cinta pantai pearl 7
Tepat jam 9.30 malam, Zafril memandu ke hospital. Ketika dia sampai di hadapan pintu wad, Alia sudah mahu pulang.
“Dah nak balik ke doktor?” tanya Zafril ramah.
“A’ah,”jawab Alia ringkas.
“Nak saya hantar sampai ke kereta tak?” sengaja Zafril bertanya sekadar untuk mengacau Alia.
“Tak payahlah En Zafril. Terima kasih banyak-banyak,” balas Alia terus berlalu.
“Betul ke ni doktor?” tanya Zafril kuat sambil tersengih-sengih namun Alia langsung tidak membalas.
Selang dua hari kemudian, baru Zafril dapat berjumpa lagi dengan Alia. Sebelum ini setiap kali Zafril datang melawat ibunya, Alia tidak bertugas. Keluar sahaja dari pintu lif, Zafril ternampak Alia sedang berbual dengan dua orang jururawat pelatih.
“Hai, Dr Alia,” tegur Zafril ceria.
“Err…hai,” Alia agak terkejut dengan sapaan Zafril.
‘Aduss, apsal mamat ni muncul lagi depan aku?’ desis Alia.
“For you,” Zafril mengunjukkan sejambak bunga ros yang sebenarnya mahu diberikan kepada ibunya.
“No, thanks,” balas Alia. Dua orang jururawat tadi sudah pergi tetapi mereka sempat juga melihat ketika Zafril menghulurkan bunga kepada Alia.
‘Mamat ni ingat dekat taman bunga ke? Nak main romantik-romantik! Please lah…,’ detik Alia sebal.
“Tak nak sudah, biar saya bagi kat mama saya,” sengaja Zafril berkata begitu untuk melihat reaksi Alia. Biasanya perempuan pantang diberikan bunga, pasti berseri-seri muka tetapi Alia tidak.
“Bagilah… Orang sakit bagus dapat bunga sebab ia merupakan salah satu terapi agar pesakit lebih ceria dan cepat sembuh,” balas Alia. Kemudian Alia terus berlalu meninggalkan Zafril yang macam blur-blur.
‘Betullah, dia ni takde perasaan langsung. Kalau girlfriend-girlfriend aku pantang dapat bunga, mesti senyum je memanjang,’ omel Zafril.
‘Tapi Alia tu bukan girlfriend kau!’ satu suara dari dalam diri Zafril kedengaran.
‘A’ah kan, ya tak ya juga,’ desis Zafril lagi.
Kemudian baru Zafril perasan, Alia telah jauh meninggalkannya. Tanpa berlengah dia berlari mendapatkan Alia. Perbuatannya itu menarik perhatian beberapa orang jururawat yang bertugas.
“Huii… siap kejar Dr Alia dengan bawa bunga tu!” bisik nurse pertama.
“Mesti nak pujuk Dr Alia,” nurse ke-2 menambah.
“Ha’ah kak, tadi masa lelaki tu nak bagi bunga dekat Dr Alia, doktor tak nak. Mesti dia tengah merajuk dengan lelaki tu,” nurse pelatih yang tadi bersama dengan Alia menyampuk.
“Ya ke? Patutlah dia kejar Dr Alia,” nurse pertama bersuara lagi.
“Romantiknya lelaki macam tu. Dah lah hari tu siap hantar Dr Alia sampai depan pintu bilik dia,” ujar nurse ke-2 mengimbas kembali kejadian dua hari lepas.
“Seronoknya kalau saya ada boyfriend macam tu,” nurse pelatih itu menyambung.
“Dr Alia, tunggu sekejap,” ujar Zafril tercungap-cungap setelah dapat menyaingi Alia.
“Alia, nantilah sekejap. Saya ada benda nak cakap dengan awak ni,” ulang Zafril lagi apabila Alia langsung tak mempedulikannya dan terus berjalan.
“Ok, stop!” Zafril berkata dengan agak kuat. Dia sudah berhadapan dengan Alia sekarang ini.
“En Zafril, this is a hospital. Could you please lower your voice,” bicara Alia.
“Okay, I’m sorry. Saya nak ucapkan terima kasih sebab merawat mak saya,” tutur Zafril agak perlahan.
“Sama-sama,” balas Alia pendek.
“And one more thing, I’m sorry coz scolded you last two days when my mom unconscious,” Zafril berkata lagi.
“It’s okay,” jawab Alia sambil menyelak-nyelak fail yang di pegangnya.
“Alia, awak dengar tak apa yang saya cakap ni?” Zafril bertanya dengan geram kerana Alia seperti tidak mengendahkan kata-katanya.
“Dengarlah, saya belum pekak lagi,” ujar Alia.
“Ok lah En Zafril, kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu,” sambung Alia sebelum memasuki biliknya.
‘Ceh, boleh dia tinggalkan aku macam ni,’ omel Zafril dan kemudian dia terus memasuki bilik rawatan mamanya.
“Assalamualaikum,mama… How are you feeling today?” tanya Zafril prihatin.
“Better than yesterday,” jawab Pn Noraida agak ceria.
“Eh, awal abang sampai hari ni? Biasanya lunch hour baru abang sampai,” sambungnya lagi.
“Abang cabut dari office,” jawab Zafril selamba.
“Hish abang ni! Kalau papa tau, mesti abang kena marah nanti,” balas mamanya.
“Ala, tadi pun papa tengah busy entertain client. Dia takkan cari punyalah kalau abang hilang.”
“Mama, nah bunga untuk mama. Special abang belikan,” Zafril menghulurkan jambangan bunga ros putih itu kepada ibunya.
“Thanks, abang,” ujar Pn Noraida sambil menyambut bunga yang dihulurkan.
Perbualan anak beranak itu terhenti seketika apabila Dr Alia masuk.
“Minta maaf puan kerana mengganggu” bicara Alia sopan.
“Takpe doktor,” balas Pn Noraida.
“Saya datang ni sebab nak minta tandatangan persetujuan daripda puan untuk pembedahan pemindahan buah pinggang yang akan dijalankan pada hari Khamis depan,” ujar Dr Alia berhati-hati. Waktu-waktu begini, dia perlu menjaga emosi pesakitnya yang berkemungkinan dalam keadaan risau menunggu untuk di bedah.
“Bukan suami saya dah tandatangan ke?” tanya Pn Noraida.
“Ya, memang suami puan dah tandatangan tapi itu untuk waris pesakit. Yang ini tandatangan dari pesakit sendiri. Saya ingat nak minta puan tandatangan semalam tapi keadaan puan belum memuaskan masa itu,” jelas Alia.
“Ohh, macam tu. Baiklah, saya akan tandatangan,” Pn Noraida. Tangannya sudah mencapai pen yang diberikan Alia dan bersedia menurunkan tandatangannya.
“Terima kasih puan,” ujar Alia seraya mengambil kembali borang yang telah ditandatangani oleh Pn Noraida.
“Doktor..,” panggilan Pn Noraida membuatkan Alia berpaling semula kepadanya.
“Nah,” Pn Noraida menghulurkan sekuntum bunga ros putih yang di ambil dari jambangan kepada Alia.
“Takpe lah puan,” tolak Alia lembut.
“Ambillah, ikhlas dari saya,” ulas Pn Noraida.
“Terima kasih, puan,” dengan teragak-agak Alia mengambil. Kemudian dia terus berlalu, tetapi tidak sampai seminit Alia sudah terbersin-bersin.
“Dr Alia, doktor alergik dengan bunga ke?” tanya Pn Noraida cemas.
“Err..Ya puan,” jawab Alia sebelum dia terbersin lagi sekali.
“Saya tak tahu pula,” balas Pn Noraida. Perlakuan Alia itu mengingatkannya kepada seseorang…
“Abang, ambil bunga pada Dr Alia tu. Karang lagi teruk dia bersin,” arah Pn Noraida kepada Zafril yang ketika itu sedang membaca surat khabar.
Tanpa banyak kata, Zafril terus mengambil bunga di tangan Alia. kemudia dia sempat berbisik,
“Apalah… dengan bunga pun alergik ke,” sinis bicara Zafril.
‘Habis tu dah memang aku alergik, nak buat macam mana!’ balas Alia didalam hati sambil menjeling Zafril.
“Saya minta maaf ya doktor,” ujar Pn Noraida.
“Takpe puan,” balas Alia dan ingin berlalu keluar dari bilik itu.
“Dr Alia, bila nak bincang pasal seminar tu?” pertanyaan dari Zafril membuatkan langkah Alia terhenti.
“Minggu depan boleh?” tanya Alia kembali.
“Boleh, tapi sebelum hari Khamis ya,” ujar Zafril.
“Sebelum hari Khamis? saya rasa, saya tak boleh la coz Isnin hingga Rabu saya outstation,” jawab Alia.
“Habis tu bila lagi? seminar tu kan hujung minggu ni. Cubalah doktor fikir sikit, masa dah suntuk. Nanti kalau semuanya tak berjalan dengan lancar, pihak doktor salahkan hotel kami pula,” tutur Zafril tegas.
“Abang…,” tegur mamanya. Dia kurang senang mendengar bicara Zafril yang kedengaran agak lancang.
“Yelah mama, abang nak tolong dia tapi dia yang melambat-lambatkan,” jawab Zafril.
‘Leceh la dia ni! Aku bukan sengaja nak melambat-lambatkan tapi aku ada komitmen lain!’ omel Alia di dalam hati.
“Baiklah En Zafril, hari Isnin kita bincang. Jam 9.00 pagi dekat coffee house Hotel Pearl,” putus Alia.
“Ok!” jawab Zafril. Alia terus berlalu, dalam fikirannya sibuk memikirkan bagaimana hendak memberitahu pengarah bahawa dia akan tiba agak lewat sedikit berbanding dengan pegawai-pegawai perubatan yang lain.
Comments
Post a Comment