6.50
Postcard @ Bussleton Jetty - $3






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China