Backpacking to Perth, Australia (Part 4)

Ohhh haiii...kemain sampai 2 entry aku buat harini!! Sebabnya adalah kerana dekat office ni server down, so aku tak boleh nak access semua folder. Makanya ayuhlah kita memenuhkan masa lapang yang bukan selalu terjadi nih..kahkahkah! IT exec kat office aku ni pun sampai tak keluar lunch dok settle kan hal server. Good luck Timmy!!;P

Korang jangan nak Monday Blues sangat lahhh..Buat-buat je lah rajin pergi office, nanti dah agak2 bosan boleh pergi travel seminggu!! Haaa..kan syok tu?;P Ehhh..cakap pasal travel, aku tak apply pun lagi cuti untuk trip next month! Kalau cuti pun belum apply, itinerary apatah lagi. Hahaha!

Entry yang sebelumnya boleh click:
Part 3


Day 4 - Monday (27/04/2015)

Good morning, Cervantes!! Hmmm apa plan harini? Huiii..ini adalah hari yang dinanti-nanti kan! Apa-apa pun breakfast dulu. Since stok beras dah habis, breakfast roti dengan tuna je pun dah ok! Aku bersyukur dapat travel mates yang jenis tak kisah bab makan sangat..buatnya dapat yang nak makan roti canai nasi lemak pagi2 memang aku tinggal lah tepi jalan! Hahaha..

Uncle owner hostel ni mesra pulak pepagi menyapa kitorang..semalam kemain garang! Hahaha..





 Kat sini kalau korang ada luck, boleh jumpa kangaroo liar melompat-lompat tepi semak tu!!

 Kemana kita nak pergi pagi yang sejuk2 berangin ni??




Yeahhhh..Pinnacles Dessert uollsss!!

Menurut wikipedia:

The Pinnacles are limestone formations contained within Nambung National Park near the town of Cervantes, Western Australia. The raw material for the limestone of the Pinnacles come from seashells in an earlier era that was rich in marine life. These shells were broken down into lime-rich sands that were blown inland to form high mobile dunes.
The best season to see the Pinnacles is spring which is from August to October, as the days are mild and windflowers start to bloom. The pinnacle formation are best to viewed in the early morning or late afternoon as the play of light brings out the colours and the extended shadows of the formation delivers a contrast that brings out their features.


Haa..kan dah bagitau best viewed pagi2, so inilah hasilnyaaa..iollsss tak edit hokayyy! Memang colour dia camnihh!!

Dan masa kitorang ni pergi, sangat banyak lalat!! Aku tanya dekat pekerja kat sini, dia bagitau memang tengah season serangan lalat especially during summer. Fuhhh..kau rasa macam dekat ladang ayam okay sebab bukan sikit lalat yang dok hurung kau. While during winter, lalat2 tu semua akan mati kesejukan. So, kalau taknak kena hurung dengan lalat silalah pergi time winter okay?

Boleh drive masuk sini, kiranya kalau kau nak bergambar just berhenti dekat tepi je lah. Takde lah kau nak kena meredah padang pasir yang tandus ni. Hahaha!

Seterusnya kita ke aktiviti yang paling dinantikannnn..sand boarding!! Memandangkan nak snow boarding tak mampu lagi, kita buat sand boarding pun boleh lah.

Dari Pinnacles Dessert tu, kitorang terus menuju ke Lancelin. Sila cari kedai/convenient store bernama Lucky7 untuk sewa sand board ok! Kalau tak sewa board, engkorang nak guna apa?? Kitorang sewa 2 board je, sebab boleh gilir2. Jangan membazir!
Dari kedai tu dah dekat je dengan sand dunes nya. 

Kalau setakat bawak kereta biasa, kau jangan berangan nak meredah pasir halus yang memutih tu semata-mata untuk parking dekat okay! Kitorang mula-mula konfiden lah Toyota Corolla ni mampu tapi alih2 sangkut! Sudahnya diorang kena tolak kereta yang dah stuck kat pasir, nasib baik berjaya! Aku dah gelabah ayam..nasib baik Zana dengan penuh yakin bagi instruction suruh aku tekan je minyak sampai habis sambil reverse. 

Yeahhhh..Lancelin Sand Dunes!! Akhirnya terbentang depan mata setelah bersusah payah tadi. Hahaha!


Semput woii nak mendaki bukit pasir nihhh..

First time memang excited, lepas tu masing2 dah tak larat! aku turun 3 kali je pastu surrender!
Board ni sewa untuk 2 jam, tapi kitorang guna 1 jam je. 

Dah lah wehhh..jom balik! Lapar... Tak tau nak makan kat mana, sudahnya pergi Fremantle cari Fish N Chips lagikkk! Kali ni kitorang try Kaili's pulak, saja nak rasa mana yang lagi power.

Haa..inilah alat yang korang dapat bila order. Benda ni akan berbunyi once your order is ready. So, kau tak payah lah nak berdiri lama-lama dekat kaunter.

Kaili's Fish N Chips yang agak soggy+ikan yang tak berapa fresh.

Dannnn..pemenang untuk Fish N Chips di Fremantle ialah CICERELLO'S!! Serius aku suggest korang kalau nak makan Fish N Chips yang terbaik, pergila Cicerello's...confirm tak menyesal!

Lepas makan kononnya nak shopping souvenir dekat Megabes, tapi kedai dah tutup. Masa tu dah pukul 5, jangan haraplah ada kedai bukak lagi. Lepas tu aktiviti mengopi $1 kat 7E dan merayau-rayau kat Fremantle lepastu terjumpa ada satu kedai souvenir yang masih bukak. Harga mahal sikit lah, tapi masih affordable compared dengan harga dekat Murray St atau Fremantle Market!

Sekarang kita harus pulang ke Perth city..dah book satu hostel ni masa on the way nak ke Cervantes semalam. 

Aku pernah lah usha Exclusive Backpackers *aku harap korang tak terkejut tengok muka makcik owner hostel masa click link tu..hahaha* ni tapi tak book sebab rules dia "Payment for the first night will be deducted from your card at any time" tapi sebab dah takde choice book je lah. Dan kau tau..memang dia terus deduct okay! Aku masih berdendam dengan makcik hostel tu!! Huhhh.. sebab aku kalau boleh nak bayar cash untuk accomodation since dah siapkan budget awal2, debit card tu just untuk emergency je. Alih-alih dengan seronoknya dia charge kat debit card aku. Ciskek sungguh! Aku tak tau dia dah charge since takde dapat message apa2 pun, masa nak check in diorang yang settle kan since aku tak nak tinggalkan kereta kang kena saman pulak. Nasib baik makcik tu jujur jugak bagitau yang dia dah charge siap2, so takde lah kitorang double pay! Ini memang lagi satu drama. Huh! Bila diorang bagitau yang bilik dah bayar guna card, cepat2 aku login Maybank2u *masa ni in denial mode lagi* dengan harapan takde lah duit kena potong tapi hampaaaa!-_-

Dah settle check in, ronda2 city kejap sambil cari tempat yang bakal kitorang pergi esok. Since esok pulang kereta, so kena lah tengok jalan dulu. Ok, dah jom balik sebab masing2 dah berpasir dari siang tadi.

Luas jugaklah bilik ni..not bad!

ada balkoni kalau korang rasa nak minum teh sambil tengok orang pergi kerja

parking space pun hostel ni provide, tapi aku rasa ada 1 je ni..hahaha!

Marilah kita packing, sebab ini last night kitorang dapat tidur dengan selesa...





Expenses:
Petrol - $45/4 = $11
Entrance fee @ Pinnacles - $12 per car/4 = $3
Souvenirs @ Pinnacles - $6.50
Sand board rental - $10/2 = $5
Mineral water+juice = $6
Fish&Chips @ Kaili's = $15.90
Souvenirs (T-shirts) = $31
Coffee @ 7 Eleven = $1






Comments

  1. Wah..dpt pegi sand boarding..saya x pegi pun..huhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara sebab utama g Perth memang nak sand boarding. hahaha!

      Delete
  2. hai mada, camne nak ctc personal dgn mada eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haiii..boleh email saya izoramia@gmail.com

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne