Backpacking to Boracay, Philippines (Part 2)

Sebelum meneruskan sambungkan cerita berbikini di Boracay, korang boleh jenguk dulu Part 1 sambil minum mango shake. Gittewwww!


Boracay - Day 16 (15/10/2015)

Hari kedua di Boracay nampaknya cuaca tak berapa elok, mendung dan mula gerimis. Aku pergi breakfast dekat rooftop lepas tu sambung bergulung atas katil melayan segala social media yang wujud. Yelah, nak keluar pun hujan kot!

Lebih kurang pukul 10, hujan dah agak reda maka aku pun cepat-cepat keluar ke pantai. Cadangnya hari ni memang nak lepak santai je, tak rasa nak buat apa-apa aktiviti pun melainkan shopping some souvenirs dan cuci mata!Hahaha.. bagi can lah. Tempat tujuan aku ialah ke d'Talipapa yang terletak di Station 2 memandangkan dekat sinilah yang sering digembar-gemburkan tempat murah untuk beli souvenirs. Lagipun semalam aku dah survey dekat d'Mall masa Joanna dok sakan shopping souvenirs, so boleh lah aku compare harga nanti. Tidak dilupakan jugak, aku nak cari kedai makan halal untuk port lunch aku.

Untuk ke d'Talipapa ada satu lorong kecil yang kena perhatikan betul-betul, aku mula-mula pun terlepas jugak lorong tu. Masuk je lorong tu terbentanglah berderet kedai yang jual souvenirs (Fridge Magnet/T-shirt/kraf/accessories), aku beli dekat satu kedai kecik ni je sebab makcik yang jual tu baik. boleh bargain sikit dan lepastu aku tanya kat mana kedai halal, dia siap suruh orang bawakkan aku ke kedai #122 yang memang femes lah dikalangan orang Malaysia kalau datang ke Boracay. Akak tu pun boleh cakap Melayu! Tapi choice of food dia tak banyak, dan memang takdelah ayam/daging. Aku makan ikan talapia singgang camtu. Ok, first time aku makan ikan air tawar! Memang tak boleh nak masuk sangat, sekadar makan je. Sempatlah borak-borak kejap dengan akak tu, maklumlah dah 2 minggu aku tak cakap bahasa Melayu kot.

Dah lepas makan, jalan-jalan tepi pantai usha kawasan sambil mencari mango shake sebenarnya tapi tak jumpa pun kedai Jonah tu. End up melepak kat Chatime je, like helloooo..kat mesia pun ada kot! Nak buat macam mana, time tu tekak terasa nak minum bubble tea.


Tak lama lepas tu aku pun berlari-lari anak balik ke hostel sebab dah mula hujan. Gigih apa hujan-hujan nak lepak kat pantai kan, baik aku berguling atas katil! Hahaha.. Masa on the way balik ternampak Kevin setia dengan Macbooknya dekat kedai makan area hostel. Tengok gaya macam tengah khusyuk tengok movie! Entah apa lah motif dia datang Boracay kalau semata-mata nak tengok movie kat laptop wehhh

kalau ada budget lebih, boleh makan buffet HALAL dekat sini, around RM50 camtu. 
Standard lah harga buffet kan?

Petang dalam pukul 4 macam tu, aku decide nak pergi merayau ke pantai lagi sebab aku memang menyimpan impian *over sangat!* nak naik paraw sailing dekat Boracay. Kira itu antara wishlist aku kot! Yelah, nak naik private yacht tak mampu..paraw sailing pun jadiklahhhh. Tapi kalau mahal memang kirim salam je lah dan masa aku keluar tu aku bawak berapa peso je, lepas buat beli aiskrim mekdi je. Sebabnya aku terlupa nak ambil duit dari tempat rahsia  simpanan dan aku konfiden yang dalam purse aku masih banyak duit.

Macam biasa jalan je tepi pantai, pasti ada yang approach tanya nak buat apa-apa aktiviti pantai tak. Brader yang 1st bagi harga 700peso untuk paraw sailing, amboiii mahalnya! 2nd brader offer 600peso, aku cakap mahal. Then dia suruh name the price, aku letak 400peso dia kata ok! Tapi aku bagitau dia yang aku tak cukup duit sekarang ni.
"It's okay, you can take your money first. We meet at here, 5.30pm. Deal?"
"Ok, deal!"

Maka aku pun berjalan balik lah ke hostel untuk ambil duit, pehhh penat jugak! Aku terus ambik duit dan kembali semula ke pantai sambil mencari brader tadi. Yelah, dah janji kan ak ambik dengan dia. Ngam-ngam aku sampai, bayar duit dan brader tu terus bawak aku ke tepi pantai untuk ke paraw sailing. Yihaaaa!! Gila excited wehhh nak tengok sunset ditengah lautan.

 muka heksaitedddd! Brader belakang tu gigih mendayung



The sunset viewwwwwww!

At this point, aku macam tak sangka aku dah sampai ke Boracay. Out of all the islands in the world, Travel+Leisure Magazine chose to name Boracay as its Best Overall Island of 2012. Ramai yang beranggapan travel ke Boracay, mahal! Tapi hakikatnya tak mahal mana pun kalau kau jenis tak kisah tidur hostel dan makan biasa-biasa je. Walaupun sorang dan aku tak dapat nak share this precious moment dengan sesiapa tapi aku cukup puas hati with this journey. Aku flashback journey 2 minggu yang lepas, I know that Allah is always with me to take care of me wherever I go.=)

Naik paraw sailing ni tak lama pun, lebih kurang sejam gitu lah. Lepas dah habis sunset maka kita akan berpatah balik ke tepi pantai semula. Turun je dari paraw sailing, aku terus mencari makanan dan yeahhh itu dia kebab HALAL! Walaupun aku bukan fan dengan daging, tapi boleh masuk jugaklah makan shawarma ni


Tak padan dengan badan dah berlengas dan melekit dengan air laut, aku sambung merayau dekat d'Mall pulak. Saja cuci mata dan memang rezeki aku, jumpa Kevin pulak! Dia lah yang tegur, kitorang borak-borak kejap depan Thai restaurant sebab dia tengah tunggu kawan dia untuk dinner. Barulah aku tau dia rupanya travel writer, itu yang duk mengusung Macbook je. Lepas tu aku pun bagitau dia yang aku nak balik hostel dah sebab nak packing bag.
"Ohhh are you leaving tomorrow?"
"Yes, early in the morning."
"Ohh okay. See you again. Nice to know you."

Aku pun terus balik hostel, nak mandi wehhh! Settle mandi terus packing backpack dan membusykan diri dilaman sosial, lepastu Ada kirim t-shirt pulak. Gigih nak keluar pergi cari dekat d'Mall dan sempat jugak menyinggah McD beli fries. Dasar kuat makan, dah makan shawarma pastu fries pulak. Hahahah!

Ok, good night Boracay!!



Expenses: 
Chatime -                PHP130
Lunch at #122 -      PHP80
T-shirt(4pcs) -        PHP300
Fridge Magnet -     PHP500
Hostel -                  PHP1045.41(VISA)
Paraw Sailing -      PHP400
Kebab -                  PHP70
Aiskrim McD -      PHP35
Fries McD -           PHP75
T-shirt Ada -          PHP300

Comments

  1. alaaaa...takde gambo kevin ke..hahaha..tiber gatai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha!! Mestilah ada tapi utk simpanan sendiri je lah. Gituuuu..;P

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China