cinta pantai pearl 9

Setelah lebih seminggu berada di wad selepas pembedahan, Pn Noraida akhirnya dibenarkan pulang. Sebelum pulang sempat dia berjumpa dengan Alia untuk mengucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga.

“Terima kasih doktor kerana merawat saya hampir sebulan,” ujar Pn Noraida kepada Alia.

“Sama-sama puan. Itu sudah menjadi tanggungjawab saya,” balas Alia lembut.

“Doktor, malam esok jemput datang ke rumah kami ya. Saya nak buat kenduri doa selamat sikit,” celah Syed Zainuddin.

“InsyaAllah tuan, kalau saya tak on call saya datang,” jawab Alia.

“Ini alamat rumah saya,” Syed Zainuddin sudah menghulurkan sekeping kertas kecil yang tertera alamat rumahnya.

“Terima kasih tuan,” ujar Alia.

“Baiklah, kami balik dulu,” Syed Zainuddin sudah bersedia untuk menolak kerusi roda isterinya. Sementara Zafril membawa beg pakaian Pn Noraida. Pn Noraida sekali lagi bersalam dengan Alia disertai dengan ciuman di kedua-dua belah pipi Alia.

Setelah Pn Noraida sekeluarga berlalu pergi, Alia disapa oleh seorang nurse.

“Doktor, mak mertua dah balik ye?” tanya nurse yang bernama Fatimah.

“Ish, akak ni! Mana ada mak mertua,” balas Alia cepat.

“yelah tu doktor… hari tu bukan main lagi anak bujang pesakit tu datang bawa bunga untuk doktor,” giat Fatimah.

“Itu bunga untuk mak dial ah,” Alia cuba untuk menerangkan perkara sebenar.

“Doktor tau tak, semua jealous tau tengok doktor jalan dengan anak bujang dia yang handsome tu. akak pun sama tau, tapi nasib baik akak ni dah kahwin. Hehe!!” Fatimah semakin seronok menyakat Alia.

“Lagipun akak tengok, doktor dengan anak dia tu sesuai sangat. Sama cantik, sama padan, macam pinang dibelah dua!” tambah Fatimah.

“Pandailah akak! Lelaki macam tu akak kata sesuai dengan saya? tengok gaya je dah tau jenis buaya. Hish, saya tak rela kena makan dengan buaya tembaga!” balas Alia sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Doktor jangan, kang buaya tembaga tu jugalah yang dicari,” bicara Fatimah.

“Takde maknanya kak… dah lah, akak ni makin di layan makin menjadi,” Alia ingin segera berlalu daripada dijadikan bahan usikan oleh nurse yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

“Aii doktor, dah lari dah?” giat Fatimah sebelum dia kembali menyambung kerjanya.

“Leganya, dapat balik ke rumah. Rindu sangat dekat rumah ni,” ujar Pn Noraida sebaik sahaja masuk ke dalam vila putih yang tersergam indah.

“Yelah, rumah ni sunyi je bila mama takde. Mak Jah pun takde kawan nak berbual. Dia berbual dengan kucing je hari-hari, kesian Mak Jah,” sela Zafril sambil memandang kepada Mak Jah, orang gaji mereka yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun.

“Pandailah abang nak kenakan Mak Jah ea!” balas Mak Jah malu.

“Takpe Mak Jah, lepas ni saya dah ada dekat rumah. Kita boleh berbual-bual macam sebelum ni,” Pn Noraida berbicara.

“Pak Abu mana Mak Jah?” Syed Zainuddin bertanya.

“Tadi ada di belakang rumah, tengah potong rumput. tuan nak saya panggilkan dia ke?” tanya Mak Jah. Pak Abu ialah suami kepada Mak Jah. pasangan suami isteri ini tidak mempunyai cahaya mata.

“Tak mengapa, biar saya sendiri je pergi jumpa dia. saya nak suruh dia beli barang-barang untuk kenduri doa selamat esok dan jemput orang di kawasan ni ke kenduri,” balas Syed Zainuddin.

“Hah, yang abang ni nak pergi mana pula ni? Baru je sampai rumah, nak keluar lagi?” tanya Pn Noraida apabila melihat anaknya sudah bersiap-siap untuk keluar.

“Abang nak pergi Darul Syuhadah, ada sedikit perubahan yang nak dibuat untuk seminar kecemerlangan tu,” balas Zafril.

“Ohh, pasal seminar tu. Lepas tu nak dating sekali dengan Dr Alia ea?” giat mamanya.

“Dating dengan dia?? Ish, takde selera abang dengan dia tu tau!” ujar Zafril.

“Yelah, selera abang semua yang seksi-seksi, yang baju tak cukup kain,” sindir mamanya tajam. Pn Noraida sudah kenal semua perempuan yang sering diusung oleh Zafril. Namun langsung tiada seorang pun yang dia berkenan, semuanya membautkan dia sakit mata memandang mereka.

“Mama ni, tak baik tau,” balas Zafril. Dia sudah biasa sangat mendengar ayat sebegitu keluar dari mulut mamanya, tetapi dia langsung tak mengendahkan.

“Apa pula? Betul apa yang mama cakap. Sakit mata mama ni tengok baju yang diorang pakai tu. Hish, pelik mama dengan perempuan-perempuan macam tu,” cebir Pn Noraida.

“Dah lah ma, abang pergi dulu,” sebelum keluar Zafril menyalami tangan ibunya dan mencium pipi mamanya.

“Eh abang, jangan lupa jemput Pn Fauziah ke kenduri esok!” pesan Pn Noraida.

“Ok!” deruman enjin Toyota Vios kedengaran sebelum semakin lama semakin hilang dari pendengaran.

Comments

  1. best la citer nie..
    sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  2. wah,..citernye mmg best la...bile nk terbitkan buku novel lak?heheh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China