yeah3!!kawen!!

ok, tajuk entry sangat miang+gatal ye..eh, eh...jangan salah anggap.bukan saya lah yang kawen tapi roommate saya.ala, kan saya dah cerita hari tu dekat entry ini
haa, nama pengantin ialah NABIHAH & MOHD JAMIL..mereka berdua ni asal dari Kelantan, seorang di Rantau Panjang dan seorang lagi di Bachok. Umur mereka pula adalah sebaya iaitu 21 tahun.ehh, apasal dah macam buat biodata pasal mereka berdua pulak ni..hishhh..
sebelum saya membebel dengan panjang lebar mari kita saksi kan sedikit gambar2 sepanjang majlis berlangsung ya..seperti biasa saya menjadi cik tukang ambik gambar tak bertauliah


sempat membeli beberapa helai kain utk di buat baju kurung..hehehe!!


poket jugak sudah semakin nipis di sebabkan berbelanja sakan di Rantau Panjang..adehhh.mana den nak cekau duit ni??haaa, tunggu duit raya la..hehehe!!

ok, habis sudah cerita pasal kawen..nak sambung cerita pasal kisah putus cinta pulak.
roommate saya yang lagi seorang baru saja bertukar title menjadi single kembali..akhirnya, hubungan mereka sampai ke penghujungnya.mungkin ini adalah keputusan yang terbaik sebab masa time sakan berchenta, roommate saya ni kerap lah berendam air mata..keja dia melalak je!adehhh..saya pun dah tak tau nak buat apa time tu, tapi hari tu masa dia buat keputusan untuk putus dengan mamat sengal itu, setitis air mata pun takde.hebat kan??
kenapa saya panggil mamat itu sengal?sebab dia boleh langsung tak contact roommate saya tu dekat sebulan masa mereka masih menjadi pasangan bercinta tapi sekarang ni bila dah putus, rajin pulak ye kau mesej2 siap kejut bangun sahur lagi.amboii!!masa bercouple dulu jari kau patah ke sampai tak boleh nak bagi walau 1 mesej pun??

haa, ini lagi satu kes...member zaman sekolah saya pun barulah putus dengan awek dia..puncanya sebab si awek ni duk sakan bergambar dengan lelaki lain tanpa memakai tudung.menurut kata si member saya ni, sebelum ini tak pernah2 pulak si awek bergambar tanpa tudung..oleh sebab kemarahan sudah memuncak, makanya status di FB pun menceritakan kesalahan si awek.itu tak kisah sangat lah, tapi yang sangat2 tak boleh blah mereka berdua boleh bergaduh2 plak di FB.woiii!!tak malu ke??nak bagi semua orang tau ke?tak perlu kot nak gaduh di public even hanya di FB.ntah ape2 je lah..lepas tu selang 2,3 hari selepas sesi menyalahkan diantara satu sama lain dengan bahasa yang agak kesat, boleh pulak berbaik semula..macam b***h je!!*epp..epp..jangan sebut perkataan tu.nanti mak marah!dah lah bulan puasa ni..

sempena bulan puasa ni saya nak buat DIARI RAMADHAN saya sendirilah..yelah, saya punya lah.yang Rafik punya nak buat apa..(sila refer kepada Diari Ramadhan Rafik) maknanya setiap hari saya akan buat satu entry, wahh sebulan puasa adalah 30 entry.*ehh..daripada ko sibuk tulis entry lebih baik kau baca Al-Quran.erkk..baiklah!


Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

WINTER TRIP : Switzerland (Part 2) - Mount Titlis & Lucerne