Backpacking to Jogjakarta, Indonesia (Finale)

Akhirnyaaaa..sampai ke penghujung jugak entry Jogjakarta aku ni. Fuhhh! Pencapaian yang boleh dibanggakan untuk 2016 ni. Kahkahkah! Yelah, kau ingat senang ke nak menulis blog ni...perlukan kerajinan yang maksimum serta berupaya mengelak dari gangguan anasir luar. Hahaha!

Sebelum tu korang boleh refer untuk previous entry Part 4 

Let's go!

Last day dekat Jogja tapi since flight petang, we still have a lot of time to explore this old city. Lepas breakfast terus keluar since harini kitorang akan naik Transjogja ke Candi Prambanan. Prambanan Temple is a must visit place if you ever come to Jogjakarta. Remember that! Untuk ke Candi Prambanan, sila naik Transjogja bernombor 1A. Perjalanan lebih kurang 1 jam, maklumlah bus berhenti-henti kan memang takes time sikit. So, you just enjoy the view sambil tengok gelagat orang. 

Bila sampai di Halte Prambanan, nak tak nak memang kena naik becak untuk ke pintu masuk Candi Prambanan sebab tempat dia agak jauh dari bus stop. Tak payah nak gigih sangat jalan kaki lah...lagipun tambang becak cuma 10,000/way je kot. Bagi rezeki sikit dekat bapak-bapak tua yang masih gagah mengayuh becak. Kadang-kadang bila travel ni jangan kedekut sangat, walaupun hakikatnya budget kau pun cukup-cukup makan je. Tapi once kau bagi rezeki dekat orang lain, InsyaAllah you will get more!=)

Memang terbukti kakak aku ni muka mbak Indonesia sungguh, sebab kitorang sekali lagi dapat harga local untuk masuk ke Prambanan! Tak sia-sia kakak aku rajin cakap Jawa time balik kampung. Kahkahkah!

Makasih ya mbakkk!;)

Dari entrance nak ke Candi Prambanan tu boleh tahan jauh nak menapak. Konsep dia sama macam Candi Borobudur, yang mana korang takkan nampak candi ni dari tepi jalan.

sayup-sayup je dari jauh

ini sebelum bebudak Pramuka (Indonesia scout) photoboom secara berjemaah kat belakang aku

Cuaca masa ni boleh tahan terik. Phewww! 



Meh baca sikit apa yang aku cedok dari Wikipedia

Candi Prambanan or Candi Rara Jonggrang is a 9th-century Hindu temple compound in Central Java, Indonesia, dedicated to the Trimurti, the expression of God as the Creator (Brahma), the Preserver (Vishnu) and the Destroyer (Shiva). The temple compound is located approximately 17 kilometres (11 mi) northeast of the city of Yogyakarta on the boundary between Central Java and Yogyakarta provinces.

The temple compound, a UNESCO World Heritage Site, is the largest Hindu temple site in Indonesia, and one of the biggest in Southeast Asia. It is characterized by its tall and pointed architecture, typical of Hindu temple architecture, and by the towering 47-metre-high (154 ft) central building inside a large complex of individual temples.











Masa aku pergi ni, some parts tengah buat restoration sebab affected dengan earthquake sebelum ni. Since nak buat sama sebijik tu memang tak mungkin, tapi still diorang buat dengan sangat teliti kot! Lagi-lagi part yang berukir halus.  





 Feeling-feeling kejap lepas penat pusing Prambanan.

Ohhh dalam kawasan kompleks Prambanan ni boleh sewa basikal sebab tempat ni besar dan ala-ala taman gitu. Lepak lama kat bawah pokok redup memang syok. Lepastu ada kawasan yang macam Mini Zoo, boleh bagi makan dekat rusa.

Ok, dah jom balik. Lagipun perut dah berkeroncong...aku dah aim nak makan dekat satu kedai Ayam Penyet depan Jalan Malioboro. Tunggu bus Transjogja tak lama mana pun, "Pak, ke Malioboro 2 orang ya."

Pehhhh memang power ayat penyet kat kedai makan tu lagi-lagi sambal ijo dia! Tapi sayangnya aku tak ambik gambar. Kedai makan ni betul-betul dekat simpang nak masuk ke Jalan Sastrowijayan dari Jalan Malioboro dan bersih kira standard restoran lah tapi harga memang murah! 2 orang makan lebih kurang RM12 jek..yelah kalau nak compare ayam penyet kat KL kan mahal. Hiks!

Dah kenyang, sambung shopping sikit untuk menghabiskan sisa-sisa rupiah yang ada kat tangan. Then terus balik ke Pawon Cokelat untuk check out.

Dah nak balik KL pun masih ada drama! Ceritanya macam ni...Mbak Gathi siap offer nak call kan taksi untuk hantar kitorang ke Bandara Adisujipto, tapi kitorang taknak sebab dah plan nak naik Transjogja je. Lagipun masih awal, so memang sempatlah nak sampai ke airport kalau naik bus pun. Kitorang pun tunggu lah bus dekat Halte Malioboro, ehhh tak kunjung tiba bus nya. Lebih setengah jam jugaklah kitorang menunggu kat halte yang sempit dan sesak. Ok, bus sampai! Memang masing-masing berebut nak masuk dan aku je yang lepas! Kakak aku tak dapat masuk sebab bus dah penuh. Ahhh sudah!! Boarding pass dekat aku, kakak aku pulak tak beli simcard Indonesia. Macam mana aku nak whatsapp dia?? Aku memang dah panik gila! Aku turun dekat next halte (Malioboro 2), kononnya nak tunggu kakak aku. Yelah, kot dia berjaya naik bus lain ke. Aku whatsapp kakak-kakak aku yang lain (dekat Malaysia), mintak diorang SMS kakak aku yang tertinggal bus tu. Nasib baik lah kakak aku buat roaming, makanya boleh lah dia dapat SMS! 

kakak aku yang sorang ni mabuk, tetiba Jakarta!-_-

Aku pun mereput lahh menunggu dekat halte Malioboro 2, tapi tetap tak nampak bayang kakak aku. Setiap bus yang berhenti semua aku usha tengok ada tak kakak aku, tapi hampehhhh. Ahhh tak boleh jadik ni, dah lambat nak ke airport! Masa tu dah dekat pukul 4, kalau aku tunggu lagi mau nya aku tertinggal flight. Nampak je bus menuju ke airport aku terus naik. Sempat lah berkenalan dengan 2 orang gadis dari Malaysia, diorang pulak yang cuak gila bila aku masih dalam bus waktu-waktu macam tu. Mana taknya flight aku pukul 5.15 petang okay! Nasib baik kau dah buat web check-in dan takde nak drop baggage. Lebih kurang pukul 4.30 aku sampai airport terus berlari aku ke boarding gate dan kakak aku dah pose-pose cantik depan boarding gate! Cisss dia naik taksi dan sampai dulu dari aku. Huh!

inilah puncanya dia tak lepas nak masuk bus!! Beg beranak-pinak!-_-

Maka terus masuk boarding gate dan alhamdulillah selamat masuk ke perut katerbang Pak Tony! Disebabkan penat berkejaran ke airport dengan penuh drama, aku pun orderlah Nasi Lemak Pak Nasser.

Yessss!! Berakhir sudah trip aku ke kota tua Jogjakarta, maka berakhir juga lah entry Jogjakarta aku. Fuhhhh! Bangga!! Hahaha...


XOXO!




Expenses:
Transjogja ke Prambanan - IDR3,600
Prambanan (entrance fee) - IDR30,000
Souvenir - IDR270,000
Becak (2 ways) - IDR20,000
Lunch (2 persons) - IDR40,000
Transjogja to airport - IDR3,600
Nasi Lemak Pak Nasser - IDR88,000




Comments

  1. Kakak Mada lagi cepat bertindak hehe..adik dia je risaukan dia..lps ni boleh tinngal lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha!! itulah pasal...nampak betapa saya ni seorang adik yang mithali. kehkehkeh!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China