cinta pantai pearl 8
Hujung minggu itu, aktiviti Alia seperti biasa. dia akan berada di rumah anak-anak yatim Darul Syuhadah untuk menghulurkan sebarang bentuk bantuan. Selalunya dia mengajar anak-anak yatim di situ dan membantu mereka yang bermasalah dalam pelajaran. Secara tidak langsung, anak-anak yatim ini akan berasa seperti menghadiri tuisyen seperti pelajar-pelajar lain. Alia sentisa menjadi ‘role model’ kepada anak-anak ini untuk mencapai cita-cita mereka.
“Alia, kenapa duduk luar sorang-sorang?” tanya Pn Fauziah.
“Alia tengah fikir dan cari idea untuk seminar tu mak,” jawab Alia. Sesekali dia memusing-musingkan pen yang berada di celah jarinya.
“Ohh…Alia cari je permainan yang simple janji budak-budak tu gembira,” cadang Pn Fauziah.
“Erm, memanglah… tapi Alia kena bincang dulu dengan En Zafril. Dia tu lain sikit la Alia tengok,” balas Alia.
“Lain macam mana?”
“Dia tu kalau boleh semua nak ikut kepala dia, tension Alia,” cebir Alia.
“Alia bincang lah elok-elok dengan dia, mak yakin dia boleh terima cadangan Alia,” nasihat Pn Fauziah.
“Yelah mak.”
“Dah lah Alia, pergi tidur. Anak dara tidak elok berembun macam ni,” ujar Pn Fauziah.
“Kejap lagi Alia masuk. Mak pergilah tidur dulu,” balas Alia sambil mencium kedua-dua belah pipi mak angkat yang telah dianggap seperti ibunya sendiri.
Tepat jam 9.00 pagi pada hari Isnin, Alia sudah tercongok di coffee house Hotel Pearl. Tidak berapa lama kemudian, Zafril datang. Perbincangan mengenai aktiviti riadah sewaktu seminar tersebut pun bermula.
“So, apa idea doktor?” tanya Zafril selepas menghirup secawan kopi.
“We just do an indoor games. Dari pamphlet yang saya dapat, hotel ni ada menyediakan gelanggang futsal dan tempat untuk bermain pingpong. So, mereka boleh memilih permainan mana yang mereka suka ataupun boleh juga main tenis dan badminton,” cadang Alia.
“Haii… bosannya idea doktor ni,” tutur Zafril selamba.
‘Wei, sesuka hati je kutuk aku! Ini boleh menimbulkan kemarahan ni,’ detik Alia geram.
“Buat la aktiviti yang mencabar sikit. Ok, kita buat treasure hunt. At least, semua boleh join. Macam ni lah, untuk hari pertama kita buat main futsal, then for the second day is treasure hunt. Barulah diorang enjoy,” Zafril mengeluarkan cadangan sambil menarik keluar sebatang rokok dari dalam kotak berjenama Salem.
“Nak buat treasure hunt kat mana? Sini bukannya ada kawasan,” bantah Alia.
“Ada lah tempatnya Dr Alia. Awak jangan risau. Saya taulah nak buat dekat mana,” tegas Zafril.
“Tapi pastikan tempat tu tak berbahaya kepada mereka,” ujar Alia.
‘Ish, bengangnya aku! Semua nak ikut dia aje, baik tak payah sibuk-sibuk nak bincang,’ omel Alia.
“Baiklah, Dr Alia,” jawab Zafril. Kemudian dia menyedut rokok yang tersepit dicelah jarinya sebelum menghembuskan asap ke udara dengan penuh nikmat.
“Ok lah, kalau takde apa-apa lagi saya pergi dulu,” ujar Alia ingin segera berlalu kerana dia tidak tahan dengan asap rokok.
“Tak nak breakfast dulu ke doktor?” tanya Zafril.
“Takpe lah, saya dah breakfast dekat rumah,” jawab Alia.
“Erm…ok,” balas Zafril.
“Merokok tidak elok untuk kesihatan,” sempat Alia berkata kepada Zafril sebelum dia meninggalkan Zafril.
‘Wah, sedapnya dia bercakap! Suka hati aku lah nak hisap rokok,’ gumam Zafril. Tanpa menunggu lama, Zafril terus bangun dari kerusi dan menuju ke pejabatnya dengan hati yang masih panas kerana teguran Alia.
Sementara itu di lobi Hospital Pantai…
“Sorry, I’m late,” ujar Alia kepada rakan-rakannya yang sudah setia menunggu. Ketika itu jam menunjukkan angka 10.30 pagi.
“It’s okay Alia. Dr Qamarul pun belum sampai lagi, semalam bukan main lagi dia suruh kita tunggu dekat lobi pukul 9.30 pagi,” ujar Dr Aminah, salah seorang doktor yang turut terlibat dengan kursus meningkatkan kualiti doktor di Hospital Pantai cawangan Melaka.
“Fuhh… selamat saya. Kalau tak mesti banyak soalan dia,” ujar Alia penuh kelegaan.
Selepas tiga hari berada di Melaka, Alia kembali semula ke Kuala Lumpur bagi menyambung tugasnya seperti biasa.
Keesokan harinya, Alia bergegas ke hospital seperti biasa kerana dia perlu memeriksa keadaan Pn Noraida terlebih dahulu sebelum beliau menjalani pembedahan. Ini kerana, pembedahan buah pinggang adalah antara pembedahan yang berisiko tinggi. Penolakan dalam sistem badan juga boleh berlaku jika buah pinggang yang di terima oleh pesakit tidak sesuai. Malahan pelbagai perkara buruk boleh berlaku sekiranya keadaan ini terjadi.
“Assalamualaikum puan, how are you feeling today?” sapa Alia kepada Pn Noraida sambil tangannya ligat menyelak laporan kesihatan Pn Noraida yang berada di atas meja. dia harus memastikan keadaan Pn Noraida pada Tahapa yang sepatutnya.
“Waalaikumsalam doktor, I’m fine,” jawab Pn Noraida. Syed Zainuddin dan Zafril telah berada di sisinya sejak jam 7.00 pagi lagi.
“Ok puan, hari ini puan akan menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, pembdahan ini mengambil masa lebih kuarng tiga jam. jadi saya minta puan tenangkan diri dan berdoa agar pembedahan ini berjalan dengan lancer,” terang Alia mengenai serba sedikit pembedahan tersebut.
“Baik doktor,” balas Pn Noraida.
“Sekejap lagi, nurse akan berikan puan persalinan untuk pembedahan. pembedahan ini akan bermula pada jam 10 pagi,” ujar Alia lagi sambil merenung ke arah Pn Noraida.
Ketika jam menunjukkan pukul 9.15 pagi, seorang nurse masuk untuk menyerahkan pakaian kepada Pn Noraida. Syed Zanuddin dan Zafril diminta keluar sebentar sementara nurse tersebut membantu Pn Noraida menyalin pakaian. ketika berada di luar bilik rawatan isterinya, Syed Zainuddin bertanya beberapa perkara kepada Alia.
“Doktor yakin pembedahan isteri saya ini akan berjaya?” tanya Syed Zainuddin gusar.
“InsyaAllah tuan. Kita serahkan segalanya pada Allah,” ujar Alia tenang.
“Berapa peratus pembedahan ini akan Berjaya?” tanya Syed Zainuddin lagi.
“Itu saya tak boleh nak pastikan tetapi melihat kepada keadaan puan, mungkin 70%. Setakat ini, itu sahaja yang saya dapat jangkakan,” ujar Alia lembut. zafril yang berada di sebelah bapanya hanya diam membisu sahaja. Mungkin risau dengan keadaan emaknya.
Ketika jam menunjukkan tepat pukul 9.30 pagi, Pn Noraida ditolak masuk ke dalam operation theatre (OT) menggunakan stretcher. alia turut sama masuk ke dalam OT tetapi hanya bertindak sebagai doktor pemerhati sahaja. Syed Zainuddin dan Zafril terpaksa menunggu diluar sahaja. Masing-masing tidak bercakap antara satu sama lain.
Setelah hampir 4 jam pembedahan dijalankan, akhirnya pembedahan itu pun selesai. sebaik sahaja Alia keluar dari OT, Zafril dan Syed Zainuddin terus menerpa ke arahnya.
“Mama saya macam mana?” tanya Zafril tidak sabar-sabar.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancer. tetapi Puan Noraida terpaksa ditempatkan di wad ICU dahulu untuk pemantauan sebelum dimasukkan ke wad biasa,” terang Alia.
“Syukur Alhamdulillah,”terdengar suara Syed Zainuddin mengucap kesyukuran kemudian dia memeluk Zafril.
“Boleh saya melawat mama saya?” tanya Zafril penuh mengharap.
“Maaf, buat masa ini belum boleh. mungkin malam nanti puan akan dipindahkan semula ke wad biasa, jadi masa tu baru boleh melawat beliau,” ujar Alia.
“Ohh, baiklah.”
“Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu,” ujar Alia.
Comments
Post a Comment