Permainan Tradisional

ok2, disebabkan kesian dekat u'olls I blogging jugak la hari ni..*padahal konon-konon nak tunjuk rajin sebab post 2 entry hari ni..cettt!!perasan punye budak..

Permainan tradisional..apa yang anda tahu??*sila jawab dalam hati je, tak payah ngade-ngade nak tekan buzer macam dalam Pop Kuiz tu..I takde sediakan hadiah pun!!

Kalau tanya dekat budak2 sekarang apa itu permainan tradisional, jawapan diorang mesti:
1)PS2,PS3,PSP & etc..(PS tu bukan Pendidikan Seni ok!maka PSV[Pendidikan Seni Visual] takde kena mengana pun!)


2)Barbie
(dah lah mahal, lepas tu bukan nya boleh gerak pun. tak worth it langsung!)

3)Farm Ville,Fish Ville,Cafe World & etc..(ini semua ialah application di dalam Facebook..jangan kata penat, peluh setitik pun tak keluar walaupun konon2 mereka ini sibuk berkebun!)


4)Rubik's Cube
(yang ini sangat bagus la sebab mereka2 yang boleh solve kan cube ini seorang yg sangat penyabar)

Sekarang kita bandingkan Permainan Tradisional dalam erti kata sebenar..

Tanpa berlengah lagi, saya akan senaraikan sebarapa banyak permainan yang saya selalu main di zaman kanak2:
1)Batu seremban
(jangan gedik2 nak tukar nama dia jadik batu negeri masing2 pulak!)

--->bentuk seperti bantal kecil yang berbentuk 4segi/3segi ikut kreativiti masing2,isi dengan beras/pasir/kacang hijau. Boleh dimainkan dengan 5biji/7biji batu seremban

2)Ceper
(kalau nak class sket, panggil r 'Bottle cap')

--->kumpul 5 ceper yang diambil dari botol kicap/air botol aiskrim soda..penutup botol sos adalah dilarang sama sekali!!

3)Congkak
(bukan cerita Jangan Pandang Belakang Congkak tau!!)
--->sediakan papan congkak, kalau takde pun korek je lubang dekat tanah..pastikan ada 7 lubang untuk setiap barisan*ade dua barisan je pun.. setiap lubang diisi dengan 7 biji guli

4)Galah panjang
(tak payah susah2 nak pergi potong pokok buluh yang selalu ada dekat kubur)

--->buat garisan dekat tanah tak pun main je dekat court badminton..permainan ini perlukan stamina untuk berlari dan mengelak serta jangan pijak garisan yang disediakan.

5)Baling selipar
(selipar jepun yang getah tu paling sesuai)

--->susun je selipar setinggi yang boleh lepas tu baling sampai susunan selipar tu jatuh. Kemudian mula nya membaling pihak lawan dengan selipar jepun yang tersedia di tangan. Sekali kena baling dekat badan memang mantap r!!berbirat siot..

6)Main masak2/main kahwin2
(ini kira latihan awal la, bila dah besar nanti senang..hahaha!!)

--->masak aje apa2 yang terlintas kat kepala time tu..kutip semua sayuran(abis togel daun pokok bunga mak aku kerja kan) pilih je lah nak di sandingkan dengan siapa2 yang korang admire dolu2.

7)Main anak patung
(yang ini bukan barbie tau!!tapi anak patung kertas)

--->lukis sendiri anak patung dekat kertas keras, lepastu buatlah baju anak patung tu ikut citarasa anda..(saya sangat kreatif ye dulu2..baju yg saya buat semua glamor2, kalau rajin sikit mesti sekarang ni I dah jadik fashion desingner yang fofular!!haha..)

8)Lompat tikus
(susah nak describe, so tanya lah dekat kawan2 korang)


9)Konda Kondi
(saya tak pernah main, so tak tau nak describe..sori)


10)Polisentri
(erkk..camni ke spelling nya??)

--->macam main kejar2, polis akan mengajar pencuri

11)Pepsi Cola
(p'mainan ni takde kena mengena dengan air Pepsi atau Coke!)
--->buat bulatan kemudian nyanyi lagunya(sape2 yg tau sila nyanyi sekarang!!) kemudian pijak kaki rakan anda itu dengan cara melompat

Sebenarnya banyak lagi permainan tradisonal yang ada, tapi saya rasa cukuplah setakat ini sahaja..seronok kan dulu2, kawan2 pun ramai..arghhh!!saya terasa ingin kembali ke zaman dulu..doraemon!pinjam pintu merentasi masa..*sudah2, kau jangan mula nak mengarut!

Kesimpulannya, sebab tu budak2 zaman sekarang ni tak tahan lasak..lepas tu semua cerah2 sebab tak pernah kena panas, tapak tangan pulak selembut sutera..mungkin juga mentaliti parents zaman sekarang yang menganggap kalau main dekat luar tu banyak bakteria, kotor, comot..abis dulu2 tu bakteria tak hidup lagi ke??tapi sihat dan kuat je budak2 zaman dulu membesar..
Hmm..tepuk dada tanya selera..mungkin mereka ada alasan mereka sendiri.




**i miss my old times, a lot of funs..>__<



Comments

  1. muner..aku sangat suke entry ini...!!huhu//
    masuk para baru, aku akan tertawa kecil(kecil la sgt..)suka2..

    ReplyDelete
  2. tringin lak nk main lompat tikus, batu seremban, konda kondi, pepsi cola, ceper,and anak patung... yela, time kecik dulu2 ne de men bnde2 2...

    ReplyDelete
  3. mr fonso lahir zaman ape ni tak pernah main semua2 2?*curios..
    bhya ni klau mr fonso nak main anak patung, kang nnti jdk miss fonso plak..haha!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Transit in Muscat, Oman

ROADTRIP : Miri to Brunei

Winter in Guangzhou, China