cinta pantai pearl 11
Mereka berdua tiba di rumah Syed Zainuddin kira-kira jam 6 petang. Ketika itu, beberapa orang saudara-mara Syed Zainuddin sedang sibuk menyiapkan hidangan. dua buah khemah juga sudah siap dipasang di halaman vila putih itu. Kedatangan Alia dan Pn Fauziah di sambut sendiri oleh Syed Zainuddin. Manakala Pn Noraida sekadar menunggu di ruang tamu sahaja memandangkan dia tidak boleh banyak bergerak.
“Pn Fauziah, Dr Alia jemput masuk… Nor ada dekat dalam tu,” ujar Tn Din mempersilakan mereka berdua masuk.
“Baiklah Tn Din,” jawab Pn Fauziah.
“Assalamualaikum Nor,” ujar Pn Fauziah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“Waaalaikumsalam Jee… jemput masuk,” Pn Noraida menyambut huluran tangan Pn Fauziah kemudian Alia pula.
Selepas brbual beberapa ketika, Pn Fauziah dan Alia masuk ke dapur untuk menolong menyediakan hidangan. Sempatlah jug Alia berkenalan dengan beberapa orang saudara-mara terdekat Tn Din. Dia cukup kagum apabila melihat mereka semua tidak kekok untuk membantu di dapur dan terlibat secara langsung dengan kenduri sebegini walaupun masing-masing berpangkat besar.
“Lap pinggan ke berangan?” tegur satu suara betul-betul di telinga Alia membuatkannya terkejut, mujur pinggan di tangannya tidak terlepas.
‘Siapa pulak yang buat kurang ajar dekat aku ni!’ detik Alia sebal dan segera menoleh ke belakang.
“Tak baik berangan dekat-dekat nak Maghrib ni,” tambah pemuda tersebut lagi.
‘Laa, mangkok ni rupanya! Tak boleh tengok aku senang sikit ke?’ omel Alia di dalam hati sebaik sahaja terpandang Zafril.
‘Wei, dia ni pekak kea pa? aku bercakap dia boleh buat selamba je. Hangin betul aku!’ Zafril pula mengomel didalam hati.
‘Malas betul aku nak layan dia ni. Karang aku jugak yang sakit hati,’ detik Alia.
‘Hai… dia ni susah betul nak bercakap. Kalau awek-awek aku, laju aje mulut diorang bercerita itu ini,’ keluh Zafril.
“Lap pinggan tu bersih-bersih,” arah Zafril. Sebenarnya dia sengaja nak melihat reaksi Alia. dia berharap sekurang-kurangnya Alia akan membalas kembali kata-katanya.
“Hmm,” balas Alia. Tangannya terus ligat mencapai pinggan seterusnya.
‘Wei minah ni memang sengaja nak mencabar kesabaran aku! Tak boleh jadik ni!’ detik Zafril geram.
Kemudian dia merampas pinggan yang berada di tangan Alia membuatkan Alia terkejut.
“Alia, I’m talking to you,” perlahan tetapi tegas suara Zafril kedengaran.
“Ya, saya dengar. So?” balas Alia.
Belum sempat Zafril menyambung katanya, Syed Zainuddin memanggilnya.
“Abang, dah mandi ke belum? Kejap lagi dah nak Maghrib, karang kita nak solat jemaah sama,” Syed Zainuddin bersuara di muka pintu dapur.
“Abang nak mandilah ni tapi lepas tu Alia panggil pulak,” ujar Zafril selamba.
‘Ewah, bila masa pulak aku panggil kau? Kau tu yang datang mengacau aku!’ protes Alia didalam hati.
“Lepas ni pergi cepat mandi. Karang nanti semua terpaksa tunggu untuk solat jemaah,” tegas Syed Zainuddin sebelum berlalu pergi.
“Yes, bos,” balas Zafril.
“Hah, awak tak sembahyang ke Alia? ‘Bendera jepun’ tengah berkibar ke?” sakat Zafril.
muka Alia telah bertukar menjadi merah kerana tekaan Zafril tepat!
‘Sengal betul la dia ni! Pergi je lah sembahyang… sibuk-sibuk tanya aku kenapa!’ gumam Alia.
“Taklah, saya ABC,” balas Alia selamba.
“Hah? ABC?? Apa tu??” pelik Zafril mendengarnya.
“Apa-apa je lah En Zafril,” balas Alia kemudian dia terus berlalu ke bilik air meninggalkan Zafril yang masih tercengang-cengang.
Sekitar jam 8 malam, jemputan sudah mula hadir dan kenduri doa selamat pun dimulakan. sementara itu kaum wanita sibuk memastikan semua hidangan siap untuk disediakan. Alia turut membantu serba sedikit. Selepas bacaan tahlil dan doa selamat selesai, para tetamu mula menikmati hidangan yang disediakan. kira-kira jam 9.30 semua tetamu telah kembali ke rumah masing-masing. yang tinggal hanyalah saudara-saudara terdekat Syed Zainuddin. Pelbagai topik perbualan yang mereka bualkan dan tak terkecuali Alia turut menjadi subjek untuk dibualkan.
“Kak Long, ni bakal menantu ke?” tanya Mak Ngah kepada Zafril.
“Ish, takdelah. Dia ni doktor yang rawat Kak Long masa dekat hospital,” balas Noraida.
“Ala, kak Long kalau bakal menantu pun apa salahnya. sesuailah dengan Zafril, kerja doktor pulak tu,” sambung mak ngah lagi.
alia yang berada di situ sudah panas punggung je. Pn Fauziah pula hanya tersenyum sahaja mendengar perbualan yang berkisar tentang Alia.
“A’ah kak long, uda rasa pun diorang tu sesuai. Lagipun, Zafril tu patutnya dah kahwin pun dalam umur camni. Ini tak, kerja asyik dengan perempuan-perempuan yang tak senonoh je. Hari tu saya nampak dia dengan seorang perempuan yang pakai tak senonoh. Lepas tu, esoknya dengan perempuan lain pulak, pakaian pun sama je…macam sarung nangka,” lepas sahaja mulut Mak Uda berkata-kata.
“Kak Long pun dah penat cakap dengan Zafril tu Uda… tapi dia buat tak tau je. Sakit hati akak ni,” balas Pn Noraida.
“Budak-budak muda sekarang ni memang macam tu… tak nak kahwin awal sebab takut dengan komitmen,” Pn Fauziah mengeluarkan pendapat. alia pula telah hilang entah ke mana, mungkin bengang kerana tak pasal-pasal dia menjadi subjek perbualan. Sedang Alia duduk mengelamun di hadapan kolam renang di vila itu, Zafril menegurnya.
“Hah, mengelamun je!” kuat suara Zafril.
‘Mangkok ni tak reti beri salam agaknya!’ gumam Alia.
“Hah, En Zafril sekejap saya pergi ambil paper work tu dalam kereta,” tiba-tiba Alia teringat tentang paper work yang diminta Zafril siang tadi.
“Paper work apa? Bila masa pulak saya mintak?” Zafril buat-buat tidak tahu. Dia telah menyalakan sebatang rokok dan menyedut dengan penuh nikmat.
“Kan petang tadi En Zafril yang suruh saya bawak,” balas Alia. Dia mula terasa tak selesa apabila asap yang dihembus Zafril mengenainya.
“Ada ea? Lain kali jelah awak bagi saya. Saya takde mood nak tengok paper work tu,” ujar Zafril.
‘Suka-suka dia je, kejap nak kejap tak nak… sakit hati aku! desis Alia.
kedua-duanya hanya mendiamkan diri sahaja. Alia menikmati keindahan malam yang diterangi dengan bulam purnama dan bintang yang bertaburan dengan khusyuk. ‘Betapa indahnya ciptaan Allah yang Maha Besar,’ detik hatinya. Zafril pula menikmati rokok jenama Salem. Sesekali mata nakalnya mencuri melihat Alia yang anggun berbaju kurung biru dan bertudung corak abstrak dari rona yang sama alaupun tanpa sebarang solekan.
‘Hai Zafril, takkan dah terpikat kot,’ satu suara dari dalam dirinya kedengaran.
‘Takde maknanya nak terpikat dengan dia ni… tak up to date langsung fesyen dia. tak macam awek-awek aku,’ sahut Zafril sendiri.
‘Kau jangan sombong Zafril… nanti Alia jugak yang kau cari akhirnya. Haha!’ suara tersebut bergema lagi.
“Ahh!!!” jerit Zafril kuat. Jeritan Zafril itu mengejutkan Alia.
‘Dia ni siuman ke tak? Tiba-tiba je menjerit! Ish, bahaya ni…,’ detik Alia.
“En Zafril ok?” tanya Alia.
“Err… ok,” jawab Zafril agak terpinga-pinga.
‘Peh, bengang siot aku!’ jerit Zafril didalam hati.
“Saya memang suka menjerit camni,” Zafril cuba memberi alasan.
‘Bangangnya alasa aku! Ah, peduli la,’ getus Zafril sendiri.
“Ohh…,” balas Alia.
keheningan diantara mereka berdua diganggu oleh bunyi deringan daripada handphone Zafril.
“Hello,” ujar Zafril.
“I tak boleh keluar lah malam ni. Rumah I ada buat kenduri,” Zafril membalas kepada si pemanggil.
“Aik, sejak bila pulak you suka terlibat dengan kenduri ni?? Kalau party tu yelah,” sinis bicara si pemanggil.
“Zu! Mulut tu jaga sikit! ni kenduri doa selamat untuk mama I lah,” ujar Zafril tegas.
“Alah, you memang selalu banyak alasan Ril. I dah kenal sangat dengan you tau tak! Hah, hari tu you usung perempuan mana?? you jangan ingat I tak tau apa you buat belakang I!!,”perempuan yang bernama Zu itu bertanya keras.
“Hei, suka hati I lah nak bawak perempuan mana! You sibuk apasal?!!”
“I sibuk?? I ni kan girlfriend you Zfril!” bentak Zu.
“Sejak bila pula you jadik girlfriend I?? I tak pernah pun anggap ou special girl I tau! You tu je perasa… I just anggap you macam perempuan-perempuan yang I kawan. Lagipun perempuan macam you tak layak untuk jadi special girl i! Setakat nak buat suka-suka je boleh la!” lancang mulut Zafril berbicara.
“You ni memang tak guna Ril!” Zu menjerit didalam telefon kemudian dia terus memutuskan talian.
“Huh, perempuan tak tau malu!” omel Zafril sendiri. kemudian dia teringat Alia yang berada disebelahnya tadi.
‘Alia dengar kea pa yang aku cakap tadi?’ tanya Zafril di dalam hati.
‘Kalau dia dengar pun, kau risau kenapa?’ satu suara lain dari dalam diri Zafril bertanya.
‘Nanti dia ingat aku ni lelaki yang suka main-mainkan perempuan,’ balas Zafril kepada suara hatinya sendiri.
‘Ala, kau memang macam tu pun! haha!!!’ suara tersebut megejek Zafril.
‘Ahh!!!’ bentak Zafril di dalam hati.
“Err… Dr Alia,” ujar Zafril sebaik berpaling ke sebelah kanannya.
‘Lah, bila masa pulak dia blah?’ omel Zafril apabila mendapati Alia tiada lagi di sebelahnya.
Kemudian Zafril terdengar namanya dipanggil oleh bapanya dari dalam rumah. tanpa berlengah, Zafril terus menuju mendapatkan bapanya.
“Ada apa yah?” tanya Zafril kepada Syed Zainuddin.
“Ni, Pn Fauziah dengan Dr Alia dah nak balik,” ujar Syed Zainuddin.
“Ooo…,” blas Zafril kemudian menyalami tangan Pn Fauziah.
“Nor, Jee balik dulu ya. jaga kesihatan tau,” pesan Pn Fauziah dan bersalam dengan Pn Noraida.
“Puan…,” giliran Alia menghulurkan tangan untuk bersalam.
Mereka sekeluarga menghantar Pn Fauziah dan Alia hingga ke pintu pagar.
best2..
ReplyDeletehehehe...
sambung lagi yer