Transit in Muscat, Oman

Muscat - Day 12 (11/10/2015)

Seperti tajuk di atas, aku dekat Muscat ni hanyalah transit sebelum meneruskan perjalanan ke negara seterusnya. Aku sengaja ambik 9 hours transit konon dengan harapan boleh lah merayau sekejap dekat Muscat ni. Tapiiiiiiii...

Sabáh al-kháyr, Muscat!!

Penerbangan dengan menaiki Oman Air  depart pada jam 7.10am mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Kochi ke Muscat tapi disebabkan Muscat(GMT +4) dan Kochi(GMT +5.30) makanya journey jadik 2 jam je. Service not bad dan flight boleh tahan penuh tapi aku tetap bernasib baik dapat window seat! Yeayyyy!

breakfast on board! Sedapppp...err tapi tak tau lah kot sebab aku kebulur. Hahaha!

view padang pasir Oman 

takde bangunan tinggi, semua sekata je

TIPS: Untuk rakyat Malaysia, anda memerlukan Visa On Arrival (VOA) berharga OMR5 sekiranya nak berjalan-jalan/keluar dari Muscat International Airport 

TIPS: Kaunter untuk membuat VOA jugak adalah kaunter Money Changer. Kebiasaannya Omani Riyal(OR) susah nak dapat dekat money changer di Malaysia, maka sediakan USD adalah pilihan terbaik!


Flight safely landed at Muscat International Airport on 9.20am tapi masa tu cuaca memang sangat panas terik dan berdebu, maklumlah padang pasir kan.

"We are safely landed at Muscat International Airport and the temperature outside is around 39°....." dengar je Captain announce macam tu, aku dah terbayang mau aku jadi ikan kering kalau berjalan dekat luar ni. Fuhhh! Tapi nasib baik backpack besar aku dah tag terus ke next destination, so sekarang aku cuma ada daypack dan handbag je. Agak senang jugaklah kalau nak berjalan. 
Turun dari flight terus naik airport transfer yang disediakan untuk ke terminal. Walaupun dekat je tapi kalau jalan kaki kat landasan tu memang rentung lah hoiii.
Dah masuk ke arrival hall tu bagi yang nak keluar dari airport sila ambil line kanan manakala untuk yang transit tapi nak duduk dekat airport je ambil line kiri.

Kaunter money changer ada disebelah kiri sebelum sampai ke Immigration counter, so aku beli VOA dekat situ dan tukar few dollars. Tapi macam biasalah bila tukar duit dekat airport, confirm mahal! So, redhooo je lah ye. Aku tukar USD20+RM200 maka dapat lah OR21.6 cukuplah kot untuk transit ni. Mesti korang macam, wehhh transit kejap je tapi tukar duit dekat 300 hengget! Itulah aku pun tak tau kenapa aku tukar banyak sangat, err ke sebab macam ada niat nak beli souvenir sikit. Hahaha! Aku sempat tanya orang dekat money changer tu macam mana nak pergi city center dari airport. Dia siap tolong lukiskan peta kecik nak bagi aku faham dan bagitau ada public bus yang boleh aku naik. Hmmm itu sudah bagus!

Dah settle beli visa dan tukar duit, boleh lah dengan penuh bergaya jalan ke Immigration officer yang seriously sangat kacak hokkayyyy! OMG..OMG..iollsss dah jatuh cinta nihhh! Macam biasa kena soal siasat sebab aku travel sorang dan purpose aku ke Muscat ni. Aku just bagitaulah yang aku long transit dekat sini, so just to get around Muscat for few hours. Dia pun cop lah passport aku lepas dah puas hati dengan jawapan aku.

Aku try connect wifi airport tapi hampeh tak berjaya! Cisss..camne nih? Sebab aku nak google few locations dan nak tengok sempat tak kalau aku nak pergi. Nampaknya terpaksa beli simcard nasib baik tak mahal sangat tapi disebabkan cash macam tak banyak, aku pun swipe je lah debit card aku. Kehkehkeh! Ini lagi satu, yang jual simcard pun kemain kacak berjubah putih okay! Hommaiiii cuci mata betul nihhh. *mata keluar love-love*

Internet dah ada, start lah meng'google' apa yang patut sambil tunggu bus tepi highway! Perghhhh serius rentung wehhh..tapi bus nya tak nampak bayang pun, teksi memang banyaklah tapi memandangkan duit aku tak banyak itu yang gigih tunggu bus. Memang sejam lebih lah aku tunggu bus tapi kecewa dan tak lama ada satu teksi berhenti dan tanya aku nak pergi mana.

"Where are you going? Come in! Come in!" standard lah Pak Arab kan suka cakap kuat-kuat.
"Going to City Center. How much to get there?" aku saja je tanya sebab mostly teksi depan airport tadi letak harga OR2-OR4. 
"500 baisa. Come in!" Pak Arab tu dah bukak kan pintu depan.
Wahhh ini sudah bagus!! Lebih kurang 5 ringgit je.. Terus aku masuk ke dalam teksi tu! Perghhh hangus aku duk berjemur kat tepi highway lama-lama.

TIPS: OR1 = RM10 // 100 baisa = RM1

Peramah lah pulak Pak Arab ni, banyak yang kitorang borakkan. Dia bagitau lah yang family dia semua dah pernah pergi Malaysia cuma dia je yang tak pergi lagi. Dia bawak teksi ni pun during weekend je nak isi masa lapang sebab dia sebenarnya businessman. Fuyyoooo! Teksi dia boleh tahan mewah jugaklah, Toyota Camry kalau tak silap. Ohhh nama Pak Arab ni Saeed, kitorang siap bertukar nombor kot! Tapi tukar nombor Oman aku lah..kikiki
Dari airport nak ke City Center lebih kurang 15 minit camtu. Pakcik Saeed hantar aku sampai betul-betul depan pintu masuk sebab dia risau aku sensorang. Gituuu! Aku pun nak bayar lah tambang teksi dah siap keluarkan duit tapi Pakcik Saeed kata "NO NEED TO PAY" 
Aku macam, ehhh biar betul Pak Arab sorang ni. Takkan lah free pulak.

"It's okay, you don't have to pay. Talking to you was very nice," dia cakap mungkin sebab nampak muka aku macam blur.
"Err are you sure?"
"Yes!"
"Thank you very much sir! May Allah bless you," aku buat ayat drama sikit padahal dalam hati dah melonjak gumbiraaaa!
"Just call me if you come back to Muscat next time."
"Will do sir. Assalamualaikum!"

Alhamdulillahhhhh..rezeki aku berpanas agaknya. Aku terus masuk ke dalam City Center untuk menghirup udara sejuk aircond dan mencari makanan.

pic credit : Google

Yeayyy!! Ada Carrefour dekat sini, boleh lah beli makanan yang mungkin murah sikit. Yang penting beli mineral water okay! Aku dah macam dehydrated time nihhh. Sempat sambar 2 ketul muffin buat alas perut. Memandangkan time tu dah melepasi waktu Zohor, ayuhlah kita solat dulu ye anak-anak! Jamak sekali dengan solat Asar, senang nanti dah tak terkejar-kejar. Jangan risau dekat City Center ni ada surau yang luas siap tempat ambil wudhuk lagi. Come on! Negara Islam kan?

Bottled Starbucks ready to drink!

Dah lepas solat, aku terus pergi food court. Hamboiii kemain mahal wehhh..hmm nampaknya harga Subway je lah yang boleh dikira berpatutan, ok lah tu daripada takde kan.

Lepas dah makan, aku decide nak ke Muttrah Souq konon nak beli some souvenirs lah. Keluar dari City Center, tunggu bus tepi jalan tapi takde bus pun. Tapi ada option lain! Boleh naik Baisa Bus (van kecik) yang tambangnya murah jugaklah. Aku pun bagitau lah nak ke Muttrah Souq tapi rupanya tempat tu jauh dan dia cuma boleh hantarkan sampai ke Ruwi, dekat tempat yang aku boleh sambung dengan naik teksi. Hmmm..ok lah tu. Bila dah sampai dekat tempat teksi, aku pun bagitau lah driver teksi yang aku nak ke Muttrah Souq.  Mula-mula driver kata ok, tapi bila dah naik baru dia bagitau yang Muttrah Souq tutup! Opening hours untuk Muttrah Souq ialah 9am - 1pm then 4pm-9pm, masa aku naik teksi dalam pukul 2 lebih. Cisss wrong timing! Nak tunggu pukul 4, aku takut lambat sampai airport since flight aku pukul 6.40pm. Huwaaaaa!! 

Aku sempat snap gambar masjid ni dari tepi highway jek, sampai hati pakcik teksi taknak berhenti walau sekejap pun! Padahal aku memang ada niat nak masuk masjid ni sebab serious masjid ni cantik okay! Rugi sangat. Haihhhh

Sultan Qaboos Grand Mosque

Menurut wikipedia:
The Sultan Qaboos Grand Mosque is the main Mosque in the Sultanate of Oman. It is in the capital city of Muscat. In 1992 Sultan Qaboos directed that his country of Oman should have a Grand Mosque. A competition for its design took place in 1993 and after a site was chosen at Bausher construction commenced in 1995. Building work, which was undertaken by Carillion Alawi LLC took six years and four months. The Mosque is built from 300,000 tonnes of Indian sandstone.

Memandangkan dah dalam teksi, aku mintak driver teksi hantar terus ke airport je lah. Mahal okay tambang teksi ni! Masa tu apasal entah aku tak terfikir nak whatsapp Pak Cik Saeed yang mula-mula aku naik teksi ke City Center tu. Bukanlah nak free, tapi mungkin lagi murah! Hmmmmm.. Sudahnya aku melepak je dekat airport sebelum depart ke next destination. Rugi je aku beli VOA yang mahal tapi at least dalam passport aku ada cop yang membuktikan aku dah pernah sampai Muscat, Oman.;P *PPRT sangat perangai!!* Kahkahkah!

Sambil2 melepak kat airport tu, aku pun charge lah segala mak nenek gadget yang ada. Belikan coklat yang member aku kirim dekat Duty Free shop dan sempat jugak beli poskad untuk pos ke tanah air. *sampai sekarang aku tak dapat poskad tu!*


Now, it's time to fly to the next country!! Weehuuu..

Dapat duduk window seat tapi sebab dah malam, view cuma lampu-lampu jek. Flight agak penuh tapi mostly diorang punya #OOTD seorang businessman siap suit dan briefcase. Hakak ni je lah dengan jeans dan backpack. -_-"

Memandangkan flight cuma sejam je, dapatlah snack sebagai kudap-kudap sambil dengar safety instruction. 
Ok, see you at the next destination!

XOXO!!



Expenses :
Visa on Arrival - OMR5
Carrefour -          OMR0.86
Subway -            OMR1.8
Van taxi -            OMR0.6
Taxi to Airport - OMR6
Poskad -             OMR0.5
Simcard -           OMR2 (VISA)




Comments

  1. Hai, nak tanya.. saya nak beli tiket dari KUL - JED tapi kena transit di Muscat sebab naik Oman Air. Kena apply visa air transit siap siap dari Malaysia ke?? Atau benda tu boleh buat masa sampai di Airport Muscat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau transit tak keluar dari airport, tak perlu apply visa. tapi kalau nak keluar dari airport, boleh beli visa on arrival masa dah sampai airport Muscat tu.

      Delete
  2. salam, saya akan transit selama 8jam di oman, boleh saya tahu memang pengangkutan teksi je ke yg mudah untuk ke tempat menarik seperti Mutrah Corniche, Mutrah Souq, Sultan Qaboos Mosque??? kalau xkeberatan boleh saya dapatkan FB awak??? untuk bertanya lebih detail.... terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..a'ah teksi je yg senang untuk pergi ke tempat2 tu, atau pun boleh jugak naik kereta sapu (tunggu tepi jalan luar airport) which is lebih murah lah. Fb : Mada Hassan

      Delete
  3. Maaf tanya, dekat sana memang takde perkhidmatan uber@grab ke??

    ReplyDelete
  4. saya tak pasti pulak, sbb 2015 macam belum in je uber@grab ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. Berapa ya harga visa on arrival kat oman?

    ReplyDelete
  6. Nicely done article and interesting information. Thanks for your hard work on such a topic.
    legal firm in kuala lumpur

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China