Backpacking to Perth, Australia (Part 2)

Haiii...mari kita sambung travel journey ke Perth! Bagi yang nak flashback entry yang lepas, sila click :


*Makin sadis nampaknya aku update entry, guna handphone je sekarang nihhh..sob sob sob. Belikan i Macbook pelisss??


Day 2 - Saturday (25/04/2015)

Bangun oiii..subuh2!!
Mandi siap2 apa semua, mari kita tengok stok makanan apa yang boleh di masak pagi ni! Hmmm semalam Zana dah beli beras, ok boleh masak nasi. Aku ade instant rendang cap Brahim's, haa nice sangat lah tu.

Kat Malaysia pun takde nya kau nak breakfast nasi pepagi camni, tapi kat Perth kemain kannn! Habis tu kat sana takde roti canai roti tisu nasi lemak segala...


Dan dengan 12°C kitorang breakfast kat backyard! Kau mampu?? Nasi pun cepat je sejuk..



inilah rupa backyard The Shiralee, ok lah nak lepak2. 
Malam2 ada lah few backpackers yang melepak sambil bukak lagu kuat, tapi diorang ikut rules which is until 10pm je. Lepastu semua masuk dalam sambung lepak dekat living hall, itu pun tak boleh bising sangat.


Ok dah kenyang semua, marilah kita check out dan pergi ke tempat rental car untuk ambil kereta yang dah book online. Kali ni naik bus okay!!

Memandangkan hari ni ANZAC Day, maka banyak jalan yang tutup dan bus yang kitorang naik tu bawak entah ke mana. Kitorang sepatutnya turun dekat bus stop before Murray St, tapi masa tu masing2 macam blur so tak turun  lah dan next bus stop pulak pakcik bus ni tak lalu. Ahhh sudah!
Masing2 dah cuak tak tau nak kemana tapi buat2 steady sampai lah last bus stop pastu pakcik driver tu suruh kitorang turun. Pakcik driver bus ni kemain rude okay, aku tanya "how to get to Murray St?" then he replied, "I don't know where you are going." Lepas tu buat isyarat mata suruh aku turun jugak dari bus dia. Ciskek sungguh lah! Dah dekat bus stop tu pepandai lah tengok no bus yang boleh membawa kitorang ke city semula, tunggu lebih kurang 15 minit sampai lah bus No. 43 seperti yang tertulis diatas board dekat bus stop. Dan jangan risau, bus still sampai ikut schedule yang ditetapkan walaupun public holiday. Takde dia nak delay tak tentu hala! 
Since kitorang tak tau nak turun kat mana yang sepatutnya, maka turun dekat The Esplanade Busport adalah pilihan terbaik! Marilah kita berjalan kaki ke Murray St dengan memikul backpack 10kg!*lutut dah menggigil2 masa nihhh*

Reen dgn backpack+beg troli mak dia tetap gigih! Kahkahkah!
*bagi can lah feeling2 duduk dekat Hilton*

On the way nak ke Murray St, sempatlah tengok orang2 Perth celebrate ANZAC Day dengan perarakan.





Fuhhhh..jauh jugak lah kitorang berjalan akhirnya jumpa jugak Hertz Car Rental. Aku suggest korang sewa kereta dekat Hertz since explanation dia sangat clear dan korang boleh guna DEBIT CARD bagi sesiapa yang takde credit card tu!*tunjuk dekat diri sendiri* Tapi sila make sure dalam bank account kau tu ada duit yang cukup! Sebab Hertz akan hold $100 dalam akaun bank korang tu as a guarantee, after kau pulangkan kereta dalam keadaan yang sama macam kau mula2 ambil barulah dia akan release duit dalam akaun kau tu. Faham? Aku haritu sewa untuk 3 hari around $250 include car insurance. Tapi aku bayar cash $200 je , balance tu dia deduct dari debit card aku. Masa dapat kereta, minyak memang full tank dan nanti kau pulang pun wajib lah isi full tank jugak ok!

Inilah kereta yang kitorang sewa! Good performance! Banyak berjasa nihhh..

Ok, sekarang dah dapat kereta ke mana destinasi kita??

CAVERSHAM WILDLIFE PARK!! Tak sabar iollss nak jumpa kanggaroo n koala, kalau tak kang orang2 kampung tak percaya pulak kau dah sampai bumi kanggaroo ni. Gittewww!

Siapa yang drive?
Sepatutnya Zana, sekali lesen dia dah mati! Perasan yang lesen dia dah mati pun semalam, masa nak register sim card. Huh sadis sungguh lah! Zana boleh tak ingat yang lesen dia mati padahal birthday dia baru je lepas. Memang ini lah yang paling drama! Maka untuk itu, Zana jadik co-pilot yang bertugas untuk baca maps dan search Waze. Sambil tu dia dok baca Catatan Mat Lutfi dengan muka takde perasaan.
Driving dekat Australia belah kanan, so korang tak payah risau nak keliru2 bagai. Driving licence Malaysia pun valid je dekat sini.

Caversham Wildlife Park ni tak jauh mana pun lah dari city, lebih kurang 30 minit macam tu. Ingat! Drive ikut had laju yang ditetapkan, kalau kawasan perumahan 60 km/h biasanya, kawasan sekolah 40 km/h, jalan raya biasa 90 km/h dan freeway 110 km/h. Korang takkan nampak kereta yang dok laju mengejar lampu hijau traffic light since dekat traffic light dia mostly ade kamera ok! Agak2 kaya dan ready nak kena saman, silah berbuat demikian!

Yeayyy dah sampai! Jom beli tiket dulu...




Kitorang sampai ngam-ngam before show start. Show yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya lah yang iniiii



 shave the sheep! 
behave betul sheep ni, langsung tak berkutik time tengah shave tu!

budak2 comel ini pulak dipanggil untuk bagi susu dekat anak2 kambing.

Dah habis tengok show tu, sambung Wombat show pulak! Actually bukanlah show apa pun, cuma photo session je dengan wombat since binatang ni sangat sensitif.

Wombat ni dah lah duduk terkangkang!
 Ehh tapi yang pegang wombat tu hensem! Kbai

Hmmm..what's next?

Hello Mr Koala!! Nasib baik masa kitorang sampai, dia tak membuta. Mungkin lapor, itu yang segar bugar je mata. Tapi koala ni pun tak boleh sembarangan pegang, ada sekor je yang diorang bagi pegang. Nak peluk2 jangan haraplah!


Kangaroo ni memang berkeliaran je, korang nak selfie berjuta kali pun takde sapa kisah. Makanan free pun ada disediakan just in case korang nak feed the kangaroo. Tapi agaknya dah ramai sangat yang bagi makan, kangaroo ni tak heran pun kalau kau sua makanan dekat dia.

*Aku rasa macam nak sujud syukur sebab toilet kat sini ada paip wehhhh!! Bahagia dia lain macam kau tahu. Kalau tak sebelum ni kitorang cebok guna botol je. 

Tips: Sentiasa bawak botol kosong bila travel ke luar negara! Unless korang buang air memang tak cebok! Hahahaha..

Ok dah settle dekat Caversham Wildlife Park ni, ayuh lah kita meneruskan perjalanan yang jauh menuju ke Augusta! Kitorang lunch dalam kereta je, makan roti dengan tuna+sambal goreng khas yang mak Zana bekalkan.

Perjalanan ke Augusta hampir 5 jam! Kau dahlah tak boleh nak speeding, dia punya mengantuk tu Allah je lah yang tahu. Nasib baik Zana dengan Reen dok tahan mata temankan aku driving, kalau diorang tidur memang aku tinggal budak berdua di kat tepi freeway! Hahaha..


Berhenti solat dekat petrol station tapi mana nak jumpa surau oiii..solat tepi kereta pun boleh!


Ini je lah view sepanjang jalan. Freeway dekat Perth ni sangatlah bosan, kau jangan nak mengharap ada R&R macam dekat highway Malaysia. Hihihi

Memandangkan kitorang bakal sampai agak lewat, Reen sebagai secretary diarahkan untuk email owner hostel to inform him that we will be late. Ini sangat penting ya, supaya kau boleh check in jugak walaupun dah lewat. Yelah, dekat Perth ni bisnes semuanya sampai pukul 5 je. Lepastu takdenya diorang nak layan kau.

Akhirnya lebih kurang pukul 8 malam, kitorang sampai ke BAYWATCH MANOR AUGUSTA !! Pehhh keluar kereta, memang sejuk nak mati! Masing2 dah menggigil2 tak sabar nak masuk dalam bilik.
Owner dia sangat2 lah friendly menyambut ketibaan kitorang walaupun dah lambat, siap hantar sampai depan pintu bilik lagi! 
"Have a good rest!" 

Aku waktu tu memang dah nampak katil je, tapi kena mandi lah jugak! Lampu kat toilet dia unik since suis dia auto turn off after 20 minutes! So, jangan nak mandi lama-lama kalau taknak bergelap.


Dah, jom tidur! Tomorrow we gonna have another looooooong journey!




Expenses:
Rent car - $200/4 = $50
Caversham Wildlife Park - $26
Hostel - $30


Comments

  1. Sewa kereta byk tmpt boleh jelajah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, banyak tempat boleh jelajah tapi drive kat Perth sangatlah mengantuk sebab semua orang drive dengan berhemah. Hahaha!

      Delete
  2. blh x share route untuk kt perth

    ReplyDelete
  3. Do we need take international license?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no need. Malaysian driving licence is accepted in Perth

      Delete
  4. kat mana sewa kereta tu ye? ada link tak?

    ReplyDelete
  5. Macam mana nak hubungi hostel tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua hostel saya book onloine thru booking.com

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China