Backpacking to Kerala, India (Part 8)

Haaa..siapa belum baca Part 7 ??!! Pergi baca dulu okay sebelum sambung membaca entry ni!


Thekkady - Day 8 (09/10/2015)

Good morning!!

Pagi ni kan dah janji dengan babuji Rasheed nak pergi Nature Walk dengan 2 orang awek Germany bilik sebelah. Maka haruslah bangun awal dan siap-siap since kena turun bawah around pukul 7 macam tu. Aku breakfast biskut je dengan air chocolate instant.

Rasheed pun dah get ready dalam jeep dia untuk hantar kitorang dekat Periyar National Park tapi sebelum tu kena singgah national park punya office untuk register dan beli tiket since aku takde tiket lagi. 

Mari kita teruskan perjalanan! Rasheed hantar sampai depan pintu masuk Periyar National Park.

Periyar National Park and Wildlife Sanctuary (PNP) is a protected area in the districts of Idukki and Pathanamthitta in Kerala, India. It is notable as an elephant reserve and a tiger reserve. The park is often called the Periyar Wildlife Sanctuary or Thekkady.

Nak masuk ke dalam tu boleh tahan jauh nak kena jalan, dan tetiba...ada sekawan babi hutan!! Aku dah cuak, awek Germany berdua tu pun sama tapi masing-masing buat chill. Gila kau kalau kena kejar memang sia-sia je! Fuhhh..nasib baik babi hutan tu tak membabi buta.=P.

Dah sampai ke tempat nak start nature walk tu kena pergi pejabat ranger dulu sebab nak kena register lagi. Lepas tu, diorang akan bagi ini...

Supaya pacat tak menyelinap masuk ke dalam seluar!! Hahahaha..

Nature walk ni lebih kurang 7km yang akan ambil masa hampir 2 jam. *pengsan*

Sebelum nak start nature walk, tetiba ranger tanya berapa yang kitorang bayar dekat national park office sebab minimum payment ialah INR1200 (4 person). Agaknya sebab nampak kitorang bertiga je, itu yang diorang tanya. Awek Germany tu dah bengang dekat pukul 8 masih tak start lagi sebab diorang lepas ni nak terus ke Alleppey naik bot. Kau dok argue dengan ranger ni pun tak guna, sudahnya kena bayar untuk lagi 1 ticket since masing-masing sebelum ni bayar cuma INR300 je.

"Can we start now???" si awek Germany tanya dengan bengang. Hahaha! Aku malas sangat nak ambik port.

Penat gila nature walk ni! Sumpah menyesal aku pergi. Hahaha! Nampaklah gajah liar sekor tengah makan selain daripada serangan pacat yang bertubi-tubi! Serius banyak gila & besar-besar pacat dekat sini!!

Kesimpulannya, aku tak recommend sangat Nature Walk ni. Tapi view cantik gak lahhh...

2 orang awek Germany & renjer


TIPS: Sila pakai boot/sport shoes yang bersesuaian semasa nature walk sebab trail nya agak licin.

Naik bamboo boat ni cuma nak merentas sungai je.. Ohh itu lah 2 orang awek Germany yang tengah gigih buang pacat yang masih melekat dekat kasut/seluar.

Renjer hutan yang gigih menarik bamboo boat

Masing-masing dah penat, kitorang naik je lah auto rickshaw yang dah menunggu. Kali ni aku yang bayar sebab tadi kan aku tak bayar untuk harga tiket yang extra tu.

Memandangkan badan dah berlengas, sampai bilik je terus mandi. Then, aku keluar pergi lunch dekat tepi jalan dekat dengan homestay selepas di recommend oleh Cheryl. Dia kata sedap..tapi aku tak boleh nak masuk pulak, makan pun tak habis. Singgah jugak lah ada satu kedai runcit ni, beli jajan buat aku mengunyah dikala kebosanan.

Semalam plan konon petang nak pergi naik bot, tapi sebab dah malas penat memang aku melepak je lah dalam bilik! Hahaha.. Itu lah yang best kalau kau travel solo, ikut suka kau lah nak buat aktiviti apa. Ok jangan contohi aku sangat!!

Malam sudah semestinya duduk dalam bilik, buat rutin packing backpack since esok pepagi dah kena check out untuk berkejar ke bus station!

Good night!



EXPENSES:

Jeep (pay to Rasheed)   - INR100
Nature walk                  - INR300
Rickshaw to homestay  - INR130
Mineral water                - INR20
Lunch                            - INR75
Jajan                              - INR40


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China