RESEPI : No-bake Cheesecake (basic)
*tok tok tok*
Assalamualaikum...haa masuk lah! Pintu rumah tak kunci, cuma ada daun-daun kering dengan sawang sikit. ;P
Lama dah rasanya aku tak kongsi kehebatan aku mem'baking' kan? Gittewwww..hebat ke masalah nya? Hahahaha hebat google je yelah!
Ayuh kita teruskan dengan resepi pilihan harini ini iaitu*drumroll* NO-BAKE CHEESECAKE!!
Sangatlah senang nak buatnya, lagi-lagi kalau yang duduk rumah bujang takde oven segala bagai tu. Sebab cheesecake ini tak perlu dibakar, cuma masuk dalam peti ais je uollsss! Haa dengar je pun dah macam senang kan?
Ok, let's get started! *sarung apron*
Bahan-bahan utama:
500g cream cheese (Philadelphia/Anchor/Tatura)
100g gula kastor
250ml whipped cream (Value Pride)
1tbs gelatin Halal
1tbs esen vanila
50ml air panas
Bahan-bahan base:
250g biskut Digestive/Oreo
50g butter
Cara-cara:
- Masukkan biskut ke dalam plastik dan hancurkan dengan menggunakan rolling pin. Sebab aku tak suka base cheesecake ni halus sangat, biar masa makan nanti ada sikit crunchy biskut tu. Tapi boleh je kalau korang hancurkan guna food processor/dry blender cuma kurang sikit lah feel tu.
- Cairkan butter. Letak butter dalam pan dan cairkan atas api dapur atau pun boleh jugak masuk dalam microwave. Ikutlah mana yang kau suka.
- Campurkan butter yang dah di cairkan dengan biskut hancur, kemudian tekan ke dalam non-stick spring form (loyang) yang dah di alas parchment paper (supaya senang nak pindahkan kek) bagi rata. Base tu kena betul-betul mampat kalau tak nanti masa potong confirm berderai. *aku suka guna spring form ni sebab senang nak keluarkan kek*
- Ok, dah cukup rata dan mampat base tu? Masukkan loyang ni ke dalam peti sejuk, letak di bahagian freezer.
- Putarkan cream cheese dengan menggunakan mixer sehingga kesemuanya bersatu. Disarankan gunalah stand mixer, maka takde lah penat tangan kau tu. Pastikan cream cheese berada dalam room temperature sebelum diputar! Maksudnya keluarkan cream cheese siap-siap dari peti sejuk.
- Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit. Sambil tu kaup cream cheese yang bertebaran di tepi-tepi mixing bowl tu dengan menggunakan spatula. Kemudian bila cream cheese dan gula dah bersatu, ketepikan sekejap.
- Di dalam mixing bowl yang lain, putarkan whipped cream sehingga kental.
- Campurkan cream cheese dan whipped cream. Masa ni boleh masukkan fruit compote (mangga/strawberry/blueberry) tapi boleh jugak masukkan fresh fruits ataupun Oreo crumbs (Oreo Cheesecake). Haaa simple kan?
- Masukkan gelatin yang dah dicairkan dengan kaedah double boiled. Tujuan masukkan gelatin ialah untuk bagi cheesecake kita agak pejal. Yelah, takdelah meleleh bila di keluarkan dari peti sejuk. Get it? Esen vanila jangan dilupakan!
- Keluarkan loyang yang kita dah letakkan biscuits base tu, kemudian curahkan cheese ke atas nya. Masukkan semula ke dalam freezer untuk 4 jam sebelum di makan dengan penuh rakus!
Taraaaa!!!
1. Strawberry Cheesecake
2. Mango Cheesecake
Selamat mencuba!!
Selamat menternak lemak!!
Selamat menggemukkan badan!!
Wow..nmpk sedap...cayalah Cik mAdA
ReplyDeletehahaha!! kek simple2 camni boleh lerrrr
DeletePos mai sebijik
ReplyDeletebak mai address!! hahaha
DeleteSedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi ��
ReplyDelete