Backpacking to Boracay, Phillipines (Finale)
Jangan lupa baca Part 2 dulu okayyyy!
Boracay to Manila - Day 17 (16/10/2015)
Boracay to Manila - Day 17 (16/10/2015)
Hari terakhir di Boracay, awal-awal pagi lagi dah bangun sebab pick up dari Southwest nak datang jemput pukul 6.30 pagi. Iye 6.30 okayyy sebab flight aku ke Manila pukul 11.30 pagi, takut tak sempat pulak kalau keluar lambat sangat! Tapi dekat Boracay dah cerah dah masa ni. Aku terus pulangkan kunci dekat receptionist dan ngam-ngam staff Southwest pun sampai kat bawah. Bye Kevin! ehhhhh
Dari hostel akan dihantar ke jeti dan perlu menuggu agak lama orang-orang lain yang di pick up untuk sampai ke jeti. Aku memang masa ni kebulur gila sebab takde stok makanan dah. Hanya mampu minum mineral water je lah. Lebih kurang sejam menunggu akhirnya penumpang di panggil untuk menaiki bangka dan masa ni dah mula gerimis. Laut sedikit bergelora tapi nasib baik naik bangka ni bukannya lama mana pun.
Tiba sahaja di jeti Caticlan, pastikan naik bus yang betul untuk ke airport sebab ada 2 bas iaitu ke Kalibo Airport atau ke Caticlan Airport. Memang cari nahas lah kalau salah naik bus ye anak-anak semua! Dah naik bas, apalagiiiii..sambung tidur lah sementara nak sampai dekat airport. Lagipun memang itu je yang korang boleh buat kot.
Sampai airport masih awal lagi, aku pergi mencari mango shake disebabkan dah kelaparan. Kalibo airport kecik je maka memang kat dalam tu takde jual apa-apa. Dekat luar airport ada lah restoran dan few kedai makan tapi tak halal. Lepas dah sejuk sikit tekak aku menghirup mango shake, masuk balik dalam airport tunggu untuk boarding.
Ohh yaa nak masuk airport kena tunjuk passport dan boarding pass ok. Aku takde boarding pass yang dah print out sebab web check-in kan boleh buat 1 minggu ssebelum fly (sekarang dah 2 minggu) sedangkan masa tu aku dekat ceruk India, motif sangat gigih nak cari printer kan. Tapi nasib baik aku print itinerary, so masa nak masuk airport tunjuk passport & itinerary je. Lepas tu baru print out boarding pass dekat kiosk AirAsia dalam airport.
TIPS: Sediakan PHP200 untuk bayar airport tax bagi domestic flight okay! Tak termasuk sekali dalam harga tiket.
Flight delay lebih kurang setengah jam. Itu perkara biasa kalau domestic flight dekat Philippines ni, maka plan your journey properly especially kalau yang ada connecting flight tu.
Byeeee Boracay!! I will comeback and stay longer.
Manila
Alhamdulillahhhh...selamat mendarat di Terminal 3 NAIA dan option yang ada untuk ke hostel adalah dengan menaiki taxi. Tapi susah betul nak dapat teksi dekat sini, dan kalau guna taxi airport haruslah harga nya mahal. Untuk dapatkan taxi biasa, kena berjalan keluar sikit dan tahanlah taxi yang berwarna biru muda. Nego siap-siap kalau driver taknak guna meter sebab bandar Manila serius jammed dia sama macam kat KL.
Aku pilih untuk stay dekat MNL Boutique Hostel Manila which is hostel yang sama macam dekat Boracay sebab dapat discount! Hostel ni aku tak book pun, penuh confident walk in. Dan nasib baik ada katil kosong tapi mixed dorm. Ahhh bedal je lah! Susah sangat aku pakai je telekung dalam dorm nanti. Hahahaha!
Settle check in dan freshen up, perut aku memang dah merintih kelaparan. Nasib baik hostel aku ni dekat dengan A Venue Market Place, boleh lah aku usha makanan apa yang ada. Kiranya kalau takde makanan halal, boleh lah aku beli roti dengan jem ke peanut butter ke but I found LEYLAM SHAWARMA stall!! Weeehuuuu..dan sebab aku kebulur, aku order rice shawarma. Nomnomnom!
Lepas dah kenyang, aku sempat beli roti & tuna spread untuk makan malam ni serta breakfast esok. I really eat a lot! Balik hostel dan aku terus membuta, tak gigih nak keluar berjalan lagipun kawasan aku stay tu macam red area sikit. So, I know nothing about Manila. Jeepney pun takde chance nak naik.
See yaaaa!!
Expenses:
Airport Tax (Kalibo) - PHP200
Mango Shake - PHP120
Airport Taxi - PHP300
Hostel - PHP417 (VISA)
Roti+tuna - PHP100
Shawarma - PHP75
Lepas dah kenyang, aku sempat beli roti & tuna spread untuk makan malam ni serta breakfast esok. I really eat a lot! Balik hostel dan aku terus membuta, tak gigih nak keluar berjalan lagipun kawasan aku stay tu macam red area sikit. So, I know nothing about Manila. Jeepney pun takde chance nak naik.
See yaaaa!!
Expenses:
Airport Tax (Kalibo) - PHP200
Mango Shake - PHP120
Airport Taxi - PHP300
Hostel - PHP417 (VISA)
Roti+tuna - PHP100
Shawarma - PHP75
Comments
Post a Comment