Backpacking to Kerala, India (Part 6)

Macam biasa untuk refresh previous entry boleh klik :
Part 5


Munnar, India - Day 6 (05/10/2015)

Morning Munnar!!
Ohoiiii sejuk gilosss ni! Padahal bilik takde kipas/aircond. Aku gosok gigi+cuci muka je, lepas tu jom kita keluar pergi breakfast. Restoran pilihan ialah yang semalam. Aku makan dosa lagi...


Dah siap breakfast, balik guesthouse lah..kan nak pergi tour area Munnar kejap lagi. Masa nak mendaki bukit, berselisih dengan sorang mat saleh kacak yang mampu buat aku jatuh tergolek ke bawah! Sempat lah senyum dan greet 'Good morning' Hihihi. Pagi-pagi dah cuci mata tau!

Sampai bilik terus mandi ala-ala je sebab sejuk gila ok, ada water heater pun suam-suam kuku. Pukul 9 Kapilan dah ketuk pintu bagitau yang auto rickshaw dah sampai. Alih-alih rupanya babuji Kapil yang jadi tour guide/driver. Cehhh..bukan main lagi semalam Kapilan kata kawan dia yang nak datang. Cakap je lah babuji Kapil kan senang.

Cuaca macam mendung gloomy2 gitu. Tapi tak hujan pun, boleh tahan sejuk jugak lah.

Babuji Kapil ni sejenis gigih nak jadik photographer..kemain lah dia suruh aku posing ala2 hindustan gitu. Celah2 rumput lah, ladang teh lah..hahahah aku pun layan kan aje.



Fuhhhh view kat Munnar lebih kurang macam Cameron Highland. Saujana mata memandang dengan ladang teh yang menghijau. Bezanya cuma dekat Munnar takde ladang strawberry.

Lama jugaklah tour tu...puas hati aku! Babuji Kapil siap bawak sampai ke border Tamil Nadu lagi. Aku pun sempat lah menyinggah beli teh. Macam-macam flavour ada.

Mr Muddy berehat di tepi Mattupetty Dam

The dam of Mattupetty is a storage concrete gravity dam. The dam was constructed under the Pallivasal Hydro-electric project in the late 1940s, for the purpose of water conservation and power generation. Now the dam is a vital source of electricity generation in Munnar and also a haven for many wild animals and birds due to its constant water availability.

Babuji Kapil ceritalah yang dekat Munnar ni banyak gajah liar, kadang habis rosak ladang teh. Mula-mula aku macam tak caya, sekali masa nak turun tu ada a group of wild elephant! Kemain excited aku! Hahaha..

DSLR aku buat hal, itu yg blur gambar! Pfttt

Sesungguhnya Babuji Kapil ni rajin borak, masa tengah borak2 tu tiba-tiba dia mintak nak tengok gambar Kuala Lumpur! Ahhh sudah..dalam handphone aku entah ada ke takde. Aku scroll gallery, fuhh nasib baik ada lah few pictures KL Tower/KLCC/Bangunan Sultan Abdul Samad. Excited babuji Kapil bila tengok bangunan tinggi-tinggi. Dia kata teringin nak keluar dari India tapi dia tak kaya. Sedih pulak aku dengar :-(

Memandangkan sejuk dan aku nak terkucil so tak terus singgah lunch. Babuji Kapil sempat tunjuk satu kedai HALAL kat tengah town Munnar tu, Rapsy Restaurant. Yeayyy boleh makan lauk ayam! Hahaha..

Back entrance 
*pic credit to Google*

Front entrance
*pic credit to Google*

Lepas dah siap solat apa semua, ayuh lah kita pergi lunch! Tak jauh mana pun jalan kaki nak ke restaurant tu. Aku order egg fried rice dengan chilly chicken! Fuhhh...sedap dan portion sangat banyak. Aku siap tapau half untuk buat makan malam nanti. 

Lepas tu apalagi, sambung golek-golek dalam bilik sambil tengok tv. Nasib baik tv kat sini ada channel luar sebab dia guna Airtel (ala2 Astro). Check email office jugak antara aktiviti aku. Haaa nampak tak pekerja gigih disitu. Hahaha!

Lapar! Maklumlah sejuk2 ni kan..nasib baik tapau balance nasi goreng tadi. Burppp!
Aku siap-siap packing backpack sebab esok kan nak menuju ke next pit stop. Jom tido!


Good night, Munnar!!



Expenses :
Breakfast - INR80
Tuktuk tour - INR700
Lunch - INR280
Tea (2 boxes) - INR200
Room (2 nights) - INR2500

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne