Backpacking to Boracay, Philippines (Part 1)

Helloooo.. untuk yang terlepas entry sebelum ini, boleh baca kisah permulaan aku di MANILA. Selepas itu barulah kita semua boleh ke pulau!! Get ready dengan bikini dan sunblock semuaaa! Hahaha..


Boracay - Day 15 (14/10/2015)

Akhirnya, selamat mendarat di Kalibo International Airport pada jam 0055 dan terus direct scan bag dekat immigration. Airport Kalibo ni kecik je, ala-ala airport Langkawi. Keluar dari pintu arrival, ada orang pegang kertas bertulis nama aku! Sempatlah feeling2 retis pepagi buta . Hahaha!! Dia terus bawak aku ke kaunter Southwest yang masih lagi bukak untuk bagi sticker and tiket bot. Then masuk lah ke bas mini yang dah sedia menanti untuk membawa ke Caticlan Jetty Port & Passenger Terminal. Jarak perjalanan dari airport ke ferry terminal sejam lebih, dan memang gua sedap je lah membuta dalam bas tu walaupun ada mat saleh kacak dekat seat sebelah. Hahaha!!

Memandangkan sampai jetty dah malam pagi, untuk ke pulau perlu naik ferry diatas faktor keselamatan. Perjalanan menaiki ferry ni sekejap je, dalam 15 minit camtu. Tapi kalau sampai waktu siang, akan naik boat macam kat bawah ni yang lebih dikenali sebagai bangka boat. 


Lepas turun dari ferry, ada pekerja Southwest yang akan menunggu. Dia akan bahagikan passenger untuk naik beberapa van mengikut lokasi tempat penginapan. Lepas tu dia akan hantar sampai ke depan pintu hotel/hostel to make sure that is the right one. Punyalah bagus servis Southwest ni!

Kebetulan!! Aku satu hostel dengan mat saleh kacak yang duduk seat sebelah dalam bas dari airport tadi. Hiks! Sempatlah berkenalan pukul 3 pagi depan kaunter reception hostel MNL Boracay Beach Hostel sementara tunggu receptionist bagi kunci bilik tapi masa tu serius aku memang dah penat gila, so macam tak kuasa nak borak panjang. Aku nak tidur wehhh! Memang dah nampak bantal je time ni.

"Good night, sleep well." Sempat si Kevin wish masa aku nak masuk dorm.
"Yeah..you too." *menguap tanpa segan silu*

Masuk dorm aku dapat katil bawah paling hujung, nice! Walaupun dah mengantuk tahap apa ntah tapi aku tetap menggagahkan diri untuk mandi dan alang-alang tu tunggu kejap nak sembahyang Subuh. Maklumlah kalau dah membuta, memang konfem terbabas. Nasib baik Subuh masuk dalam pukul 4 camtu, so takde lah aku menunggu lama. Lepas je sembahyang terus aku tidur tak sedar diri!

*****
Good morning, Boracay!!
Jangan nak morning sangatlah kalau dah pukul 9 tu! Hahaha! Sunrise?? Lupakan je lahhhh...memandangkan perut agak kebulur, ayuh lah kita breakfast dekat rooftop. Breakfast is provided by the hostel. Walaupun cuma omelette, toast dan pisang itu sudah bagus!! Tak nampak pulak kelibat Kevin dekat situ, confirm masih membuta. 

Settle breakfast aku terus ke White Beach yang terletak lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Niat memang cuma nak survey je aktiviti yang menarik alih-alih tersangkut jugak join island hopping trip. Cuaca pun elok je, panas tu memang panas lah...kat pantai kan!

Pasir halus yang memutih

Rindu Boracay!!!

Pukul 11 macam tu boatman dah arahkan naik boat untuk memulakan island hopping trip. Air laut dia memang terbaik!! Crystal clear blue hoiii! Rasa nak terjun je time tu..ehhh sabar2! Boat akan berhenti dekat tengah-tengah lautan dan masa ni lah baru boleh terjun untuk snorkeling. Tapiiii...ombak kuat! Aku yang tak reti berenang ni confirm lah cuak nak ke tengah lautan, sudahnya dok berpaut dekat boat je. Wuwuwuwu! Nak usha Nemo atau coral pun sipi-sipi jekkk..=(

Sebelum snorkeling, boat akan membawa sama ada ke Crystal Cove atau ke Ariel's Point untuk cliff jumping. Boatman akan tanya kepada setiap penumpang, maka terpulanglah kepada masing-masing berminat nak ke mana.
Aku pilih untuk ke Crystal Cove je sebab macam seram je nak buat cliff jumping, dah lah tak reti berenang. Sia-sia je kang kalau tenggelam. Oh iye, nak masuk Crystal Cove ni ada entrace fee jugak okayyy!

Apa itu Crystal Cove?
Crystal Cove Island (formerly Tiguatian Island) is a two hectares small island, which lies just a short boat ride away between Boracay and Caticlan. The Island consists primarily of grey-brown rocks overgrown with deep-green vegetation and is surrounded by clear turquoise water. The main attraction of Crystal Cove are two caves, in which the Sibuyan Sea flushes its waves into.









Aku kan feeling-feeling vacation sangat dekat Boracay ni, maka secara tak sedar beli air kelapa dengan harga 75 peso!! Bapak mahal gilaaaa..Lepas dah puas round-round dekat Crystal Cove ni maka aku pun mengambil keputusan untuk keluar dari sini dan melepak kat tepi pantai sambil menunggu boat datang semula. Maklumlah dia bagi 2 jam dekat sini, aku pun dah krik-krik jugak sebab tak tau nak buat apa. Masa ni lah aku berkenalan dengan satu couple Jepun & Pinoy, sebab sebelum tu aku ada tolong ambilkan gambar diorang. Agaknya diorang tengok aku sensorang itu yang ramah menegur. Joanna (awek Pinoy) lah yang rajin borak, dia tanya lah pasal travel trip aku. Lepas tu kitorang terus kamceng! Naruko (mamat Jepun) ni mula-mula macam tak banyak cakap sangat.

Selepas tu bot akan berhenti dekat tengah lautan yang terbentang luas untuk snorkeling! Tapi ombak kuat pulak, aku rilek2 dulu dalam bot sambil perhatikan beberapa orang yang dah terjun ke laut, tapi mostly dok berpaut dekat tepi bot. Masa bot berhenti ni jangan terkejut kalau kau didatangi brader kat bawah ni yang jual air kelapa fresh! Pehhh mana nak dapat air kelapa di tengah lautan?? Joanna lah yang kemain excited, siap belanja aku lagi tapi pakai duit Naruko. Hahaha! Air kelapa ni lagi murah daripada yang aku minum kat Crystal Cove tadi. 3 biji 100 peso jek! Lepas dah minum air kelapa aku decide nak terjun jugak untuk snorkeling. yelahhh rugi kot tak merasa snorkeling dekat Boracay! Joanna & Naruko memang tak nak snorkeling. Aku pun tak lama dalam air sebab ombak memang kuat, terpaksa lah dok berpaut dengan tali kat tepi bot. Yelah, kan baru lepas rainy season agaknya sebab tu ombak kuat *memandai*


Steady ahh broooo!!

Dah penat snorkeling, sekarang adalah masa untuk lunch! Aku pun memang boleh tahan kebulur..Confident ni ambik pinggan cedok nasi, nampak sayur campur so aku assume ok lah sebab ada sate ayam memang aku tak yakin nak makan. Sekali dah cedok sayur ke pinggan, makcik yang jaga dekat situ bagitau..."Are you Muslim? Got pork inside it!" Perghhhh!! Terus aku rasa nak campak pinggan tu. Memang selera aku dah putus masa tu! 
"It's okay, take another plate. U can eat fish and chicken. We cook separately." Kejadah apa cook separately kalau dah kau hidang sekali dengan pork. Pftttt! Kesudahannya aku cuma ambil coke 3 botol dan buah je sebagai lunch.

TIPS: Sebelum beli package island hopping tu sila pastikan they provide HALAL lunch.

Joanna & Naruko pelik kenapa aku tak makan.
"Why you didn't eat?"
"They served pork, I don't eat pork. I'm a Muslim."
"Ohh okayyy."
The moment they know that I'm Muslim, nak tau apa soalan 1st mat Jepun tu?
"Is it true Muslim men can have more than a wife??"
Joanna dekat sebelah dah tengok lain macam. Hahaha!!
"Yes, but not that easy. You need to get permission from the first wife, then you have to be fair to all your wives." Feeling-feeling ustazah sangat aku masa ni walaupon...
"I won't give the permission!" laju aje Joanna menjawab sambil jeling Naruko.
Actually, Naruko ni takde agama dan dia tengah mencari agama yang sesuai untuk dia. Boleh gitu? Dia siap pergi kelas agama, pandai dah sebut 'InsyaAllah' siap ajar Joanna lagi. Banyaklah soal jawab dia pasal Islam dan ada few soalan dia yang buat aku sentap! The rest is history. =)

Ok, lepas je lunch..boat akan membawa ke last pit stop yg di nantikan iaitu Puka Beach! Tak sah kalau ke Boracay tapi tak jejak kaki ke Puka Beach. Pantai yang cantik dengan pasir halus memutih, mula-mula aku just nak melepak je tapi si Joanna ni sibuk ajak mandi pantai. Pehhh memang sunburn teruk aku! Hahaha.. Boatman bagi masa dlm sejam dekat Puka Beach ni tapi kalau taknak balik ikut boat pun takpe sebab boleh naik tricycle untuk balik ke Station 1. 




Akhirnya lebih kurang pukul 4 petang, kami kembali ke Station 1. Maka berakhirlah sesi island hopping di Boracay! Sempat menyinggah beli crepe dekat Crazy Crepes. Sedapppp! Joanna lah ni yang ajar makan ni.



Kitorang berpisah untuk balik ke hotel masing-masing maklumlah badan memang dah berlengas tapi sebelum tu Joanna beriya-iya invite untuk dinner dengan diorang. Mula-mula aku macam malas sebab diorang nak dinner untuk last night at Boracay. So, mesti macam nak mabuk2 bagai kan. Tapi Joanna ni macam mind reader gitu, boleh tau aku fikir apa.
"Just a normal dinner. Pleaseee..join us."
Ok lah, rezeki jangan di tolak! Hahaha!! Memang dasar kau Mada!! So, kitorang janji untuk jumpa pukul 7 dekat area d'Mall.

Aku pun berjalan balik ke hostel dan masa nak naik tangga menuju ke bilik boleh pulak terserempak dengan Kevin! Dia tanya aku bangun pagi tadi pukul berapa, yelah kan kitorang sampai lambat semalam. Borak kejap tanya apa aktiviti masing-masing.
"I'll be upstairs if you wanna join." Aikkk...nak ajak aku lepak ke tewwww? Hahahaha! Aku cuma ok kan aje.

Masuk bilik terus mandi dan sembahyang Asar lepas tu bergolek-golek atas katil sementara tunggu Maghrib. Pastu terus bersiap untuk keluar dinner dengan Joanna & Naruko. Aku sampai d'Mall memang ngan-ngam pukul 7 tapi sebab tak nampak bayang diorang so aku usha-usha kawasan dulu, dalam hati memang dah niat kalau tak jumpa diorang ni consider cancel je lah dinner date kitorang tapi boleh pulak berselisih. Haihhh memang rezeki aku nak makan free agaknya! Hiks.. Sebelum makan si Joanna nak cari souvenirs, maka merayau-rayau lah kitorang dekat d'Mall tu. Untung wehhh Joanna, semua Naruko yang bayar! Maklumlah boipren Jepun kaya. Hahaha!

Settle Joanna beli souvenirs, it's time for dinner! So, we had BBQ seafood dinner! Naruko siap tanya chef, ada letak alcohol tak masa masak seafood tu. Masa ni aku rasa terharu pulak.*bergenang air mata mengingatkan keluarga di kampung* Yelah, dah lah baru kenal but they really concern on me. Dan diorang takde pun nak minum beer at that time, padahal I don't mind at all. Perghhh!! Gila banyak order seafood and we managed to finish them all!! We talked about many things like we know each other for ages. Ohh..dinner semestinya ditaja oleh Naruko! Aku tak ingatlah berapa total lost tapi banyak gak lah, Naruko still boleh cakap it's cheap compared to Manila. Gulp! Ok fine...
Lepas makan haruslah berjalan di tepian pantai sambil tengok anak-anak Pinoy ni buat sand castle dan cuba mencari tourist yang nak bergambar tetapi dikenakan bayaran. Aktiviti ini adalah illegal dan kalau polis pantai nampak sand castle ni, ia akan dihancurkan serta merta.

Mata masing-masing pun dah mengantuk..lepas say "Good bye, have a safe flight!" maka kitorang pun berpisah. Great to know you guys!!

Sampai hostel memang aku terus mencari katil, langsung tak hirau diorang yang lain tengah party dekat rooftop. Plan untuk esok pun aku dah tak boleh nak fikir sebab tahap mengantuk melebihi segala-galanya.

Good night, Kevin  Boracay!!




Expenses : 
Island Hopping - PHP800
Crystal Cove - PHP200
Snorkeling fee   - PHP20
Air Kelapa        - PHP75
Crepe             - PHP150
Mineral water + shampoo - PHP43

Comments

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China