Backpacking to Kerala, India (Part 11)

Yeahhhh!! Mari kita meneruskan perjalanan ke daerah seterusnya yang bakal menjadi pit stop terakhir aku dekat India untuk trip ini. Untuk previous entry sila lah klik link bawah ni :



Varkala to Ernakulam - Day 11 (10/10/2015)

Bangun pagi aku terus siap-siap nak check out sebab nak kena naik keretapi pagi. Tapi tunggu punya tunggu entah mana menghilang owner guesthouse ni. Ini kalau tunggu lagi memang aku terlepas keretapi. Aku letak 500 rupees sebab aku takde duit kecik, sepatutnya harga bilik 400 rupees je. Aku sempat lah tulis note sikit bagitau yang aku terpaksa check out without waiting for him. 

Aku terus cari auto rickshaw dan mintak hantar ke railway station. Tambang auto nak ke railway station kali ni harga separuh je daripada yang haritu. Cisss betul! Sampai railway station terus ke kaunter, bagitau nak beli tiket ke Ernakulam Town. Aku naik Cape Mumbai Express, ikut jadual pukul 9 macam tu tapi dekat India memang biasa lah kalau keretapi delay tu. Bertolak pukul 9.45 dan memakan masa 4 jam! Dekat tiket memang ada nombor seat tapi konsepnya free seating jugakkk. 

Masa dalam keretapi ada staff yang akan check tiket to make sure kau berada di gerabak/class yang betul. Kalau tiket kau 3rd Class tapi ada dekat gerabak 2nd Class, memang kena saman which is way expensive than the original price ticket! Nak dijadikan cerita, mamat seat sebelah aku ni tiket dia untuk gerabak 3rd Class tapi dia duduk dekat 2nd Class. Memang kena bayar denda lah jawabnya! Kesian jugak aku tengok dia sebab dia macam blur-blur, tak tau lah kot first time naik keretapi ke apa.*bajet macam aku dah terer naik keretapi kat India*

si hijau aku terperosok kat bawah seat

4 jam dalam keretapi memang aku tak tidur, sembang dengan uncle yang dudk seat depan aku. Nasib baik dia boleh speaking. Mungkin bekerjaya, sebab dia berkemeja smart dan carry briefcase.

Dalam keretapi memang ramai yang akan jual makanan, vegetarian nasi beriyani pun ada! Tapi memandangkan risau perut aku buat hal, maka aku beli vadai je buat alas perut. Yelah, pagi tadi mana sempat nak breakfast.

boleh tahan sedap!

Sampai station Ernakulam Town lebih kurang pukul 2, keluar tu terus cari auto rickshaw dan tunjuk address guesthouse yang aku dah book. Mula-mula driver auto tu macam tak tau, nasib baik ada HERE Maps aku. Sampai jugak depan St. Anthonys Lodge yang terletak dekat ceruk mana ntah. 
Tapi owner dia, Rafeal baik dan sangat helpful. Agaknya dia nampak aku macam penat gila, dia suruh masuk je bilik terus tak payah kisah pasal payment dulu. Bilik memang sangat basic dan ala2-ala rumah tumpangan Ah Keong. Hahaha! Tapi bedal je lah since aku stay kejap je kot, buat tempat mandi dan rehat kejap since flight aku esok pepagi buta.

Aku sempat basuh baju dan selamba je sidai dekat tepi tingkap, asal boleh...hahaha! Dah lepas mandi & solat, ayuhlah kita mencari makanan. Memandangkan takde wifi dekat lodge ni, pilihan terbaik ialah bertanya kepada Rafael Nadal dekat mana boleh dapat makanan HALAL/vegetarian. Rafael suggest satu restaurant Saravana Bhavan (branch resto yang sama macam dekat Munnar!) yang terletak dekat area situ jugak. Macam biasa order nasi goreang vegetarian dan tapau separuh sebab portion banyak. Boleh buat makan malam nanti!

Dah lepas makan terus balik ke lodge sebab panas gila kot, tak gigih lah aku nak berjalan! Golek-golek kejap dalam bilik dengan perut kenyang memang bahagia! Kehkehkeh..Yelah nak online pun mana ada wifi.

Bila dah redup sikit, aku pun berjalan lah keluar usha-usha kawasan. Actually Ernakulam ni tak menarik sangat lah compared to Kochi. Aku sempat singgah Ernakulam market, kot lah ada souvenir tapi hampeh. Pasar as in pasar yang kotor camtu.-_- To kill the time aku naik lah boat cruise, saja feeling walaupun takde view menarik. Nak layan sunset pun tak sempat sebab aku naik boat tu awal sangat, lagipun kalau nak tunggu sunset memang dah gelap dan cuak aku nak berjalan balik ke lodge sorang-sorang. Jangan buat pasal!

penuh cahaya keimanan muka aku. Kehkehkeh!

Dah jom balik, Maghrib dah! Solat apa semua pastu bergolek-golek lah atas katil sambil tulis journal perjalanan. Gittewww! 
Backpack pun takde apa yang nak dikemas, cuma aku tunggu baju kering je untuk sumbat masuk dalam beg. Nasib baik panas dan atas bantuan kipas angin yang dipasang speed paling laju, dah nak kering baju yang aku jemur. Kihkihkih!




Expenses :

Tuktuk to train station - INR80
Room @ M.K Gardens - INR500
Train to Ernakulam - INR120
Biskut - INR25
Vadai dlm train - INR20
Tuktuk from train station - INR150
Lunch - INR100
Boating @ Ernakulam - INR100


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China