Backpacking to Kerala, India (Part 10)


Yeayyy sikit lagi nak habis entry India!*lama betul lah peram entry ni* Sebelum tu sila check out Part 9


Varkala - Day 10 (9/10/2016)

Fuhhhh dah masuk episod ke-10 makna nya dah 10 hari aku meninggalkan tanah air yang terchentaaa demi sebuah pengalaman. Gittewwww!

Morning Varkala!!
Pagi ni cuaca mendung tapi perut aku tetap mintak diisi. Jom breakfast! Kemain American breakfast dekat restoran resort. Pagi ni plan aku nak cari guesthouse yang aku dah book, menurut maps dekat je. Tapi sampai ke sudah tak jumpa pun.

Pagi-pagi jalan tepi pantai sambil tengok orang belajar surfing. Kalau nak tau kat Varkala Beach ni memang tempat favorite untuk surf sebab ombak kuat. Tapi beach dia tak bersih sangat, banyak anjing liar berkeliaran. Itu yang aku tak gemar sikit.

Pukul 12 aku check out, dan minta receptionist tolong call auto rickshaw untuk hantar aku ke hostel yang aku dah book. Actually tak jauh mana pun jarak antara Clafouti Beach Resort dengan guesthouse tu.

Sampai guesthouse M.K Gardens aku nampak owner dia tengah mop lantai. Lama gak lah aku tunggu nak check in sebab dia kata bilik tak ready lagi, lantai bilik basah kena tempias hujan malam tadi. So. dia nak make sure lantai dah betul-betul kering baru aku boleh masuk bilik. 

Inilah bilik aku dekat sini..feeling sangt siap ada kelambu! Actually aku book share room, tapi dapat bilik ni pulak! Rezekiiii..=)


Aku nak melepak kat bilik pun panas sebab takde elektrik akibat kena sambar petir ke apa ntah semalam. Maka internet pun takde lah, daripada aku krik-krik tak tau nak buat apa baik keluar.
Ayuh lah kita mencari restoran untuk lunch! Banyak pilihan restoran dekat sepanjang cliff ni, pilih je mana yang berkenan tapi make sure yang takde serve pork lah ye! Semua restoran menghadap pantai. Bless!!

Aku makan dekat ABBA Restaurant & Everest German Bakery sebab nampak macam proper dan bersih. Pilihan makanan selamat mestilah vegetable fried rice. Sambil makan sambil people watching dan jugak online!

pic credit : Google

Lepas makan terus balik guesthouse, nasib baik dah ada elektrik! Maka boleh lah online melayan segala social media. 

Petang tu hujan lagi, maka memang aku memerap je lah dalam bilik sampai malam. 





Expenses :
Breakfast @ hotel - INR130
Room - INR1088 (VISA)
Tuktuk to M.K Gardens - INR50
Lunch @ ABBA Restaurant - INR180


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China