Posts

Showing posts from 2010

asyik mereka je..

Image
sekarang ni semua orang tengah sibuk nak buat entry pasal SAFEE SALI & KHAIRUL FAHMI..tapi saya tak nak buat entry pasal mere berdua tu.lagipun sekarang ni secara tak langsung girlfriend Khairul Fahmi a.k.a Apex turut menjadi hot&top gitu..jeles?tidak lah.. ok sekarang saya nak buat entry mengenai pemain yang memakai jersi bernombor 24..u, no jersi u sama lah dengan nombor baju kelas i!!i lap u lah macam ni..hehe!! i bagi u'olls tengok pic dia dulu pastu baru kita berkenalan dengan lebih rapat dengan beliau.. no jersi itu yg penting..hehe!! ini ialah biodata beliau yang saya curik dari page FB nye..hehe!! Name: Mohd Muslim Ahmad Date of birth: April 25, 1989 (1989-04-25) (age 21) ( kita sebaya ya...hehehe!!) Place of birth: Kuala Terengganu, Terengganu (ehh..i dulu study dekat T'ganu jgk tau..;P) Height 1.83 m (6 ft 0 in) (wow!!tinggi nye...i suka org tinggi2 ni..haha!!*apsal hormon gedik kau t'lebih ni?) Playing position: Defender (u mmg hebat lah bab2 defend ni....

Accountant to be...

saya dapat sambung Bachelor in Accounting di UiTM Melaka!!yeayyy!!! walaupun sebenarnya agak cuak untuk fully belajar akaun, tapi akan berusaha sehabis baik untuk mencapai cita2..hehe!! doakan semua nya berjalan lancar ye!!aminn... p/s:harap2 kaki ni dah baik time mendaftar, i tak sanggup nak pakai tongkat.huuu...segan2!

selamat tinggal...

Image
say good bye kepada rambut panjang mengurai ala2 Rapunzel...yaa, saya sudah potong rambut yg di simpan hampir 2 tahun.huuuu...sayang tau tapi cekal kan hati untuk ke salon.uhuk2... pinjam gambar lisa surihani kejap sebab rambut saya sebelum ni panjang kebih kurang macam ni.. kau tau tak yg kau sgt cntik, w'pun kau pel at 'R'...hehehe!! dan...pendek macam ni lah rambut saya sekarang . perghhh...memang puas hati la kan cina salon tu potong rambut aku!huuuuuu...:( ttbe sy rase sy comel mcm irma pulak ble rmbut dh pendek...hahaha!! lepas ni lagi 2 tahun baru gunting rambut!hahaha...pehh, memang jimat lah duit aku kan kalau 2 tahun sekali gunting rambut.hehehe!!

alhamdulillah...

yaa..semuanya telah selesai.saya sudah grad dan bakal konvo pada tahun depan.alhamdulillah...:) tiada paper yang perlu di repeat walaupun pointer jatuh t'golek2..haihhh...kne tingkatkan usaha kalau dapat sambung degree nanti.insyaAllah... terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan sama ada secara langsung atau sebaliknya..hugs and kisses untuk emak saya yang rajin menjawab panggilan setiap kali saya call minta restu untuk jawab paper serta mendoakan saya.thanx a lot mum!!:') untuk lecturer2 kesayangan, terima kasih kerana marking paper saya.:)

cukuplah kali ini sahaja

almost 1 1/2 years, i met him again just now..it's not a date but just a dinner between friends. and during the dinner, both of us keep busy with our handphones and less talk. OMG...i kurang bercakap??sangat tak boleh percaya kan tapi memang itu lah yang terjadi!!dah dia pun senyap, saya nak cakap dengan siapa.kang saya membebel sorang2 nampak cam over plak. actually, lately ni dah banyak kali dia ajak keluar tapi setiap kali dia ajak ada aje alasan saya nak mengelak..last 2 days, dia ajak saya pergi jogging petang2. saya cakap saya tak suka jogging petang2 sebab panas, padahal waktu tu saya tengah kerja sebab minggu ni saya shif petang.lol!penipu betul..hahaha!!saya tak bagitau pun yang sekarang saya wat part time, sebab nanti dia suruh belanja!ohhh no!saya memang kedekut nak belanja dia..haha!! ehhh, tapi jangan cepat2 jump into conclusion ya.saya dengan dia cuma kawan je, takde lebih2..lagipun dia dah ade girlfriend.errr...ya2 saya tau yang saya agak jahat sebab keluar dengan bo...

Tiga rentung dalam kemalangan di highway

Mungkin anda2 semua sudah sedia maklum mengenai berita ini, cuma mungkin anda2 tidak tahu bahawa salah seorang mangsa yang rentung itu ,Mohd Azrul Syafiq adalah adik kepada kawan saya... Pada tengah hari tu, saya terima mesej dari kawan saya itu yang mengatakan adiknya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan, pada mulanya saya ingat kemalangan yang biasa2 sahaja.tak sangka langsung sampai rentung. Dalam pukul 3 petang macam tu, kawan saya cakap dia dah sampai ke Hospital Seremban untuk pengecaman mayat dan dia cakap yang mayat adiknya rentung. Ya Allah...saya tak dapat bayangkan macam mana family dia nak terima kenyataan itu. Malam itu, saya lagi terkejut sebab berita kemalangan itu sampai menjadi tajuk utama dalam Buletin Utama..Perodua MyVi yang mereka naiki remuk dan hangus terbakar.. untuk berita yang lebih lanjut, sila baca: http://duniaitu.blogspot.com/2010/12/tiga-rentung-kereta-rempuh-treler-di.html Al-Fatihah untuk ketiga-tiga mangsa...

Government Servant

saya sekarang adalah seorang penjawat awam ya!!yeahh...saya sudah bekerja di Jabatan Perangkaan Muar.yaaa..cuti sementara tunggu nak masuk ke degree sangat bermakna.*ayat nak sedap kan hati..hahaha!! saya juga sudah boleh mencarum KWSP...yawww!!dah rasa macam orang2 dewasa pulak bila dah ada KWSP sendiri..huhuhu!! tak sabar nak tunggu gaji!!*cettt...kerja baru sehari dah sibuk pasal gaji!teruk punya budak. p/s:debaran 10hb kian terasa...tawakal saja lah.insyaAllah rezeki itu ada.

si mata empat

Image
nehi!!nehi!!saya bukan bertukar menjadi alien atau pun monster tetapi saya sudah mula a.k.a terpaksa memakai SPECTACLES disebabkan tahap kesilauan yang amat tinggi terutamanya bila driving pada waktu malam. aku dah macam terkedek2 drive kereta.haihh...disamping itu agak rabun jugak.yang agak peliknya mata sebelah kanan power bukan main tinggi tapi mata kiri sihat sejahtera je lagi.pelik2... dan spec ini pun atas belas ihsan kakak saya.dia yang belanja..yeayy!! nah ni gambar spec brand ELLE saya..*brand nak cam gempak tapi murah jek sebab tengah promotion.hikhik..kedekut kan kotak specs sgt comel ya sebab bentuk kucing..huhu!!

my family were @ Terengganu

Image
haaa...tengok2.saya kalau dekat rumah memang liat sikit nak update entry.bkn sebab takde internet connection tapi sebab banyak sangat benda nak buat..Contohnya, macam nak keluar, nak keluar, nak keluar, tengok tv, baca novel dan keluar lagi.*ehh, banyak kali betul kau keluar ye haa, kalau kat rumah memang kerja asyik keluar je.hehehe!!mula2 pagi keluar pergi beli newspaper, pastu keluar dengan akak yang 2nd, kang muncul je muka depan pintu, akak yang 1st pulak ajak keluar...petang pulak, anak2 sedara ajak pergi taman then malam turn akak yang 3rd.haihhh...susah betul lah jadik adik bongsu yang menjadi pujaan ramai.*ehehe...perasan pulak! entry kali ni pun cam tak nak bebel panjang, so mari kita tengok gambar2 during my family came to Terengganu to fetch me!yeeehaaaa... at the beach in front of UiTM olololo...budak comel pipi tembam! ready to take our b'fast swimming pool at the Mayangsari Resort they were shopping at Pasar Payang..heaven!!

Salam Aidiladha

this is a quick update just to wish 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' to all Muslims... *cepat2 sebab nak tengok orang sembelih lembu belakang rumah..

janji, janji...ini entry last hari ini

Image
kemaruk buat entry ke ape kau ni??mentang2 lah dah abes exam, berlambak2 ko update...ingat ada orang nak baca ke??*ehhh...biar lah, ini kan blog saya! ok lah, bagi tak nak rasa bosan...entry kali ini di selit kan beberapa gambar.biarlah kali ini gambar yang berbicara.*ecehh..gedik lah ayat kau tu! ni last trip saya bersama kawan2 sekelas..tapi tak semua pun yang pergi.tak kisah lah, yang penting baju kitorang itu!!hehehe... sifat pemalu tuan blog, sbb tu gmbar dr belakang je... *erkkk..kau pemalu??sangat geli ok!!

10 'KELEBIHAN' COCA-COLA

yeahh..kembali lagi saya dengan entry yang agak berguna dan berinformasi berbanding entry2 merepek sebelum2 ini.. tapi ini pun copy dari notes kat FB...tapi layan je lah, ok?? NOTA KEPALA: entry ini mmg panjang berjela tapi cuba la rajin2 kan diri tu baca ok!sangat bagus! Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola. Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini : 1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang! 2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Cok...

hip hip horeyyy!!

Image
location: masih kt kolej mood: gumbira rasa hati ini listening: bunyi kipas dinding yeahhh..kembali lagi saya ke arena blogger terhangat di pasaran..*ok sila jangan nak perasan!! tengok tajuk pun mestilah tau kan yang aku sedang bergembira sebab EXAM dah abes!!bukan abes untuk semester ini tapi abes untuk diploma aku!weeeeee!!! dah 3 taun rupanya saya menghabiskan waktu2 saya di Dungun...rasa macam cukup pantas je masa berlalu.masih terbayang-bayang lagi ketika baru sampai ke Dungun (ok, sekarang apahal kau nak buat ayat skema2 ni??!!) dalam kepala dah t'pikir 'where's on earth am i??' gila tak gila la time tu.mana tak nya kat sini takde mall or shopping complex ok!!yang mula2 tempat saya pergi untuk beli barang ialah sebuah mini market yang bernama Pok Eng Ting.memang masa tu rasa 'what the heck!ini je ke tempat nak beli apa2 barang?' tapi lepas ronda2 barulah terjumpa Mydin yang kecik n pasaraya Aneka..kira ok lah jugak nak beli stok makanan ke ape kan. macam2...

i'm off!

sudahlah... aku dah penat melayan kerenah kau... tak serik2 lagi ke??? aku dah tak usik kau kenapa mesti kau saja nak buat hal??? saja nak tarik perhatian orang ke??? ke kurang kasih sayang??? i'm really hate u!!

it's showtime!!! -TAKERS-

Image
akibat ke'stress'an melampau menjawab soalan akaun pagi tadi, lepas je keluar dari dewan exam kami2 ni terus mengusulkan cadangan ingin melakukan sesuatu yang boleh buat kitorang lupa dengan kertas jawapan yang sudah selamat di kutip oleh pengawas peperiksaan.maka...tanpa perancangan yang rapi, terus call pak cik sewa kereta untuk sewa kereta la..takkan nak pinjam beskal plak kan.yeahhh!!kita ke Mesra Mall!!tengok movie...hehehehe!! sangat puas hati ok tengok cerita 'TAKERS'...perghhhh!!!memang terbaik lah!!tak sia2 keluar dengan baju kurung, pergi tengok wayang...lalalala. mari saya tunjuk poster filem ini...kemudian saya akan me'review' serba sedikit pasal filem ini. para2 pelakon TAKERS: 1. A.J (Hayden Christensen) ---->walaupun dia bukan hero utama tapi aku tetap jugak nak letak dia no 1.hehehe!! 2. John Rahway (Paul Walker) 3. Gordon Jennings (Idris Elba) 4.Jake (Michael Ealy) 5.Jesse Attica (Chris Brown) yang pakai topi itu saya punya ok!!!AJ saya..epp...

HAPPY BIRTHDAY awak...

Image
tengah selak2 planner, tiba2 terpandang kat tarikh 27/10 yang tertulis 'Renew Lesen' lepas tu ada note kecik dekat bawah tulis 'Birthday DIA'...belum wish pun lagi kat dia.nak wish dekat FB, tak add pun dia...makna nya kena mesej thru henpon la tapi bukan hari ni kot..minggu depan ke,ok jugak..hahahaha!!sebenarnya balas dendam sebab hari tu dia wish b'day aku lambat 3 hari...so, aku nak wish lambat seminggu.ngeh3!!! tapi sebab aku ni baik hati...aku wish lah hari ni dalam blog.

tak pernah-pernah

sebelum ni kalau nak final exam elok je sihat sejahtera, tapi last sem ni boleh pulak demam..haihh.dugaan betul...kepala pun dah weng semacam je lepas makan ubat ni...mukus2 pun setia mengeluarkan diri mereka.dah boleh jadik duta tisu Premier aku ni selepas berjaya menghabiskan 2 kotak tisu hanya sehari sahaja..hebat tak hebat la kan. hope it won't effect too much coz this is my last chance to get DL..ngeee!!chayok3!! mari saya tunjuk schedule exam saya : 25/10 - AIS360 (Electronic Commerce) 31/10 - IPK211 (Asas Perakaunan Islam) 03/11 - FAR300 (Financial Accounting 5) 06/11 - AUD370 (EDP Audit) 09/11 - TAX320 (Taxation 1) 11/11 - MAF330 (Financial Management) semester ni agak balance sebab 3 subjek membaca & 3 subjek mengira..tapi subjek yang mengira tu pun ada soalan teori nya jugak... ok lah, wish me luck guys!!bye2...;)

taip laju2 kemudian terus post

sambil2 menunggu uploading gambar di FB, saya pun merajin kan diri menaip entry di waktu2 begini... yeahhh!!stduy week sudah bermula maka secara rasmi nye akan bermulalah acara movie marathon jika ada gap antara satu paper dengan paper yang lain di samping itu minda pun sudah merangka-rangka untuk berjalan sewaktu gap yang hampir seminggu..teeeheeee.apa nak jadi la kau ni!! untuk 4 hari pertama study week ni saya kembali ke kampung halaman yang indah permai..cettt!!konon2 nak dapat kan feel stduy kat rumah, alih2 pergi berjalan sampai ke JB.lepas tu siap melawat kakak2 & abang2 di tempat praktikal lagi sambil membawa keropok lekor sebagai buah tangan..sori ye, saya tak sempat nak buat chocolate cake untuk anda semua.huhuhu!! sebelum itu, 2 buah novel telah di beli untuk menjadi pengganti jika bosan membaca nota.hehehe!!hebat sungguh kan aktiviti saya ketika study week?? progress??setakat ini sudah habis baca 1 chapter daripada 8 chapter..sila berbangga untuk itu kerana selalu nya s...

lu pk la sendirii...

aku sebenarnya dah malas nak sibuk2 pasal kau yang memang takkan berubah, tapi tolonglah jangan nak aniaya groupmate sendiri...orang lain kau sangat concern tapi bila tiba hal group kau, ada kau kisah??perlu ke nak sound kau secara direct depan budak2 lain??memang, orang sekeliling akan anggap aku ni jahat, sebab kau tu pandai bermuka2 dan meraih simpati orang.tapi aku tak kisah pun orang sekeliling nak anggap aku apa, sebab setidak2 nya aku jujur dengan perangai aku.. kau memang tak pernah ada rasa bersalah ke???

blank

warghhhhhhhhh!!*gaya baru keluar dari gua selepas bertapa selama berbulan-bulan... sudah agak lama tak menjengok blog dan merajin kan jari-jemari menaip padahal selalu je sign in pastu g dashboard, baca blog2 orang..blog sendiri cam hampeh pemalas nak upate.citttt!! mood hari ni??ok2 je tapi sorethroat!!ohhh...no!!makna nya hari ni i tak boleh lah nak membebel2 dengan kawan2 i dengan lantangnya...adess.suara dah rock kapak semacam ni!!tapi nasib baik dah habis project presentation, so takpe lah kan...buatnya kalau sebelum present i takde suara macam mana?tak ke haru di buatnya i kat depan macam orang bisu... this coming Thursday, saya pergi BTN kat Setiu, Terengganu...weeeee!!excited sebab dah lama tak pergi kem2 macam ni.. ada banyak gambar nak share selama saya menghilangkan diri, tapi nanti2 ok..internet slow, nk upload gambar pun malas. ehhh....dah nak final exam!!yeahhhh...chayok2 untuk saya yang final year ini!!semoga success hendaknya.amin....

hanya kerana sekeping gambar

tersentak dan terdiam buat beberapa ketika bila tengok gambar dia kini sudah berdua... mata tiba2 terasa panas... tangan pula terkaku untuk bertindak... jantung berdegup laju... moga dia bahagia... stop daydreaming Mada!!let bygone be bygone...there is something more precious waiting for you at the finish line.:)

8.9.10

cool huh tarikh hari ni...mst ramai yang pilih tarikh ni untuk memulakan hubungan ke tahap yang lebih serius..ecececehhh buat2 tak paham pulak... haaa, saya takde kene mengena dengan kenyataan diatas ya walaupun pada hakikatnya saya bahagia dalam sengsara hari ni.nak tau kenapa??sebab saya dah beli NOKIA X6 idaman kalbu.woot3!!walaweh...bankrap aku nak raya ni.haihhh...tapi demi kepuasan hati kira ok lah kan.lagipun dah 2 taun Sony Ericssons aku berkhidmat sebelum dia termandi dengan air laici..sekarang jari jemari pun dah mula terasa gatal nak main sentuh2, bukan raba2 tau!! malam ni tidur peluk handphone la jawab nye.ngeh3!! haa, nak tau tak yang hari ini saya mendapat 4 tempahan moist chocolate kek yang akan cair di dalam mulut...yummmi!!!boleh lah menjana sedikit pendapatan aku nak raye ni..huhuhu!!

menjiwang di tengah malam

bila kepala dah heng dengan design untuk project maka mulalah tangan menggatal untuk menaip entry..maka, inilah hasil nya: LOVE is a cycle... When you love, you get hurt... When you hate, you try to forget... When you try to forget, you start missing... And when you start missing, eventually you'll fall in love again...

just put the title by urself

yeahhh!!mase untuk berblogging pada waktu tengah hari..walaupun sudah masuk tengah hari, tapi saya masih belum menjejakkan kaki ke bilik air..hehehe!!paham2 sudah...siapa tak paham dia memang 'lampi'.tettt.. saya dah berjaya buat satu jenis kuih raya!!wohhhh...sila berbangga bersama2 dengan saya sambil mengembangkan hidung yang sudah sedia kembang.hahaha!!nak tau tak i buat kuih ape??alaaa, u cuba lah teka..teka lah..teka lah...pangg!!bagi pelempang sedas untuk membuang mood gedik tak bertempat tadi.saya buat kuih 'Honey Cornflakes'..yummyy!!*saja mengada-ngada nak letak nama omputih, sebab kalau dalam bahasa melayau jadik 3 perkataan 'Emping Jagung Madu'.bukan ke menambah word count je nanti.. ohhh..mau story pasal saya beli baju raya yang ready made..beli dekat First Lady jek.dapat baju sepasang warna oren terang dengan baju sahaja warna merah bata.lepas tu kan, beli high heels 3 1/2 inci warna grey..wahhh!!meletop mak raya ni..*padahal tak pergi beraya ke man...

hangat2 tahi ayam betul..

seperti tajuk di atas, maka ingin di simpulkan disini bahawa Diari Ramadhan saya itu memang tak akan di proceed.haihhh...bila dah start malas, memang tak akan berjalan la...huhu!! takpe2, akan berusaha dengan lebih gigih pada tahun hadapan..cettt!!patutnya kau berazam nak terawih penuh!ape daa... ohhh...tinggal beberapa hari je lagi mahu berhari raya.yeahhh!!tapi kuih raya masih belum buat lagi, yang dah ada kuih tunjuk sahaja.sekali tengok kuih2 raya dekat rumah saya ni dah macam dekat kedai.ya, mak saya sangat bersemangat membeli-belah biskut raya. ehh, this is just a quick update coz sy mahu solat kemudian ke Mc Donalds untuk sambung makan sebab ada kawan mahu membelanja..wahhh!!sangat heaven ye kamu cik perut di akhir2 bulan puasa ini.takde lagi makan nasi dining!!wahaha... sampai bertemu lagi ye...

tergendala

Diari Ramadhan saya terpaksa di tangguh kan atas sebab laptop telah di hantar format!!ohhhh...tidakkk.maka untuk beberapa hari, akan jadi budak baik yang langsung tak on9 FB dekat laptop..haihhh. macam tau2 je, mentang2 banyak test maka laptop pun nak buat hal.oooo..pandai ye kamu cik laptop.huh!! ok, nanti bila laptop dah kembali tip top saya akan kembali mengepos entry. p/s:curi2 post entry dekat dlm lab sebelumlecturer masuk.hehehe!

Ramadhan Day-9

fuhhhh...letih2.hari ni kelas full!!dari pagi sampai lah ke pukul 6 petang..adehhh, melepek la kitorang hari ni.ini semua gara2 ada kelas ganti untuk Audit la, kalau takde kelas kitorang pada hari Khamis akan berakhir pada pukul 2 petang. story hari ini??mahu mengumpat pada bulan baik ini macam tak elok pulak kan, so saya cuma mahu cakap... "kau tu semakin hari semakin 'annoying' tau tak!!jangan sampai aku translate perkataan 'annoying' itu ke BM sebab bunyi nye agak kasar berbanding kalau sebut dalam BI.." ohh ya...test Audit yang sepatutnya pada hari Ahad telah di tunda ke hari Selasa.yeayy!kira agak banyak masa lah untuk membuat revision walaupun akhirnya buku yang akan baca saya.hehehe!! nak story pasal kawan saya..kesian dekat dia, sebab dia macam mengharap dekat seorang lelaki ni yang jugak merupakan kawan saya.yelah, mana tak mengharapnya sebab sebelum ni mamat tu pun macam berminat dekat dia, alih2 mamat tu pergi couple dengan adik angkat dia...sungguh...

Ramadhan Day-8

takde cerita menarik hari ini melainkan ada COMMON TEST FAR310 pada hari sabtu..kemudian pada hari Ahad, test AUDIT..isnin ada test MAF330.test berturut2 maka kepala pun akan jadik biol.. oleh itu, bye..takde mood nak bebel panjang2.

Ramadhan Day-7

Image
diam tak diam, pejam celik pejam celik sudah seminggu umat Islam berpuasa..alhamdulillah. entry kali ini adalah sangat relief sebab semua assignment buat masa ini sudah selesai mengikut dateline yang ditetapkan.hari khamis ini ada presentation untuk subjek AIS 360..lepas ini kira boleh fokus dekat webpage project la.haa, cerita mengenai webpage ni kami perlu install software yang di beri nama Dreamweaver.tapi saya tak boleh nak install sebab lappy kesayangn buat hal..huuu.kena reformat balik ni tapi mungkin minggu depan lah.adesss...duit lagi.eh, ni apa kes semua barang2 saya nak rosak?hari tu handphone, ni laptop pulak nanti2 karang camera pulak.haishhh.. nak tau tak...abang saya kan tetiba menjadi seorang yang pemurah bila dia menawarkan diri untuk membelikan DSLR menggunakan credit card nye!!!wahhhh...boleh lah aku rembat Nikon D90 macam ni!!hehehe...pehh, i lap u lahh abang!! ok tinggal kan cerita D90 itu buat sementara dulu.. tadi semasa saya tinggal berdua dengan roommate saya, d...

Ramadhan Day-6

sahur seperti orang berpuasa pulak..huhu!!almaklumlah, hari ini kelas penuh dan tak balik tengah hari.so, tak boleh lah nak curik2 makan pada waktu tengah hari.hehe!! kelas FAR takde hari ni sebab lecturer kami MC..mungkin dia demam kot.haa, bercakap pasal demam saya pun dah mempunyai simptom2 demam.ohhh, janganlah sekarang ya encik demam nak datang melawat sebabnya minggu ini adalah minggu nyawa2 ikan..sangat sesak ya kerana banyak assignment yang perlu di hantar, test berderet dan juga presentation.haihhh... hari ini start untuk permohonan kemasukan ke Ijazah bagi semester hadapan..masih di dalam dilema untuk memilih kerana merasakan masih tidak mempunyai kekuatan untuk tekadkan hati ke arah Bachelor in Accountantcy (B.Acc)...tunggu balik ke rumah untuk meminta pendapat orang2 yang lebih berpengalaman dan kalau saya aju kan pertanyaan kepada akak2 dan abang2 di IRDA, sudah tentu mereka akan menyuruh saya memilih B.Acc..menurut kata mereka, masa belajar memang susah tapi dah kerja nan...

Ramadhan Day-5

yaaa...saya kembali lagi hari ini.hehehe!!*gaya dah macam penceramah bebas yang tak glamer.. pas sahur pagi tadi konon2 bertekad untuk study sebab ada test hari esok, tapi baru buka 2 muka surat mata terus je layu..apalagi, terus tarik selimut...krohhhh...krohhhh....subuh pun burn.astaghfirullah...apa nak jadik la dengan kau ni??!!*terus buat muka comel konon2 tak bersalah, padahal pagi2 Ramadhan yang mulia kau dah buat dosa.cettttt!! hari ini kelas kol 10, saya bangun pukul dekat pukul 9..terus tarik tuala, pergi ke bilik air.pastu sarung t-shirt dengan jeans, tudung macam biase lah main selempang gitu jek..tak rajin ye pada hari ahad nak main lilit bagai.hari ni ada 2 kelas je..mula2 kelas audit, budak2 ni buat presentation lepas dah habis terus membuka langkah ke kelas MAF yang jauh itu.haihhh...lecturer masuk2 kelas je terus tanya, "dah ready untuk test?" dan sudah tentulah jawapan kami tidak dan berharap puan nak postpone test tu.memang betul pun test tu di postpone ke h...

Ramadhan Day-4

alhamdulillah...sudah masuk hari ke-4 kita berpuasa dan setakat ini saya masih puasa penuh tau!!hehehe...walaupun ada beberapa kawan2 di sekeliling sudah mengibarkan bendera jepun.. bangun tidur hari ni sangat hebat ya sebab pukul 11 lebih baru mata terbuka luas...kalau mak aku tau ni, mati lah!!huhu...sahur pagi tadi makan roti lagi cecah dengan campbell's soup.dah jadik macam makanan ruji kot..haihhh.takpelah, bersyukur je lah dengan rezeki yang ada kan. siap2 mandi dah masuk ke waktu tengah hari dan ketika ini lah hidung saya tercium bau yang boleh menggugat keimanan...bau roti bakar!!cetttt..hampeh sungguh orang yang tak berpuasa itu membakar roti pada waktu2 kelaparan sedang memuncak...haihhhh.sabar2.. hari ni agak boleh dibanggakan sedikit sebab slide untuk presentation sudah separuh siap..hehehe!! dah hari ini juga tidak tidur siang...huuu!! jangan ditanya juadah berbuka kerana masih sama seperti hari2 sebeum ini..haihhh.makk!!nak buka kat rumah...mana aci wooo kak lin denga...

Ramadhan Day-3

hari ke-3 puasa ni baru sahur dengan nasi..sebelum2 ni sahur dengan roti je ok.bangga tak??pehhh..mmg kurus la i kalau sebulan sahur dengan roti jek.boleh lah melaram dengan kebaya ketat.hahaha!! aktiviti sepanjang hari??on9!!hahaha...xde lah sambil2 tu konon2 berhajat nak buat slide untuk presentation tapi terrronline plak..dan yang paling bangga nye, i tak tido ok di siang2 hari pada bulan puasa...kalau mak aku tau ni mesti dia terkujat gile.hehehe!! apa story hari ni??takde yang menarik pun sebab hari cuti, maka waktu banayak di bazirkan di dalam bilik.buku pun duduk elok2 je dekat rak tanpa ada tangan yang ingin menyentuh..haihh. menu berbuka??sama seperti semalam..bosan2.muak aku!!tapi nak buat macam mana, kata nak berjimat maka makan je lah apa yang murah.. haa..saya pergi terawih ok tadi.dan dekat sini kalau pergi terawih dekat PH itu ibarat pergi sauna sebab confirm peluh akan berjurai2 seperti air sungai yang mengalir dengan derasnya..adehhh.sangat panas dalam PH tu.kenapalah ...

Ramadhan Day-2

Image
pagi tadi sahur awal gila ok, pukul 2 pagi dah sahur sebab masing2 belum tidur lagi time tu and kalau tidur confirm punya tak boleh nak bangun pukul 5.so, kami mengambil keputusan untuk bersahur awal..menu sahur?sama macam semalam tapi ada tambahan kuah kari dan kaya..maka makanlah bercampur2 kesemuanya...nasib baik tak sakit perut.huhuhu! semalam tak pergi terawih sebab dah tak sempat..mana tak nya dekat pukul 8 baru habis makan, yelah dok bersembang2 kan..lepas tu dengan tak mandi nye lagi.maka, duduk sahaja lah dibilik tatkala rommate2 saya pergi tarawih..huuuu, rugi nye! quiz FAR310 yang agak hampeh dan menduka cita kan tadi..haihhh.asal dapat soalan je terus blur2, padahal kalau buat latihan ok je.penat je aku bertapa dekat library tadi konon2 nak study sebab kalau balik bilik mesti katil akan menggoda.adesss...xpe2, back up balik time test nanti.chayok2!! berbuka tadi memang makan besar..mana tak nya dah kalau pergi bazar ramadhan, memang rambang mata la kan..kitorang beli ayam g...

Ramadhan Day-1

hari pertama puasa takde lah melepek sangan macam sebelum-sebelum ni sebab minggu lepas baru selesai puasa ganti..hehehe!!teruk betul kan puasa ganti last-last minit..tapi memang normal pun kan semua orang macam tu.konon2 nak ambil berkat bulan Rejab & Syaaban padahal sebab dah nak masuk Ramadahan baru teringat puasa2 yang tertunggak. untuk pengetahuan anda2 yang tidak pernah tau, Terengganu tak ambil cuti awal Ramadhan!! ohhh..sangat sadis.tiba-tiba rasa nak balik Johor sebab dekat sana cuti tau...huhu!tapi disebabkan 1st Ramadhan ini hari Rabu, makanya saya pun turut rasa seperti bercuti sebab kelas pada hari ni cuma ada 1 jek!heaven... sangat bersemangat bangun sahur pada pukul 4.45 pagi..gaya macam nak memasak, padahal sahur roti cecah dengan Campbell's soup je.huhu!!tapi sebab sahur beramai-ramai maka selera makan pun agak tinggi jugak.*huh!kau tu mana pernah tak b'selera makan..;P apa aktiviti yang dilakukan pada hari pertama puasa??balik kelas terus on9 sampai Zohor,...

yeah3!!kawen!!

Image
ok, tajuk entry sangat miang+gatal ye..eh, eh...jangan salah anggap.bukan saya lah yang kawen tapi roommate saya.ala, kan saya dah cerita hari tu dekat entry ini haa, nama pengantin ialah NABIHAH & MOHD JAMIL ..mereka berdua ni asal dari Kelantan, seorang di Rantau Panjang dan seorang lagi di Bachok. Umur mereka pula adalah sebaya iaitu 21 tahun.ehh, apasal dah macam buat biodata pasal mereka berdua pulak ni..hishhh.. sebelum saya membebel dengan panjang lebar mari kita saksi kan sedikit gambar2 sepanjang majlis berlangsung ya..seperti biasa saya menjadi cik tukang ambik gambar tak bertauliah sempat membeli beberapa helai kain utk di buat baju kurung..hehehe!! poket jugak sudah semakin nipis di sebabkan berbelanja sakan di Rantau Panjang..adehhh.mana den nak cekau duit ni??haaa, tunggu duit raya la..hehehe!! ok, habis sudah cerita pasal kawen..nak sambung cerita pasal kisah putus cinta pulak. roommate saya yang lagi seorang baru saja bertukar title menjadi single kembali..akhirnya,...

RAMADHAN AL-MUBARAK

Image
alhamdulillah...masih lagi di panjangkan umur untuk berpuasa pada bulan yang mulia ini. kepada kawan2 semua selamat berpuasa ya, walaupun mungkin ada yang tak dapat berpuasa bersama keluarga tapi kawan2 pun boleh di kira keluarga jugak kan?walaupun kawan2 kita tu tak masak untuk kita, tapi dapat bersahur&berbuka ramai2 dah kira cukup baik lah kan. haaa, bulan2 puasa ni sila jaga semua anggota badan yang ada ye.jangan nak buat perkara2 yang boleh mendatangkan dosa.ermmm..tapi kalau mengumpat kat blog boleh kn??hehehe!! lagi satu, lagi satu...rajin2 kan diri tu pergi solat tarawih ye.ingat!!jangan pergi tarawih sebab nak makan moreh lepas sembahyang.ataupun pergi tarawih sebab nak tengok budak2 lelaki pergi masjid dengan pakai kain pelikat dan baju melayu.. *ughh..sejuk mata memandang tau.hehe! dan kalau boleh, ni kalau boleh ye..cuba lah mengaji satu juzuk sehari, cukup sebulan puasa khatam al-quran.boleh buat majlis khatam Al-Quran time raya nanti..*erkkk..tak pernah2 di buat orang...

my new hero

Image
presenting...... MOHD RAYYAN AMZHAR this picture was taken on his 1st day came out to see the world (11 July 2010)..at that time he got lung infection and had to be warded..poor him. but, now... he is already a tough baby boy, right baby Rayyan?? can't wait to meet u, hug u, and kiss u...muahhhhhh!! btw, he is my bro 2nd sons.. 8 ok!!that is the total number of my nieces and nephews...~weeee!! 4 nieces and 4 nephews..fair square kan?hehehe... p/s: nanti time i kawen, i dah ade 4 couples to be my flower girls n boys..hehehe!!gatal ye kau..

ini bukan entry sebab JEALOUS

yea3!!kelas pagi ni cancel..makanya, kami2 semua yang sudah siap bermekap(setakat pakai bedak dengan lipbalm tu kira mekap jugak ke??) pun terpaksa la salin baju semula.next class pukul 2.30 petang ok!weeee..apa lagi ada yang sambung membuta la waktu2 sekarang ni tapi saya tak boleh tido, so tangan pun gatal untuk menaip entry.. saya nak story tentang rakan2 di sekeliling saya yang sedang hangat di lamun cinta..uuuuuu, geli i dengar perkataan cinta itu.hehehe!! roommate i dah nak kawen ok!!i dah dapat kad jemputan lagi..haa, yang ni kira cinta suci la sebab sampai ke gerbang perkahwinan.Alhamdulillah..terbina lagi sebuah masjid.i excited ok sebab 1st time dapat kad jemputan kawen kawan sendiri yang sebaya dengan i..huhu!!dia dah cukup matang ya sebab ambil keputusan untuk kawen, berkongsi hidup dengan sorang lelaki hingga ke akhir hayat...sedangkan saya ni masih lagi dengan dunia remaja yang suka cuci2 mata tengok lelaki2 ensem, masih tak sanggup nak pikul tanggungjawab, tak cukup mata...

kembali berblogging di uitm T'ganu

ohhh..cik blog ku sayang!!lama sungguh tidak merepek di sini kan...dan ayat aku pun dan cam hampeh.bongok je kan tetiba nak buat ayat skema tak hengat..dah hilang dah skill merapu meraban aku yang agak mantap itu.haihhh... sebenarnya banyak benda nak story tapi banyak benda yang aku dah lupa..cisss!!inilah akibatnya minum air yang ada semut.oleh itu, untuk kembali menguatkan ingatan sila minum Jus TOK GURU berperisa Strawberry ye.wahh3..promote nampak.huhu!!ok mari kita sama-sama recap apa yang berlaku dalam dekat sebulan aku berlagak konon-konon busy ni. hari tu ada ikut akak aku pergi camping dekat sekolah dia, SMK Persisiran Perdana..biasalah lepak dengan budak2 sekolah menengah yang dulu pun aku lebih kurang diorang jugak cuma aku baik sikit lah.hahaha!!perasan ok..tapi tengok budak2 sekrang ni, diorang cam agak rude ok dengan cikgu.dan adatlah kalau camping tu ada games, malam kebudayaan n so on kan..yang tak best nya, ada sesetengah tu langsung tak nak take part.kira kalau buat t...

baru berkesempatan

yeayy!!sudah habis short course..boleh menarik nafas lega sekarang. inhale...exhale...inhale...exhale.. ok, cukup2!dah gaya macam nak warm up sebelum berlari jek..lama tak membebel dekat blog sebab tak sempat nak menaip, konon2 busy study la tapi status kat FB selalu jek update..haishh!yelah, status kat FB amek berapa second jek nak update, tapi kalau menaip entry kat blog ni kan amek mase yang lama coz nak buat intro yang mengarut2 dulu, lepas tu termenung depan skrin lappy sebab takde idea nak cerita apa.haaa, kan dah membazir masa tu.maka, sekarang ni bila dah selesai semuanya barulah berkesempatan membebel seperti selalu.. mula2 mau story mory pasal kawan-kawan di zaman sekolah yang konon2 sekarang ni sudah semakin hot.panas??bukanlah..ala, hot yang macam konon2 vogue tu lah..serious i cakap u, dulu time2 sekolah diorang ni jenis budak2 baik kira lagi baik dari i lah..kira tudung memang agak labuh lah dari tudung yang i pakai, jenis tak huha-huha dengan budak2 lelaki dan yang meman...

cute creatures around me...

Image
tidak mempunyai kesempatan untuk membebel panjang so, mau upload pictures sahaja... gambar ada stail dr professional photographer x??huhu...

first impression

saya pendiam???boleh tergolek dari katil bila orang cakap saya pendiam/tak banyak cakap..nightmare kot bagi saya kalau saya jadi seorang yang pendiam.huhuhu!!tapi memang akan macam tu lah orang2 yang baru kenal saya, memberi gambaran awal tentang saya.macam mana lah diorang boleh cakap saya ni pendiam sedangkan mulut saya ni mana reti senyap.sebab tu kawan2 saya cakap saya ni terlebih peramah sebab mulut saya ni tak reti senyap.ada je benda nak cerita..mungkin saya agak lambat untuk beramah mesra dengan orang yang saya baru kenal, sebab tu kot orang ingat saya pendiam dan ada jugak yang cakap saya sombong/kerek..u'olls!!tak baik tau..saya bukan sombong tapi pemalu lah..ok nak muntah sekarang bila taip perkataan pemalu itu! macam ni lah, bagi saya buat apa kau nak kecoh2 sebab nak tarik perhatian orang supaya kewujudan kau tu di sedari.helloo!!i'm not interested in that way...gaya kau peramah gila lah kalau kecoh2 dalam kelas sampai time lecturer nak bercakap pun kau sibuk nak b...