Posts

Backpacking to Krabi, Thailand (Part 1)

Image
Haaa engkorang mesti tertunggu-tunggu entry pasal backpacking aku kali ni kan?? Iyaa aku tahu, korang sekarang nak jadikan aku inspirasi. Takpe2, aku paham. Kahkahkah!! Macam mana boleh terfikir nak backpacking pergi Krabi? Sebenarnya memang dah ada dalam plan nak pergi Krabi dengan beberapa orang classmates sebaik sahaja habis belajar, tapi takde lah fix date apa pun. Cuma plan kosong macam tu aje dan aku pun takde lah mengharap mana pun. Aku pun menjalani kehidupan macam biasa (baca: bosan) sebagai seorang penganggur dan kebetulan aku dapat call untuk interview kat Tan Chong Motors KL..ahaaa!!masa tu tiba-tiba mentol atas kepala menyala! Buat train trip ni menarik jugak! Tanpa berlengah, book online tiket keretapi kat  website KTM  dari KL Sentral ke Hatyai. Haa bila hal tiket dah settle je, start lah google2 pasal Krabi apa semua..rate untuk island hopping/guesthouse/food  RABU (19/2/2014) Pagi tu aku sempat lagi berjimba-jimba dengan Syiqa buat movie ...

14 February

Image
Iyaa..hari yang paling ditunggu!bukan sebab Valentine's Day yang telah dikecohkan sebagai haram untuk di sambut, tetapi sebab hari ini result untuk degree student UiTM seluruh Malaysia keluar! Aku seminggu lebih awal dah deactivate push email kat handphone sebab tak sanggup rasanya nak dapat email dalam waktu yang tak bersedia..gittewww! yang buat lagi extra cuak, tentu lah kepada student final semester seperti aku! Sama ada boleh isytiharkan diri sendiri officially graduate atau ada paper yang sangkut. Dan.... Alhamdulillah!! Aku pass untuk semua paper walaupun GPA memang nyawa-nyawa ikan aje lah.. takpe lah, mungkin usaha aku tak banyak mana pun untuk dapat result yang power! apa-apa pun aku bersyukur! Dah boleh pergi interview dengan senang hati..hihihihi yang paling tak sabar ialah nak sarung lagi sekali jubah konvo!! kali ini ada satu line kat lengan jubah..insyaAllah!=) Konvo diploma 2010

Backpacking to Bangkok, Thailand (Part 3)

Image
Backpacking to Thailand (Part 2) Haiii...aku kembali lagi untuk entry kedua hari ini. Nampaknya tengah throwback teruk ni, mungkin gian nak travel lagi.hewhewhew!! Disebabkan aku ni pelupa, maka entry ni mosly aku refer daripada gambar2 kat folder Bangkok..fuhhh nasib baik bila tengok gambar aku boleh lah recall sikit-sikit ceritanya. Entry ini adalah sambungan daripada entry yang diakhiri dengan gambar Maggi cup tomyam. Yeahhhh!!It's time to explore the old Bangkok!! Sebelum keluar berjalan, gua sempatlah bertanya kepada pakcik Smith ini tempat-tempat menarik disekitar old Bangkok. Tapi pakcik ni kerek, dia buat endah tak endah je dengan gua. Ehhh kamon lah pakcik, gua boleh survive sendiri lah!huhhh... fine ahh pakcik Smith! Walaupun pakcik Smith itu langsung tidak membantu, aku dan kakak aku teruskan jugak sesi exploring nearby area. Ohhh..kat sini lah the famous Chao Phraya river yang orang selalu sibuk naik cruise untuk tengok sunset tu! tapi kitorang takde ...

Family Trip - Jakarta, Indonesia (Part 1)

Image
*tendang pintu seperti gangster kampung* Haiii semua!kali ini saya kembali dengan travelog ke Kota Jakarta dan Bandung. Trip kali ini takdelah backpacking sangat sebab pergi dengan family, so faham-faham aje lah kan. Iyaa..saya tahu cerita ini sudah hampir basi memandangkan peristiwa ini berlaku pada tahun lepas. Ehh tapi aku pedulik apa!suka hati aku lah nak update bila..*tetiba emo* Sudah2, mari kita teruskan kan dengan tajuk asal entry sebelum saya melalut lebih jauh sehingga akhirnya membuatkan saya lupa tujuan asal entry ini. Sebelum meneruskan pembacaan, harap maklum ini adalah entry throwback 3 bulan lepas..;P Pagi sebelum fly, aku sempat lagi pergi buat field work trip kat Perodua untuk assignment..haa, nampak tak betapa komited nya aku dengan study work sebelum pergi berlibur??!!hihihi..dekat 2 jam jugaklah dekat Perodua sebelum kelam kabut pergi Melaka Sentral untuk naik bas ke KL.. Fuhh!nasib baik ade tiket pukul 12.30..sempatlah beli Mekdi (baca: Mc Donald...

Tertunda

Haiii korang!! iya, aku masih bernafas lagi... Sekarang ni aku dah habis exam bermakna dah habis belajar jugakkkk...weeeee!!tapi..tapi kena tunggu result dulu.cuak jugak..-_-" Tapi buat sementara ni aku buat-buat je lah tengah bergumbira sebab berjaya menamatkan perit jerih menjadi student account!hoiii kau ingat belajar akaun ni senang??sekadar debit kredit?huh!jangan mimpi... tapi kalau ada adik-adik yang tanya kat aku nak ambil course apa kat uni, aku memang akan suggest ACCOUNT!sebab aku nak biar diorang suffer jugak!!kahkahkah... Bila aku belek-belek blog ni, last entry aku Nov 2013 dan sekarang dah 2014 okayyy!!apa ke pemalas sangat lah engkau ni wahai Hamadah! Dan bila aku sambung belek lagi, banyak entry aku yang tertunda especially entry untuk trip ke Bangkok, Pulau Tioman dan yang latest trip Jakarta/Bandung... Tak dilupakan jugak entry pasal kakak aku kahwin dan best cousin aku dah dapat baby! haihhh..entah zaman bila lah aku nak update kan! Engkorang...

Teruskan langkah

Nampaknya bekas kekasih sudah lebih advance kehadapan sebab dia dah bertunang! Tahniah!! Tak lama lagi, kawen lettewww! pleasee invite aku wahai bekas kekasih! *muka tak malu Aku? Masih okay, meneruskan hidup seperti biasa Having fun with friends, travelling and study..naa, konteks fun dalam study tu nampak sangat tipunya! Lately ni memang super busy memandangkan dah FINAL SEM!!woot..woot!! imma super duper senior! Internet connection pun dah takde dekat rumah sewa, itu pasal lah aku malas nak menulis apa2.. lagipun serious idea mengarut aku dah tak mencurah-curah macam dulu! mungkin sebab sekarang asyik menaip untuk assignment yang menggunakan formal words dan more into Twitter, itu yang perkembangan kosa kata makin merudum jatuh. Part 8 Bachelor in Accountancy ni memang tak berapa bagi can untuk kau menarik nafas lega! Lepas siap satu assignment, sambung buat assignment yang lain pulak kemudian di susuli dengan kuiz dan test serta tidak dilupakn group discussion ...

Pulau Tioman - Part 1

Image
*melangkah masuk ke blog dengan penuh bergaya Haii semua! Rindu tak? Rindu tak? Saya kembali kali ini untuk entry percutian bersama perempuan-perempuan sekelas yang gila..ehh bukan gila yang perlu masuk hospital mental tu! Percutian ini dirancang secara express apabila tiba-tiba Suria (organizer) mengeluarkan ayat 'Jom kita pergi bercuti kat pulau!' sewaktu kami semua tengah merapu-rapu tanpa pedoman di group Whatsapp. Maka yang lain pun dengan pantasnya membalas 'Jom!' secara serentak..great minds think alike huh?*senyum senget Cik organizer memang efektif, tau-tau dia dah survey tempat iaitu ke Pulau Tioman!!yeehaaaa.. time tu yang confirm nak pergi 9 orang, maka dia pun book lah bilik untuk kami semua di Panuba Inn Resort. 3,4 hari sebelum bertolak cuaca dah start tak berapa nak elok..Mersing dikhabarkan hujan lebat, kalau hujan memang tak dapatlah nak ke Pulau Tioman sebab laut bergelora kuat. Iqa pun bagitau lah yang dia tak dapat nak pergi sebab paren...