di tempat baru

ehh..kenapa kaki tak jejak lantai bila turunkan kaki dari katil?kenapa tinggi sangat katil ni?kenapa kecik sangat katil ni?mana katil queen size sebelum ni??deyyy..sila sedar diri sekarang yang kau berada di kolej kediaman UiTM Melaka!bukan lagi dekat rumah..dan kau beradu di tingkat atas katil double decker ye.sila terima kenyataan!

saya tak suka kampus Lendu ni…dah lah jauh nak pergi kelas, habis cair mekap I tau sebab berpeluh-peluh.huh!nasib baik lah sebulan je..habis lah, terhakis lah lemak2 yang saya ternak selama 6 bulan.haihh..tak dapat lagi dengar Hot FM dalam kereta macam sebelum ni sambil mata meliar tengok mamat2 hensem dalam kereta sebelah time berenti dekat traffic light..*kau memang gatal!!

jari2 yang agak kaku untuk menulis, kembali cergas menyalin segala nota dan menekan kalkulator untuk mengira.kembali memakai t-shirt dan jeans untuk ke kelas..yaa, itulah pakaian rasmi saya pergi ke kelas kecuali hari Isnin.tidak dilupakan sekadar menyarung pumps atau sandal nipis, tiada lagi high heels 2 ½ Vincci..handbag juga sudah bertukar ganti kepada beg tepi yang besar untuk memuatkan segala buku, fail, planner, kalkulator, pencil case, tumbler air dan juga kad matrix.

ohhh..sudah kembali boleh tidur diwaktu petang!!haha..setelah 6 bulan mengajar mata untuk tahan tak tidur di siang hari, kini tabiat itu kembali semula apabila status sudah bertukar menjadi student.

haaa..jangan risau, saya tak lupa dekat kakak2 dan abang2 saya di Finance dept IRDA. kamu semua sentiasa Dekat Di Hati..ok tiba2 promote TV9 punya tagline. how’s the office guys?

sudah lah, sudah lah..saya mahu kembali ke novel Colin Drury yang bertajuk Cost and Management Accounting.harap2 ianya seronok!!haha…

Comments

  1. mada!!!! rindunye kat kamu ye... sian abg2 long rindukan madah.. hahahaha... so, best kan kembali ke student's life... matlamat lepas ni:- study & crk abg2 senior yg hensem... hahahaha... ke madah still igtkan kekasih hati di IRDA? hehehe (*i think u know who he is.. hahaha*** rahsia kt ber-2)

    ReplyDelete
  2. sengal la.patot r cam penah dengar name COLIN DRURY tu..bajet2 mmg novelis seblom aku bace ayat dan tajuk buku tu sampai abes.seblom tu dah kuar muka detective conan.ah..ko mmg suka mmbuat ayat penuh fantasi..mun..aku rindu ko ni..sampai ati ko.tepon aku pon payah.weh.slamat study taw.lepaskan dendam sebab bengang ngan soalan final aritu..ahhh..TAK PUAS ATI..!!!

    ReplyDelete
  3. kak zue: sy juga rndu kn abg2 long sy..huhu!!baiklah, sy akan mengikut kata kak zue utk m'cari snior2 ensem.haha!!shhhh..diam2.tu rhsia krajaan 2..huhu...

    cik tikus: haha!!gaya aku rajin jek nk bce novel time2 gini.aku jugak rndu kamoo!!alala, kredit x bpe m'izinkan la dear.okeh2!!akn ku score utk costing ni!!yeahhh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China