Ramadhan Day-6

sahur seperti orang berpuasa pulak..huhu!!almaklumlah, hari ini kelas penuh dan tak balik tengah hari.so, tak boleh lah nak curik2 makan pada waktu tengah hari.hehe!!

kelas FAR takde hari ni sebab lecturer kami MC..mungkin dia demam kot.haa, bercakap pasal demam saya pun dah mempunyai simptom2 demam.ohhh, janganlah sekarang ya encik demam nak datang melawat sebabnya minggu ini adalah minggu nyawa2 ikan..sangat sesak ya kerana banyak assignment yang perlu di hantar, test berderet dan juga presentation.haihhh...

hari ini start untuk permohonan kemasukan ke Ijazah bagi semester hadapan..masih di dalam dilema untuk memilih kerana merasakan masih tidak mempunyai kekuatan untuk tekadkan hati ke arah Bachelor in Accountantcy (B.Acc)...tunggu balik ke rumah untuk meminta pendapat orang2 yang lebih berpengalaman dan kalau saya aju kan pertanyaan kepada akak2 dan abang2 di IRDA, sudah tentu mereka akan menyuruh saya memilih B.Acc..menurut kata mereka, masa belajar memang susah tapi dah kerja nanti senang.tapi saya cukup kuat ke untuk menghadapi akaun sepanjang 2 1/2 tahun??sedangkan diploma ini je pun sudah agak sakit..tapi kalau saya ke B.Acc, rugilah information system yang sudah tersemat didada untuk 3tahun walaupun subjek2 AIS takdelah excellent tapi lagi ok dari akaun..haihhh.jika masih buntu, istikharah itu adalah yang terbaik untuk membantu saya rasakan..

yeahhhh!!ke bazar lagi hari ini..dan duit pun mengalir dengan derasnya.kali ini kami semua berbuka puasa beramai-ramai di KFC.wahh3!!meriah gitu...dan orang yang tak puasa ini makan mengalahkan orang yang berpuasa dengan Nasi Kerabu, KFC Snack Plate, Kebab dan Bakso.dushh2!!pelahap punya budak..

aktiviti di malam hari...mari menyiapkan assigment IPK sambil tengok cerita Epilog Syurga Cinta.hasilnya??hanya satu perenggan je assignment yang berjaya di taip.huhu!!


k daa..c u tomorrow.;p

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne