cinta pantai pearl 10

“Assalamualaikum mak, Alia ni,” ujar Alia ketika menelefon Pn Fauziah.
“Waalaikumsalam… oo, Alia. Ada apa call ni? tak kerja ke?”
“Tak kerja hari ni. Alia call ni sebab nak ajak mak teman Alia pergi kenduri dekat rumah Tn Din malam ni. Dia jemput Alia, tapi Alia segan lah nak pergi kalau sorang,” balas Alia.
“Oo, pasal kenduri tu mak dah tau.”
“Macam mana mak boleh tau? Tn Din dah telefon mak ke?”
“Semalam Zafril datang sini sebab nak bincang pasal seminar, lepas tu dia jemput lah mak pergi kenduri malam ni,” jelas Pn Fauziah.
“Oo… hah mak, lagi satu ni…,” Alia menyambung bicara.
“Apa dia?”
“Jom kita pergi lunch dekat Hotel Pearl. Kan hari tu Tn Din bagi Alia voucher, Alia belum guna lagi. Lagipun hari ni Alia malas la nak masak,” baritahu Alia.
“Alia memang bukan selalu ke malas masak?” giat Pn Fauziah.
“Ala mak ni… alia bukan malas, tapi tak sempat,” dia beralasan.
“Yelah kamu tu.”
“Ok ye mak, pukul 12.30 nanti Alia datang Darul Syuhadah,” putus Alia.
“Yelah, assalamualaikum,” jawab Pn Fauziah tanda bersetuju.
“Waalaikumsalam mak.”

Seperti yang dijanjikan, lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, Suzuki Swift Alia sampai di Darul Syuhadah.
“Assalamualaikum,” sapa Alia sebaik sahaja memasuki pejabat Pn Fauziah.
“Waalaikumsalam… eh, Alia dah sampai rupa nya! Maaflah, mak tak perasan,” ujar Pn Fauziah.
“Takpe… hah, jom lah mak kita pergi. Alia dah lapar ni,” balas Alia sambil mengusap-usap perutnya.
“Ok, jom!” Pn Fauziah
Selepas memandu lebih setengah jam, mereka berdua tiba di Hotel Pearl. tanpa berlengah Alia terus memarkir keretanya. Kemudian mereka menuju ke coffee haouse yang terletak di lobi hotel.
“Sedapnya nasi kerabu ni. Dah lama Alia tak makan nasi kerabu,” ujar Alia sebelum menyambung suapannya.
“Itu lah, dulu mak nak ajar masak Alia tak mahu. Kalau tak dah boleh masak sendiri,” balas Pn Noraida yang sedang enak menjamu selera dengan hidangan nasi dagang.
“Masak nasi kerabu ni rumit la mak, dengan ulam-ulamnya lagi. Baik beli yang dah siap je. jimat masa,” Alia menjawab.
“Memanglah rumit sikit tapi hasilnya tengoklah macam mana,” bicara Pn Fauziah.
“Ok…ok, Alia surrender. Alia kalau lawan cakap dengan mak pasal makanan mesti mak yang menang,” putus Alia.
Sambil menikmati hidangan, pelbagai perkara yang dibualkan mereka berdua. Kebanyakannya berkaitan dengan seminar yang akan berlangsung pada hujung minggu hadapan. Mereka berharap semuanya akan berjalan dengan lancer walaupun ini bukan kali pertama seminar sebegitu dianjurkan. Guru-guru yang akan memberikan ceramah dan tips mengenai sesuatu subjek adalah terdiri daripada guru-guru yang berpengalaman.
“Alia tak payah balik rumah lah, nanti takde lah susah-susah nak ambil mak malam ni,” cadang Pn Fauziah ketika kereta Alia memasuki perkarangan Darul Syuhadah.
“Erm, betul juga. Boleh Alia tolong budak-budak buat ulangkaji,” Alia bersetuju.
“Tapi mak, Alia tak bawa baju kurung lah!” tambah Alia sambil menepuk dahinya.
“Baju kurung Alia kan ada sehelai dekat dalam bilik Alia tu. Alia tak ingat ke?” tanya Pn Fauziah. Alia mempunyai bilik sendiri di rumah anak-anak yatim itu. di bilik itulah Alia akan bermalam sekiranya dia tidur di Darul syuhadah.
“Ha’ah la mak! Alia terlupa pulak,” ujar Alia lagi. Mereka berdua telah sampai di hadapan pejabat Pn Fauziah. Pn Fauziah terus memasuki pejabatnya sementara Alia menuju ke perpustakaan atau bilik study yang terletak bersebelahan dengan pejabat. Beberapa orang anak-anak sedang mengulangkaji pelajaran dan membuat homework. Kerana tidak mahu mengganggu mereka, Alia mengambil tempat yang agak jauh daripada mereka agar mereka tidak berasa terganggu dengan kehadirannya. dia memilih untuk membaca buku motivasi kerana sedikit sebanyak dia mendapat input yang berguna.
“Kak Alia…,” tegur seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun.
“Eh fida. Ada apa sayang?” taya Alia lembut.
“Ni fida buat kan khas untuk Kak Alia,” Fida menghulurkan sekeping kad kepada Alia.
“Kenapa Fida bagi dekat akak? Birthday akak lama lagi la,” pelik Alia melihat tingkah Fida. Selalunya kanak-kanak comel itu ceria sentiasa tidak seperti hari ini, agak muram.
“Esok Fida dah takde lagi dekat sini,” jawabnya sayu.
“Fida nak pergi mana pula?” tanya Alia hairan.
“Kelmarin ada orang datang. Dia nak ambil Fida jadi anak angkat,” peath kanak-kanak itu berbicara.
“Yeke? Akak tak tau pun,” ujar Alia sedikit beremosi. Betapa beruntungnya menjadi seperti Fida, bakal mempunyai keluarga baru. Pasti kehidupannya lebih sempurna dan dilimpahi dengan kasih sayang yang menggunung. Sedangkan dia, dari kecil hingga tamat persekolahan membesar dirumah anak-anak yatim dan apabila disekolah sentiasa dihujani dengan cemuhan serta hinaan hanya kerana dia tidak mempunyai ibubapa. Kadangkala ada juga pertanyaan dari rakan-rakannya yang membuatkan hatinya jadi pilu.
‘Mana mak dengan ayah awak Alia? Kita tak pernah nampak pun diorang jemput awak balik sekolah.’
‘Mak awak buat sarapan apa untuk awak hari ni Alia? Mak kita buat nasi lemak.’
‘Ayah awak kerja apa Alia? Ayah kita kerja doktor, ala yang selalu cucuk orang sakit tu.’
‘Ayah awak… mak awak… ‘ dan seterusnya.
Panggilan ‘ayah’ memang langsung tiada dalam diari hidupnya apatah lagi menyebut kalimah tersebut.
“Akak…akak,” panggilan Fida menghalau semua memori zaman kanak-kanaknya.
“Err..ya,” balas Alia.
“Fida sayanglah nak tinggalkan rumah ni. Sayang nak tinggalkan mak, kawan-kawan dan akak,” ujar Fida sedih.
“Takpe, nanti bila mak ayah Fida tak kerja, Fida boleh ajak diorang datang sini. Nanti Fida dapat la jumpa kawan-kawan,” pujuk Alia. dia seboleh-bolehnya tidah mahu Fida berasa sedih kerana peluang sebegitu haruslah direbut.
“Ha’ah kan kak…,” Fida termakan dengan kata-kata Alia.
“Eh, ok lah akak. Fida nak pergi main badminton dengan Nurul ni. Mesti dia dah tunggu Fida,”ujar Fida selepas menyerahkan kad buatannya itu kepada Alia. Kemudian dia terus berlari keluar dari situ.
‘Semoga dia mendapat kehidupan yang lebih baik dan sempurna,’ doa Alia didalam hati.
lamunan Alia terganggu dengan panggilan daripada handphonenya.
“Assalamualaikum,” ujar Alia sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut. Tiada nama yang keluar dari skrin telefonnya hanya nombor sahaja.
“Waalaikumsalam… alia, malam ni bawak sekali paper work yang baru tu,” suara seorang pemuda kedengaran di corong telefon Alia.
“Siapa ni? Paper work apa?” tanya Alia pelik.
“Laa, ni Zafril. Paper work untuk seminar tu la,” balas Zafril.
“Kan saya dah bagi paper worknya pada En Zafril sebelum ni,” ujar Alia.
“Itu paper work yang lama. Saya nak paper work yang baru,” jawab Zafril.
“Hah? Paper work baru? Mana ada,” tukas Alia.
“Ada… cuba Alia tanya dekat Pn Fauziah.”
“En Zafril tanya la sendiri. Saya tak tahu menahu pasal pasal paper work yang baru tu. Lagipun saya ni cuma sukarelawan je dekat Darul Syuhadah,” ujar Alia.
“Takkan lah doktor tak tau apa-apa pun. Tapi saya tak kira, saya tau malam ni paper work tu doktor bawa sekali,” balas Zafril kemudian memutuskan panggilan.
‘Ceh, tak sopan betul! Ikut suka hati dia aje,” omel Alia sendirian. Kemudian tanpa berlengah,dia menuju ke pejabat Pn Fauziah.
“Mak, En Zafril nak paper work baru pasal seminar tu,” ujar Alia.
“Mana Zafril nya?” tanya Pn Fauziah sambil menjengah ke pintu untuk mencari Zafril.
“Dia mana ada dekat sini. Tadi dia call Alia, minta suruh bawak paper work tu malam ni,” terang Alia.
“Kenapa dia tak telefon mak sendiri?” tanya Pn Fauziah pelik sambil tangannya menghulurkan peper work kepada Alia.
“Entah, mana Alia tau. Dari mana dapat nombor Alia tah,” jawab Alia.
“Eh, Alia kita pergi rumah Tn Din sebelum Maghrib boleh tak?” yelah, takkan kita nak datang time makan je,” tutur Pn Fauziah.
“Boleh mak, Alia tak kisah. Kita keluar lepas Asar karang dan boleh bawa kuih sikit,” balas Alia.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China