Backpacking to Kerala, India (Part 5)
Mungkin ada yang dah lupa cerita sebelum ni kan?
So untuk refresh boleh klik Part 4
Gittewwww!! Ayuh teruskan dengan hari seterusnya...
Alleppey to Munnar - Day 5 (04/10/2015)
So untuk refresh boleh klik Part 4
Gittewwww!! Ayuh teruskan dengan hari seterusnya...
Alleppey to Munnar - Day 5 (04/10/2015)
Hujan renyai-renyai tapi aku bangun awal sebab kan plan nak naik bus pergi ke Munnar pukul 9.30 pagi dari Alleppey. Gigih okay mandi sejuk-sejuk camtu, kalau dekat rumah..time weekend/cuti jangan harap lah nak mandi awal pagi, selagi belum azan Zohor memang tak nampak bayang kat bilik air tu.
Aku dah siap semua, turun bawah terus bagi kunci kat Gobi sementara tunggu babuji datang jemput. Padahal patutnya aku kena lah pergi sendiri since dah check out kan, tapi babuji tu yang gigih nak hantar pergi bus station.
Haaa babuji datang dengan Honda City gitu, yelah kan hujan. Sampai ke kaunter bus dia hantar aku dan siap tanyakan bus, alih-alih bus pukul 9.30 cancel dan bus yang ada pukul 2 je. So aku macam ok lah, takpe je kalau nak mereput kat bus station tu. Tapi uncle tu kata, balik semula ke homestay. Nanti pukul 1 dia suruh orang dia datang hantar aku pergi bustand semula. Serius aku rasa babuji ni dah macam bapak-bapak pulak, kemain risau dengan aku.
So, balik semula ke homestay aku melepak-lepak je dalam bilik. Pukul 12 lebih macam tu aku dah turun bawah, tunggu orang yang nak datang ambik. Kalau dia tak datang, aku boleh je tahan rickshaw kat depan homestay ni. Ehh ada babuji lain yang datang naik motor. Lepas tu babuji X tu call babuji pass hp kat aku. Kemain babuji pesan, babuji X tu akan make sure tunggu sampai aku naik bus yang betul. So aku tak payah risau. See macam bapak2 kan...
Maka kami pun merempit lah ke bus station. Pukul 1 lebih camtu dah sampai. Babuji X tanya dekat kaunter mana bus nak ke Munnar. Dia suruh aku duduk je dulu.
Aku berharaplah naik bus aircond yang warna oren macam sebelum2 ni, alih-alih bus 'free aircond' aku naik. Ok, bertabahlah! Walaupun masa ni hati aku ada sikit goyang, "Should or should not aku teruskan journey ni."
seat tegak beteiiii
Bus bertolak pukul 2 petang dan aku pun ambik seat tepi tingkap, fefeeling lah kononnya. Sekali hamek kau memang makan debu je lahhh. Redhoo!
Bus akan berhenti kat few stations, if ada yang nak terkucil ke. Tapi aku tak turun pun since rasa tak selamat nak tinggalkan beg-beg dan aku jamin seat aku mesti nanti ada orang lain yang akan duduk.
7 jam beteiii! Nak patah pinggang aku..nak naik ke Munnar betul-betul adventure, jalan dia macam Cameron Highlands. Bus pun kemain corner maut! Gila wehhhh..memang aku mengucap banyak-banyak. Dah lah time selisih dengan bus lain pun rapat gila, sejengkal je jarak. Dan muka aku sempat lah kena libas dengan dedaun pokok, yelah kan bus takde tingkap! Pehh pedih!
Masa bus berhenti kat Devikulam station, akhirnya ada foreigner yang naik bus tu. Sempat lah aku berborak kejap. Perempuan tu dari New Delhi, kawen dengan mat saleh Canada. Kiranya travel dengan suami dan sorang lagi kawan dia all around India. Dia tak expect pun aku travel sorang sebab dia sendiri tak berani nak travel sorang dekat India. Aku cuma sengih je lah...
Dan sejuk gila okay bila dah sampai atas tu, lagi pulak dah malam. Aku tak advise korang untuk ambik bus yang sampai sini malam. Aku sebab memang dah takde choice. Kalau tak silap aku ada 1 bus pukul 7 pagi dari Alleppey.
Sampai dekat Munnar bus station dekat pukul 9. Sebelum tu aku dah email dekat homestay aku yang aku naik bus pukul 2 apa semua. Pastu siap request rickshaw datang ambik sebab yelah dah malam kan. Aku dah lah dengan takde internet, memang gamble je lah turun bus. Bila ada driver rickshaw datang approach, aku bagitau yang guesthouse aku dah hantar orang untuk jemput. Pehhh konpiden gila!
Tak lama lepas tu ada sorang babuji montel ni datang kat aku, "Hamadah? Book Rheinberg?"
"Yes! Are you Kapil?" Aku sempat lah baca email reply dr guesthouse aku bagitau yang nanti ada driver nama Kapil datang amik.
Terus aja babuji Kapil ajak aku naik rickshaw dia. Fuhhh..nasib baik babuji datang on time.
Dekat depan kedai makan, tiba-tiba ada sorang mamat jump in naik rickshaw kitorang. Aku macam..ehh apahal pulak ni? Cubaan menculik aku ke?
Rupanya dia manager guesthouse, Kapilan! Gelap betul dia ni, aku nampak gigi dia aje. Wehhh ini serius!
Huuu kena mendaki bukit nak ke Rheinberg Home Stay okayyy. Nasib baik Kapilan yang angkat backpack aku yang boleh tahan berat tu. Kekeke! Dah sampai guesthouse dia terus bagi kunci and tunjuk bilik aku. Dia bagitau kejap lagi dia datang bawak aku pergi vegetarian restaurant Saravana Bhavan dekat simpang bawah untuk dinner. Agaknya dia boleh agak kot aku tak makan lagi. Yelah lemau semacam je.
Aku bantai vegetarian fried rice! Setelah 5 hari tak makan nasi, akhirnyaaaa dengan lahap aku bedal nasi tu. Tapi vegetarian freid rice dekat sini serius sedap! Plus, restoran ni recommended by Trip Advisor. So, sila makan dekat sini kalau dah sampai Munnar okay.
tetap nak alas dengan daun pisang walau hakikatnya aku makan dalam bekas tu
*aku dok telan air liur tengok gambar ni*
Dah kenyang balik tidur lah apa lagi! Tadi dah tanya kat Kapilan untuk tour esok, dia kata pukul 9 pagi esok rickshaw datang. So aku pun ok je lahhh...
Sejuk gila dekat sini wehhh..bilik takde aircond pun tapi aku dah rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik dapat selimut tebal, apalagi memang aku bergulung lah...Lagipun penat dan sakit pinggang naik bus 7 jam tak hilang lagi, maka memang eloklah kiranya aku membuta.
Good night!!
Expenses :
Bus ticket (Alleppey - Munnar) - INR132
Dinner - INR270
Sejuk gila dekat sini wehhh..bilik takde aircond pun tapi aku dah rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik dapat selimut tebal, apalagi memang aku bergulung lah...Lagipun penat dan sakit pinggang naik bus 7 jam tak hilang lagi, maka memang eloklah kiranya aku membuta.
Good night!!
Expenses :
Bus ticket (Alleppey - Munnar) - INR132
Dinner - INR270
Comments
Post a Comment